Sunday, 9 October 2011

BAGAIMANA DUIT DIBUAT



Minggu lepas seorang sahabat saya ada bagitahu yang dia nak keluarkan duit dia dari bank sebanyak RM100,000 untuk masukkan duit tu ke dalam bank partner bisnes dia. 

Tapi bank ketika itu bagitahu dia yang mereka tak ada duit nak bagi dan kalau nak keluarkan kena bagitahu 3 hari awal.

Memang terkejut jugaklah kenapa bank tak ada duit nak bagi keluar sedangkan bank tu memang jenis bank yang ramai orang buat deposit dan bank yang ada di mana-mana...motonya. Tapi bila dah faham bagaimana duit dicipta jadi perkara ini jadi tak pelik.

Kita ambik contoh duit Amerika yang sekarang ni boleh dikatakan semua ekonomi dunia bertunjangkan duit dollar. Agak ilmiah dan metamatik sedikit tetapi cuba fahami dan inilah yang dimaksudkan oleh satu hadis Nabi SAW bahawa suatu masa nanti , setiap urusniaga hanya akan menggunakan emas dan perak sahaja.

Struktur pemahaman kita baik institusi perundangan, ekonomi , politik semuanya mengikut satu sistem iaitu sistem kewangan. Sampai sekarang tak ramai yang sedar macamana wang dicipta dan tak ada yang nak persoalkan bagaimana polisi sistem kewangan sekarang dan apa kesan kepada kita sebagai pengguna.

Dalam dunia yang kita tinggal ni , 1% orang menguasai 40% kekayaan dunia dan ada 50% populasi yang hidup dengan purata pendapatan bawah RM7 sehari. Jadi kita faham mengapa kehidupan kita tertekan sekarang ni berbanding orang-orang dahulu.

Sistem kewangan yang ada sekarang ni sebenarnya topeng yang dipakai untuk menutup struktur yang dilumpuhkan Bank Pusat Amerika. Bank Pusat ini ada menerbitkan buku MODERN MONEY MECHANICS .

Buku ini menceritakan pasal Proses Pecahan Simpanan (FRACTIONAL RESERVE PROCES) melalui pelbagai istilah perbankan yang kita pun tak berapa nak faham. Istilah ini memang sengaja dicipta untuk memberi kekeliruan bagi menutup cara bagaimana duit dihasilkan sebebarnya.

Penterjemahan istilah perbankan ini sebenarnya di mudahkan dengan kisah begini...

Kerajaan Amerika memutuskan yang mereka mahukan wang. Lalu mereka memberitahu Federal Reserve dan meminta wang katakanlah...10 Billion dollar.

Federal Reserve pun menjawab, "Baiklah...kitaorang akan beli 10 billion BOND kerajaan dari hangpa."
   

Kerajaan Amerika kemudiannya ambil beberapa keping kertas dan lukis beberapa corak rasmi di atasnya dan menamakan TREASURY BOND (Bond Perbendeharaan).

Kemudian ia letakkan nilai ke atas bond tadi dengan jumlah 10 Billion. Federal Reserve pula akan mengeluarkan sejumlah kertas untuk mencetak benda yang menarik yang dinamakan Federal Reserve Note juga dengan nilai 10 Billion dollar untuk ditukarkan dengan bond kerajaan tadi.

Apabila pertukaran tadi selesai, kerajaan akan ambik 10 billion reserve note tadi dan depositkan dalam bank. Selesai sahaja depositkan kertas note tadi maka secara rasminya ia menjadi wang legal tender (sah diperlakukan).

Maka bertambahlah bekalan wang Amerika dengan 10 billion dicipta.

Hakikatnya sekarang ini ia lebih kepada dalam bentuk elektronik. Fakta ! Sekarang 3% bekalan wang Amerika adalah bentuk fizikal dan selebihnya 97% wujud dalam komputer sahaja.

