Saturday, 8 October 2011

Bergantung Pada Allah Dan Diri Sendiri



Assalamualaikum Wbt.
Bulan ni banyak outstation sikit dan dijangka bulan depan pun sama. Kemungkinan saya akan ke Ipoh dan Ke Pulau Pinang. Nak kata urusan kerja , tak ada la sangat tetapi lebih kepada urusan menimba ilmu.

Minggu depan saya akan ke Sabah yang dah 4 tahun tak ke sana. Rupa-rupanya bila dah tahu, boleh beli tiket kapal terbang pergi dan balik serendah RM39.00 dengan menaiki Air Asia. Itu pun kena beli awal sebulan dahulu. Jika macam ni setiap bulan ke sana pun okey.

Sebab di Sabah banyak peluang dan ramai orang yang positif. Lihat sendiri bangunan Bank di sana. Besar-besar belaka. Bermakna Bank sendiri pun yakin untuk membuka bangunan besar-besar kerana orang di Sabah ramai yang pandai menyimpan.

Saya masih ingat lagi dahulu semasa ke Sabah saya dapati banyak syarikat MLM di sana yang ada bangunan ia sendiri juga. Kalau ke sana membawa peluang MLM di Sabah respond nya memang menggalakkan. Tapi kali ni, saya ke Sabah bukan urusan MLM tetapi lebih kepada tunaikan amanah dan tanggungjawab.

Jika dahulu, kita selalu melihat orang lain yang berjaya dan kita akan rasa terbakar untuk menjadi sepertinya. Atau senang cerita itulah idola kita. Kita lihat mereka memandu kereta Ferlali , kita pun nak ikut gaya dan cara mereka supaya suatu hari nanti kita boleh jadi macam mereka memandu kereta Ferlali.

Baik dari segi percakapan, loghat, penampilan, kita ikut idola kita itu. Dulu saya ada ceritakan , siapa idola kita yang sebenar tetapi kali ini saya refresh semula dan saya tekankan pokok pangkal sebenar kalau nak berjaya.

Saya masih lagi pegang apa yang diperkatakan oleh orang hebat-hebat (yang dah berjaya). Kalau nak berjaya , kita perlu jadi pencipta. Cipta style sendiri, cipta cara percakapan sendiri, cipta penampilan sendiri, cipta segala-galanya sendiri termasuklah cipta cara pemikiran kita sendiri.

Ini lah yang terjadi pada Tony Fernandes yang dengan gaya topi merahnya dan sewaktu ketika dia usulkan pada PUNB untuk pinjam modal RM1 Billion untuk buat kapal terbang sendiri, semua orang cakap dia gila.

Nak jadi pencipta memang kena tentangan lah mula-mula. Sebab itu yang mana ada idea terus sahaja usahakan idea itu, jangan tunggu atau bagitahu orang lain sebab dah terjadi kawan saya yang seorang ni ada banyak idea sekarang idea dia dah kena cilok dengan kawan dia sendiri.

Tun Mahathir masa nak buat Proton dulu pun mula-mula orang kondem. Dan sekarang ni, yang kondem pun terpaksa pakai kereta Proton juga sebab dah jadi kereta rasmi kerajaan. Inilah ia Pencipta. Cipta resepi kejayaan sendiri. Belajar dengan orang lain perlu tetapi untuk berjaya yang maksima perlu ada resipi sendiri.

Itulah diri kita yang sebenar. Jika dahulu kita terpaksa ikut rentak orang tetapi bila dah nak jadi diri yang sebenar, kita boleh curahkan segala idea kita pada projek kita sendiri. Sebagai contoh, saya minat bab design-design. Kalau saya mendesignkan sesuatu baik buat Fliers, buat gambar illustrasi, saya boleh habis masa yang lama.

Semua kerja design saya buat sendiri dalam projek saya. Kalau dulu kena ikut citarasa orang tetapi sekarang pedulikan apa yang orang nak katakan seperti Tony Fernandes yang katakan dia gila nak pinjam duit banyak-banyak.

