Semalam 7 Dec 2011 siang sebelum menjelang malam, hujan lebat di kawasan pejabat aku jadi aku dan beberapa orang kawan minum -minum di port biasa sebelah ofis. Lepas hujan dah reda, aku dan kawan-kawan beredar. Biasalah kami ni rider naik motorbike je bila ke ofis sebab situ parking sampai 3 layer.
Masa dalam perjalanan balik ke rumah, entah macamana tergerak hati nak ikut jalan Bukit Jalil. Masa jalan tu hujan masih renyai. Tengok minyak motor pun tinggal satu bar. Aku berhenti di stesen minyak petronas tepi jalan Bukit Jalil.
Petronas tu sebelah dia ada station minyak Shell tapi aku malas nak isi di situ sebab nak kena bayar di kaunter dalam. Masa di Petronas lepas bayar di kaunter, aku terpandang bangunan yang dalam rancak pembinaannya.
Dalam hati aku terdetik rupanya inilah gereja terbesar di Asia yang sibuk digemburkan selama ini di kebanyakan website. Aku tak minat nak tulis banyak pasal article yang orang dah tulis. Kalau nak tahu lebih lanjut search saje di google.
Apa yang aku ingin kongsikan ialah gambar terkini progress gereja tu dan apa persediaan yang kita sebagai orang Islam perlu ada. Nilah progress pembangunan gereja tu...
Jika dalam bisnes perlu ada scissor seperti menayang kemewahan, kejayaan...kini pihak yang menyebarkan agama seperti Kristian juga menggunakan strategi scissor. Membina bangunan canggih yang penuh dengan aktiviti bila siap nanti.
Nak kata gereja tu berdekatan dengan markas sri petaling agak jauh juga. Jauh maksudnya agak sukar kalau nak jalan kaki. Bila lihat progress aktiviti mereka itu, kita akan teringat anak-anak dan cucu-cucu kita.
Kes murtad terlalu banyak sekarang. Sebab utama ialah ekonomi. Kes orang yang berhutang ratusan ribu tetapi mendapat bantuan dari pihak gereja juga kita ada terdengar.
Sekarang ni kita sangat berjauhan dengan zaman Nabi Muhammad SAW. Jika dulu para sahabat sentiasa berdamping dengan Rasulullah SAW. Kita mempunyai para ulama ulama yang bijaksana.
Namun, kekuatan diri kita sebenarnya bergantung pada hati. Hati melonjak untuk mencapai kesenangan dunia tanpa kita sedar, bahawa kampung halaman yang sebenar dengan penuh keseronokan di Syurga Allah telah sediakan untuk kita.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda. Hati kita umpama jari yang mudah dibengkokkan. Apa yang kita boleh buat ialah sentiasa mohon kepada Allah untuk beri bimbingan dan petunjuk agar hati kita tidak berpaling ke jalan yang Allah larang.
Setiap manusia baik yang kaya atau yang terkenal semuanya tidak mengelak dari kematian. Jika mereka tahu hidup untuk apa, pastinya mereka akan bersusah payah untuk kumpul saham akhirat kerana di sana, kereta yang dibuat dari cahaya dengan kelajuan cahaya yang diberi percuma....
Rumah seperti mahligai yang diperbuat dari pertama yakult dan emas, pakaian yang lebih hebat dari segala jenama yang ada didunia.....Maid dikalangan bidadari yang kecantikan mereka apabila dipandang 1000 tahun terpegun...
Sebenarnya itulah kampung halaman kita yang Allah dah sediakan untuk kita. Cuma sebelum nak balik tu Allah berikan ujian untuk kita. Tujuannya untuk meningkatkan status diri kita sebelum ditempatkan di tempat yang kekal abadi bahagia.
Maknanya ini, jika dengan izin Allah, hati kita sentiasa ingat mati dan tidak sabar untuk kembali ke kampung halaman kita dan rasa rindu untuk bertemu dengan Allah, insya Allah, hati kita tak akan terpengaruh dengan segala hasutan atau dakyah luar.
Dalam masa yang sama, kita lindungi keluarga dan orang terdekat kita dengan memberi peringatan tentang kampung halaman kita yang sebenar kerana diri kita selalu lalai dan leka. Bagi orang yang faham, mereka tahu bahawa mereka akan kejar akhirat dan dunia pasti akan ikut.
Segala apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang adalah untuk melalaikan kita dari mengingati akhirat sebaliknya sibuk mengejar kesenangan dunia. Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah agar kita sentiasa mendapat hidayah dan cahaya hidayah itu dapat dikongsikan kepada orang ramai.