Bond Kerajaan cara ia direka sebagai alat "hutang". Apabila FED beli bond tersebut, dengan duit yang tidak bersandarkan apa-apa , sebenarnya kerajaan Amerika berjanji untuk membayar kembali wang tersebut kepada FED.

Dengan erti kata lain, wang dicipta dengan hutang ( WANG = HUTANG). Jadi bila 10 billion dollar dicipta sudah ada dalam bank, serta merta ia jadi sebahagian dari simpanan bank yang sama dengan deposit-deposit yang lain.

Berdasarkan keperluan simpanan seperti dalam buku Modern Monetary Mechanics ni, bank mesti mengekalkan jumlah simpanan legalnya bersamaan dengan jumlah pecahan depositnya.

Ia kemudian memberi kadar jumlahnya dengan mengatakan di bawah undang-undang sekarang jumlah simpanan terhadap semua urusniaga adalah 10%.

Ini bermakna 10% daripada 10 billion dollar yang wajib disimpan adalah 1 billion dollar. 
Yang 9 billion dollar sebagai lebihan simpanan dan bank boleh gunakan untuk memberi pinjaman kepada orang lain.

Sekarang secara logiknya 9 billion datang dari 10 billion yang asal. Tetapi sebenarnya bukan macam tu. Apa yang berlaku sekarang, 9 billion itu tadi dengan mudahnya dicipta disamping 10 billion deposit asal itu tadi.

Inilah cara bagaimana bekalan wang dikembangkan dalam buku MMM.  Hakikatnya pihak bank tidak membayar pinjaman tersebut dengan wang deposit yang diterima. Jika mereka lakukan begini bermakna tiada wang tambahan dicipta.

Apa yang mereka lakukan adalah menerima nota perjanjian (kontrak pinjaman) sebagai pertukaran dengan hutang di dalam akaun peminjam. Sebab itulah kawan saya nak keluarkan duit bank tak bagi keluar banyak-banyak sangat selain dari alasan tak ada duit sebenarnya duit itu bank boleh kembangkan lagi.

Dengan kata lain, 9 billion tadi dicipta dengan tidak bersandarkan apa-apa hanya kerana adanya PERMINTAAN untuk pinjaman tersebut dan terdapat 10 billion dollar deposit untuk memenuhi simpanan.


Katakanlah ada seorang nak pinjam 9 billion dollar. Deposit tetap dimasukkan dalam akaun bank yang sama. Pernah anda lihat bila loan atau pinjaman lulus sahaja orang yang dapat pinjaman tersebut keluarkan semua dalam bentuk tunai fisikal.

10% daripada 9 billion dollar diasingkan dan ada lebihan simpanan 90% dari 9 billion atau 8.1 billion. Sekarang menjadi wang baru tercipta untuk hutang atau pinjaman lain.
Dan 8.1 billion bileh dipinjam lagi dan didepositkan lagi kembali dan tambahan 7.2 billion....kepada 6.5 billion....5.9 billion dan seterusnya.

Proses ini dipanggil kitaran deposit ciptaan wang  hutang secara teknikalnya tanpa kesudahan. Purata secara matematiknya, lebih kurang 90 billion dollar boleh dicipta dari 10 billion yang asal.

Erti kata lain, bagi setiap bagi setiap deposit yang berlaku dalam sistem bank, sejumlah 9 kali ganda jumlah wang boleh diciptakan atas angin tanpa sandaran. Bila ini berlaku, sebenarnya ia menjatuhkan nilai wang itu sendiri dan inilah dipanggil INFLASI.

Sebenarnya Inflasi ini juga adalah cukai terselindung dimana kerajaan Amerika menciptakan bond dan menukar jadi dollar dan dollar terdapat di pasaran tanpa sandaran dan terlalu banyak yang buatkan nilainya jatuh. Bila nilai jatuh, harga barang naik inflasi.

Sistem kewangan sekarang yang di kawal dari Sistem Federal Reserve sudah berlangsung selama 94 tahun dan hari ini, nilai duit sudah jatuh sebanyak 96%!
Apa jalan terbaik bagi kita mengekalkan kekayaan kita? Simpan emas seperti dinar dan perak..