Walau berjaya manapun kita suatu hari nanti, walau banyak duit mana pun kita miliki, kita tidak dapat menandingi kehebatan dan ketokohan Nabi Muhammad SAW. Kerana, setiap perbuatan kita yang kita nak lakukan, belum pasti perbuatan itu mendapat Keredhaan dari Allah.

Ambik contoh, kalau kita lihat orang yang ada masalah seperti kereta rosak tepi jalan. Cuba kita bayangkan, kalau Nabi Muhammad SAW masih ada, ketika dia lalu, apa yang dia lakukan. Kita tak mampu untuk berhenti tolong kerana kita mungkin mengejar masa.

Ketika seorang pelayan kedai makan yang berkurang ajar dengan kita walhal kita adalah customer dan customer always right, cuba kita bayangkan bagaimana Nabi Muhammad SAW melayan karenah pelayan kedai itu. 

Dia balasnya dengan senyuman dan mohon agar Allah berikan hidayah. Tetapi kita, itulah first and last kita datang ke kedai itu.

Bagaimana untuk perolehi kekuatan diri sendiri bagi mencipta kejayaan diri sendiri? Sekarang ini ada banyak program motivasi dan kursus potensi diri. Salah satu yang terpantas, belajar ilmu mengenali diri. Tendai salah satu cara untuk dapatkan jawapan.

Jadi untuk berjaya kita perlu cipta sendiri kejayaan kita, tak perlu ikut orang lain. Kerana orang yang ikut-ikut, akhirnya dia hanyalah seorang pengikut yang tidak ada kejayaan yang orang lain boleh ikuti. Tetapi kalau dia pencipta kejayaan, orang lain boleh ikut.

Jadi seorang pencipta kejayaan tetapi ikuti teladan dan akhlak mulia Nabi Muhammad SAW. Mari kita sama-sama ucapkanSelawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW agar di Padang Masyhar yang tiada kebanggaan esok, baginda dapat berikan syafaat kepada kita. ....



Dapat Duit Pencen Dari Emas


Assalamualaikum Wbt.
Sejak kebelakangan ni, ramai guru-guru tertinggi mula terlibat dengan emas. Baik guru paranormal atau guru normal. Ada juga yang letak side effect pada emas yang mereka jual.

Contohnya beli emas dari mereka boleh menghalau unsur negatif  bila simpan emas tu. Ada yang boleh menggandakan emas dengan cepat seperti emasnya sudah dimasukkan energi magnet tarik emas.

Bila pakar metafizik mula menjual emas, mesti ada kelebihan sedikit sebab selain dari jual emas, mereka akan memberi konsultasi percuma yang selalunya berkaitan dengan hukum alam dan tenaga.

Seperti dalam post saya semalam, bila dah ada ilmu, kita boleh selaraskan apa sahaja termasuklah emas. Tu yang ada hikmat jadikkan ibu emas. Dari 10gram simpanan sendiri, ia akan jadi berkilo (berpandukan kisah benar).

Ada peluang baik yang saya ingin kongsikan. Kali ini dengan beli emas kemudian emasnya kita simpan sendiri dan kita akan dapat duit setiap bulan sampai bila-bila. Sama macam duit pencen.
http://hadzrin.com/wp-includes/js/tinymce/plugins/wordpress/img/trans.gif

Sebelum ni pun saya ada ceritakan cara manipulasikan emas dan dapat duit setiap bulan dan saya ada nyatakan juga dalam post sebelum ni yang cara itu berisiko. Dengan modal 40 gram, setiap bulan dapat rm600 tetapi emasnya kita tak simpan sendiri kerana bagi pada orang lain cagarkan emas kita untuk digunakan mereka dapatkan fasiliti loan.

