Wednesday 4 January 2012

MSI - Multiple Stream Income


Assalamualaikum Wbt dan Selamat Tahun Baru 2012.

Tahun 2012 yang penuh dengan konspirasi dan tafsiran tentang berlakunya Kiamat. Kita bagi orang Islam  percaya , selagi Imam Mahadi belum dimunculkan Allah dan Dajjal belum keluar dan Nabi Isa dah bunuh Dajjal dengan tombaknya, Kiamat belum berlaku lagi.

Jika berlaku pun mungkin huru hara menghancurkan dunia dengan teknologi mungkin disebabkan Nuclear sebab di zaman akhir nak berlakunya kiamat, manusia kembali menunggang kuda, memanah, main pedang dan tidak ada internet, pistol, facebook dan kereta serta elektrik.

Bagi orang yang beriman, mereka sentiasa mengingati mati. Jadi bagi mereka , kiamat adalah kematian mereka. Tak perlu nak tunggu hari Kiamat. Jangan kita jadi orang yang bila nak berlaku kiamat atau ditimpa kesusahan, baru mengingati Allah.

Ini saya pesan untuk diri saya, setiap hari harus meningkat amalan untuk meraih rahmat dari Allah. Mari kita mulai dengan persiapan kita untuk kehidupan yang penuh keseronokan di Syurga dan kekal abadi bahagia.

Perkongsian hari ini mengenai MSI iaitu multiple Stream of Income yang bermaksud, pelbagaikan sumber pendapatan. Kalau nak hidup senang dan kaya raya pelbagaikan sumber.

Jangan salah faham. Tak bermaksud anda buat 10 syarikat MLM atau buat 10 syarikat Insuran. Itu bukan pelbagaikan pendapatan. Itu pelbagaikan Syarikat.

Maksud pelbagaikan pendapatan adalah anda buat sesuatu bisnes yang sudah berjaya dan kemudian anda buat bisnes yang baru sehingga ia berjaya juga kemudian anda bina lagi bisnes yang baru.

Anda mesti fikir , penatlah kalau gitu banyak benda nak buat tetapi dalam masa yang sama juga risau sebab setakat ni belum ada satu pun pekerjaan atau bisnes yang anda buat dah berjaya.

Inilah sebab mengapa saya kongsikan kisah kiamat atau akhirat atau kematian. Bukan bermakna anda fokus cari duit tapi lupakan amalan. Apa yang ingin saya sempaikan ialah, kita ditanggungjawab untuk membuat sesuatu bagi umat Islam yang lain.

Bukan buat perniagaan untuk mendapat keuntungan semata-mata. Ambik contoh jika anda lihat kapal terbang. Ada tak orang yang beranggapan setiap orang boleh terbang. Siapa yang ambik anisiatif untuk membuat bisnes kapal terbang murah ?

Ya Tan Sri Tony Fernandes. Jika dia orang Islam, sudah tentu setiap kali orang Islam menunaikan Haji atau Umrah naik kapal terbang dia mendapat ganjaran pahala besar.

Itu terlalu tinggi bisnesnya. Kita lihat bisnes kecil-kecilan. Cuba anda lihat berapa ramai orang yang makan meehoon atau bihun ? Kita tak sedar orang makan meehoon dari kilang cina yang tak pasti kesuciannya.

Jika kita boleh buat kilang bihun yang halal, pastinya kita telah sama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam membantu umat yang lain.

Ayam pun sama, penyembelihan yang berlaku sekarang belum tentu sah kerana ayam yang dah disembelih darahnya tak kering habis sudah di packing. Bukan daging ayam yang kita makan tetapi makan bangkai.

Sebenarnya kekuatan kita untuk memperbanyakkan sumber pendapatn adalah dengan BERDOA kepada Allah untuk memeberi kekuatan itu. Jangan kita jadi bodoh dan jahil. Allah telah berikan kita penglihatan secara percuma tetapi kita berterima kasih yang amat kepada Doktor Mata yang telah memberi cermin mata percuma.

Berdoa kepada Allah, bahawa kita ini amatlah lemah dan amat memerlukan pertolongan dan bimbingan dari Allah. Mohon agar menjadikan setiap pekerjaan kita adalah zikir dan tasbih kepada Allah kerana kita bukan ahli agama sebaliknya ahli perniagaan.

Bila anda mempunyai pelbagai bisnes dan sumber pendapatan, ketika itu anda tak fikir langsung berapa banyak duit masuk tetapi anda hanya dapat fikirkan berapa ramai orang yang anda dah bantu dan selesaikan masalah mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...