BERFIKIRAN LUAR KOTAK ( THINK OUT OF BOX )



Kadang kala kita perlu masukkan idea kreatif dalam kehidupan kita untuk berjaya. Buat benda yang orang lain tak buat atau buat sesuatu yang luar biasa. Jangan jadi seperti niaga di jalan ke Genting Highland sebelum ini. 

Nampak orang jual lemang, berderet semua orang kampung jual lemang. Tak kreatif bila ikut-ikut orang.

Ada satu syarikat di China yang nama syarikatnya Kasut Kang ambik masa 6 bulan untuk siapkan projek kereta kasut bentuk elektrik yang kelajuannya 30km/jam. Kira oklah kalau nak ke JB dari KL tu ambik masa 10 jam baru sampai. Alasan pasal naik kasut.

Sekali jalan boleh pergi 400 km tanpa berhenti menggunakan kuasa bateri. Bateri kereta kasut ni letaknya di bawah kerusi pemandu. Jangan bimbang, kereta ni boleh naik dua orang. Kalau hujan boleh buka payung.

Menurut Presiden syarikat tu dia akan menghasilkan lagi 40 biji kasut elektrik seperti itu. Harganya dianggarkan sebuah kereta Inspira. Jika anda diberi pilihan, anda nak beli Inspira atau kasut ni. Pasangan anda pula bagaimana?

Cuba bayangkan kalau ada kereta Inspira dengan kereta kasut ni parking sebelah menyebelah. Rasanya yang mana mengambil perhatian orang?

Dalam kehidupan, untuk keluar dari pelbagai masalah, anda dah diberi oleh Allah keupayaan untuk berfikir bagaimana nak atasi semua problem-problem tersebut. Semua masalah kita ni bagaikan penyakit. Hari ini ia datang dan hari esok ia pergi. Cuma redho sahaja tak perlu nak mengeluh dan merengus.

Bagaimana nak keluarkan daya kreatif anda? Pejamkan mata anda, bayangkan belegu yang ada dalam hati seperti iri hati, cemburu, buruk sangka, lemah fikiran, putus asa, khuatir dan segala persepsi negatif. Kemudian bayangkan anda memegang satu tukul dengan tangan memegang tukul tersebut.

Lalu anda pecahkan segala belegu dengan tukul fikiran anda. Dengan berteriakkan dalam hati Allahuakbar x61.
Cuba dan anda akan rasa seperti baru dilahirkan. : )

5 "C" YANG ORANG KEJAR UNTUK STATUS...


Saya masih ingat lagi sewaktu di tanah suci Mekkah pada 3 tahun lepas semasa buat umrah. Setiap kali solat maghrib sementara menunggu waktu Isyak, saya dan 3 orang rakan akan duduk di tangga sambil melihat orang sekeliling dengan melihat Kaabah. Cuci mata...


Di sebelah saya ada rombongan lain dari Malaysia juga tetapi bukan kumpulan kami. Di situ kami berkenalan dan berbual-bual sambil curi-curi ambik gambar. Dalam Masjidil Haram , diharamkan ambil gambar. Kalau polis dia nampak handfon atau kamera kita kena rampas.
Maksud haram kat sana bukannya buat dapat dosa tetapi haram sebenarnya bermaksud tak boleh. Jadi saya berbual dengan kenalan baru yang datang dari Malaysia tu. 


Orangnya kalau dilihat pakai jubah dan kopiah. Sama seperti saya juga sewaktu disana.
Kalau sini pakai jubah orang fikir extreme tapi kalau kita disana pakai T-Shirt, orang yang tengok kita ni extreme. Rupa-rupanya dia datang dengan kumpulan dia yang semuanya pekerja dia. Rupa-rupanya dia seorang pengarah syarikat kontraktor.