Andainya tersalah pusing, tiada jaminan kita dapat bulanan daripada orang yang menganjurkan program itu. Secara terus terang, yang mana nak sertai program seperti itu, saya serahkan pada orang yang memang nak buat pinjaman dengan jadikan emas orang lain sebagai cagaran.

Sebab saya tak ada tujuan untuk buat pinjaman tu yang saya serahkan pada orang yang nak pakai duit bank untuk buat rolling bisnes mereka.

Tetapi kali ini, peluang yang benar selamat dan tiada risiko selain pulangannya terjamin. Bila beli emas melalui program ini, anda akan perolehi pendapatan seumur hidup atau sehingga anda inginkan.

Apa maksudnya sebab biasanya orang nak dapat duit seumur hidup. Benar, kerana dalam program ini, anda beli emas dan emas tersebut anda simpan semdiri di rumah atau letakkan di safe deposit anda. Selagi anda simpan sendiri, anda akan terima duit pencen setiap bulan.

Kalau anda ingin jual semula pada syarikat, anda akan terima 100% duit yang anda bayar untuk beli emas itu. Bila anda dah jual semula bermakna anda dah tak terima duit bulanan atau pencen lagi.

Sebagai contoh, ramai orang yang penuhkan duit ASB dia dan jadikan ia sebagai duit pencen. Dengan ada RM200,000 dalam ASB, purata setahun dia perolehi contohnya RM20,000 setahun dibahagikan dengan 12 bulan dia perolehi RM1,666 sebulan untuk dibelanja.

Dalam kes ini pula, bila beli emas sebanyak 1 kilogram contoh harganya dalam RM160,000, dia akan perolehi setiap bulan RM3,500 walhal emasnya disimpan. Jika selama 10 bulan disimpan, dah ada RM35,000. Setahun dah RM44,000 dan lebih tinggi dari simpan ASB dan lebih jimat RM40,000 dari ASB.

Lagi satu, tak perlu tunggu setahun untuk keluarkan dividen kerana setiap bulan terus terima duit pencen. Inilah satu cara untuk dapatkan pendapatan secara residual.

Ramai kenalan saya yang berhabis duit buat pinjaman sertai program-program di luar termasuklah program yang dah kena serbu dengan kerajaan seperti FreindsClub. Mereka tak jumpa lagi peluang emas sebab itu mereka nekad buat pinjaman untuk mengubah kehidupan.

Ternyata kehidupan mereka berubah kerana sehingga sekarang terpaksa membayar semula pinjaman duit yang sudah lebur. Ramai yang tanya pendapat saya, adakah perlu join program bisnes yang banyak ditawarkan diluar sehingga berpuluh ribu.

Saya tak jawab banyak cuma bagitahu, berapa banyak modal join tak penting sebab yang penting usaha. Saya dulu join syarikat lama saya dengan modal ketika itu RM270 dan selama 3 tahun buat jumlah pendapatan diperolehi satu juta.

Biasanya pinjaman orang buat RM200,000 bulanannya bayar RM2500  selama 10 tahun. Kalau dapat buat pinjaman sebanyak itu, beli emas sini, dapat bulanan RM3,500 dan ada lebihan RM40,000. Kira bulanan bersih dapat RM1,000. Yang RM40,000 boleh buat bisnes atau apa sahaja.

Untung bagi yang boleh buat pinjaman. Yang tak dapat buat, boleh mulai sedikit demi sedikit seperti beli 100 gram dahulu... Ikut kemampuan. 

Buat Duit Sendiri



Assalamualaikum wbt.
Sejak kebelakangan ni , ramai kawan-kawan lama datang mencari. Mereka bukan cari untuk apa…nak jemput datang kenduri kahwin mereka…beringat juga depa ni.

Walaubagaimanapun Tahniah buat mereka kerana bila dah kahwin ni barulah bermulanya fasa pertama….ketika bujang tu ibarat sekolah tadika….alam perkahwinan masuk darjah satu sekolah rendah…bila dah ada anak pula masuk darjah 2…sehinggalah anak meningkat dewasa, kita semakin tua…

Sebelum ni saya ada membuka cerita untuk kongsikan bagaimana kita boleh jadikan diri kita pegang benda jadi duit. Itu sebenarnya ayat pendek yang membawa erti banyak benda.

Lain orang lain cara mereka menangkap apa yang nak diungkapkan. Ada yang fikir pegang benda terus benda yang dipegang itu bertukar jadi duit. Ini kerana kita selalu tengok cerita hitam putih melayu lama yang ada dewa dewi dan nenek kebayan…

Sebenarnya sekeliling kita dah memang orang melalui proses pegang benda tukar jadi duit. Saya ambik contoh pekerjaan seorang tukang gunting rambut yang pegang rambut orang jadi duit.

Dah faham maksudnya? Itu perkara koman bukan. Sama seperti tukang masak yang pegang senduk jadi duit…bila ada orang datang ke restoran dia untuk makan. Selagi tak pegang senduk, maksudnya tak ada makanan yang nak dimasakkan untuk orang.

Ada banyak lagi contoh seperti anda juga barangkali tak kiralah anda bekerja apa baik kerja makan gaji, semuanya perlu dipegang jadi duit.

Tetapi bukan ini yang maksud ingin saya sampaikan dalam post kali ini…Kalau setakat ini, itu sekadar falsafah. Kita terokai lebih dalam sedikit…perkara yang orang tak tahu dan tak ramai yang buat…
http://hadzrin.com/wp-includes/js/tinymce/plugins/wordpress/img/trans.gif

Ada orang yang tak ada duit tetapi ada idea terus menulis buku idea dia dan daripada pen atau mesin menaip yang dipegang dia boleh jadikan duit. Itu yang terjadi pada penulis terkenal seperti Robert T. Kiyosaki, T. Harve eker, Mark Victor Hensen dan banyak lagi yang mereka dulu ni hidup melarat.

Kalau di Malaysia, kita kenal penulis bernama Tuah, Azizi Ali, Razman Pawan Chik…menukarkan idea jadi buku dan jadi duit….

Tetapi ada satu bidang lain yang sekarang ni dah jadi trend dan mendapat permintaan ramai. Apa bidang yang nak dikongsikan ?

Ni la dia bidang metafizik. Kelahiran Doktor Metafizik sekarang macam cendawan ramainya. Selain dari menjadi pengajar, ada juga Pakar Metafizik ini menghasilkan produk berenergi.

Produk berenergi yang dimaksudkan ialah produk yang ada fungsi lain selain dari sifat kegunaan asal. Sebagai contoh produk paku. Kalau paku kita semua sedia maklum gunanya untuk mencantumkan kayu atau menggantungkan bingkai.

Tapi bila dah dienergikan, paku itu boleh jadi alat sebagai pagar rumah. Pakar metafizik salurkan energi pada paku dengan energi Samudera sebagai contoh lalu paku itu diletakkan di penjuru rumah, pejabat, kebun, kilang…mana sahaja.

Jika ada usaha untuk kecurian atau niat tak baik untuk masuk ke tempat tersebut, energi tersebut akan menjalankan kerja ia seperti pencuri atau perompak akan terkepung dengan energi Samudera dan mereka seolah lemas dalam lautan.

Dengan perkhidmatan dari pakar metafizik ini, paku yang dijual dikedai berharga 10sen kini boleh jadi RM50 atau lebih. Itulah ia, pegang benda jadi duit yang tak ramai orang tahu buat atau ramai tak sedar mereka boleh pelajarinya.

Contoh satu lagi yang saya boleh kongsikan, ada pakar metafizik menggunakan garam sebagai produk mereka. Mereka memasukkan energi di dalam garam dan kita semua maklum, garam harganya tak mahal dan ia memang bagus untuk menyerap energi.

Dengan kos yang murah, mereka boleh cipta produk berlandaskan garam. Asalnya garam digunakan buat masak tetapi bila dah dienergikan ia boleh jadi penawar, penghalau energi negative, mandian energi dan lain-lain.

Dari harganya di kedai garam itu ia menjadi berpuluh ringgit dan ada yang sehingga beratus. Inilah lagi satu contoh pegang benda tukar jadi duit. Jika anda nak guna benda lain ada banyak di sekeliling kita. Contoh ada kawan saya gunakan kunyit untuk produk dia.

Anda boleh jalan-jalan dan perhatikan benda apa yang anda boleh tukar jadikan duit. Nak buat produk gula, beras, susu, kad atm…. apa sahaja. Ikut creative anda.

Bagaimana nak berupaya menghasilkan produk sendiri atau tukar pegang benda jadi duit. Sebenarnya ada banyak cara atau kaedah bergantung pada keilmuan yang diambil. 

Dan sebenarnya ini adalah rahsia guru peringkat tertinggi.
Jika dalam Tendai kita berupaya untuk hasilkan produk metafizik bila sudah diijazahkan peringkat Super Grand Master. 

Ramai murid yang sudah diijazahkan Super Grand Master dari saya sudah mula mencipta produk mereka sendiri.

Bila dah dapat hasil, cepat-cepat mereka tukar jadi emas untuk mengelakkan kebocoran wang. Bab ini kita masuk di post lain mengapa wang yang bocor perlu ditampal dengan beli emas.

Sebab itu saya kerap jumpa dengan Ahli Super Grand Master kerana proses bimbingan berterusan diadakan bergantung pada permintaan masa mereka. Yang mana datang dari jauh saya akan cuba peruntukkan masa untuk mereka juga.

Produk yang mereka hasilkan merupakan permulaan mereka membina empayer mereka sendiri. Bukan untuk saya atau orang lain. Sebab itu dah ada ilmu dan kemampuan untuk hasilkan produk sayang kalau dihiraukan.

Ini juga salah satu cara untuk kita menguji ilmu yang kita dah ambil. Kalau zaman dulu, setiap kali dah belajar ilmu kita pergi cari musuh dan cabar bertempur. Zaman sekarang apa yang nak dikecohkan tambah pula bila dah mengerti di akhirat esok setiap kesakitan atau kecederaan yang kita lakukan pada makhluk Allah akan dibalas.

Nak tahu keberkesanan ilmu yang kita ambil ialah bila orang gunakan produk kita dan mendatang kesan. Bila mendatang kesan, pelanggan kita akan terus gunakan produk kita atau jadi pelanggan tetap.

Kesan bagaimana? Ada banyak. Ada yang dapat ketenangan bila pakai produk, ada yang meningkat ekonominya, ada yang capai impian, ada yang jadi sihat, ada yang dapat jodoh, ada yang naik pangkat, ada yang lebih berkeyakinan…ada banyak lagi.

Bayangkan bila anda mampu membuat produk sendiri, rasa-rasanya perlu sibuk mencari peluang untuk join bisnes orang lain ? Sebagai contoh, ada kawan lama saya datang jumpa saya ajak join bisnes jual tarmos vakum energi yang berharga RM200. Untung jual tarmos syarikat dapat RM20.

Saya cakap pada dia, murid saya beli tarmos di kedai dengan kos RM20 kemudian dienergikan jadi tarmos energi yang boleh digunakan sebagai bekas isi air kemudian air itu jadi penawar dengan menjual harga RM200. Secara metematik, anda sendiri tahu produk yang fungsinya sama tetapi keuntungan beza

Baiklah setakat ini dahulu perkongsian saya. Sebelum itu, saya ingin buat pengumuman lagi sekali, Kursus ISP di Putrajaya. Sila Semak di Page Kursus atau www.Hadzrin.com/kursus

Sesiapa yang berminat sama ada jadi peserta baru atau alumni, pastikan anda jangan tersilap tarikh. Apa-apa pun anda boleh SMS kepada saya untuk conformation. Sekian semoga anda sentiasa di beri hidayah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...