Semua pekerja dia payungkan buat umrah. Di Malaysia, dia seorang ketua dan boss besar syarikat tetapi semasa di Mekah, dia sama-sama buat tawaf, buat sai'ee dengan saya. Bila balik Malaysia kalau jumpa, saya dan dia dah jadi kenalan di Tanah Suci. Padahal di syarikat dia ada ramai pekerja.


Berbeza penerimaan orang yang kita kenal bila berjumpa diluar berbanding jumpa untuk urusan bisnes atau projek. Lepas kenal di Mekkah, balik Malaysia Haji tu banyak juga bagi projek pada saya. Masa tu dia join buka Akaun Amanah sebanyak RM1 juta.


Katanya duit dia pernah kena tipu dengan 4 orang Doktor yang katanya nak buka sebuah Hospital sebanyak RM20juta. Saya tanya tak ada ambik apa-apa tindakan? Katanya, tak mengapalah, mereka juga ada anak bini yang nak ditanggung.


Kalau dengan RM20 juta tu rasanya berapa ramai anak bini yang boleh ditanggung. Tetapi, dengar cerita sekarang ni 4 orang yang songlap duit itu hidup mereka makin susah. Banyak hutang, lari negeri orang cari, kereta kena tarik...


Padahal RM20 juta tu boleh sampai ke 10 keturunan. Jadi bila dah kenal Haji yang bergelar Dato' itu juga, baru saya faham yang rata-rata orang kejar status dia perlukan 5 "C" untuk dipandang tinggi oleh mata manusia.


Sempat juga Dato Haji tu kongsi rahsia dia dan kongsikan beberapa petua yang saya praktikkan dan berkesan pada saya. Jangan tanya apa dia sebab kadang-kala saya ada kongsikan dalam Blog ini. Itu pun ada yang cakap saya kedekut ilmu sebab tak menjawab soalan dia yang dia sendiri tahu jawapan dia.


Kalau di kelas, jika ada anak murid yang buat-buat tanya soalan kemudian cikgunya tak tahu nak jawab lalu anak murid itu menjawab dengan memberi jawapan , itu satu sifat yang suka menjatuhkan maruah guru atau nak tunjuk pandai. Memang patut kalau cikgu dia suruh diri atas kerusi sebab buang masa cikgu dia.


Walaupun IQ (Inteligent)  bagus tetapi dari segi EQ (emotional) Attitude kurang. Jadi berbalik pada kisah Haji Dato tadi tu ada kongsikan pada saya 5"C" kalau nak diiktiraf sebagai berjaya di mata pandangan manusia.


" C" yang pertama ialah CASH. Sudah tentu banyak duit orang pandang tinggi. Ramai orang mengadu mengeluh semua pasal duit. Termasuklah yang ada isteri 3 orang, bila masuk bab duit, ketiga-tiga isteri boleh bergaduh nak bahagian duit mereka. Ni terjadi sebab ada yang mengadu masalah hati tak senang, runsing tambahan dimadukan.


Rupa-rupanya pasal masalah duit baru semua perkara ungkit termasuk dimadukan. Ini bukan gossip liar tetapi lumrah manusia yang nak duit dan bila duit banyak tentu sekali...."C" yang berikutnya...


CAR...Kereta tentulah yang mewah gah melambangkan status kekayaan atau kejayaan. Pernah tak kita lihat seseorang yang datang ke kedai mamak pakai smart siap pakai kot dengan tie cermin mata hitam. Gaya memang stylo macam orang kaya. BIla nampak orang macam ni, mesti kita tengok kereta jenis apa yang dia pakai.


Sekali tengok pakai kereta nama haiwan si pintar. Ni mesti tak MLM atau Insuran. Paku sepih cakap orang dia yang lebih. Sebab saya dulu begitulah juga. Tapi zaman masa saya pakai kot dulu di Malaysia yang panas ni masih lagi orang anggap kalau tak Managing Direktor mesti CEO.


Sekarang ni anggapan orang pula kalau tak MLM mesti Ejen Insuran....Patut parking jauh-jauh kereta atau janganlah datang mamak pakai kot. Biar papa asalkan bergaya. Biar papa asalkan kereta sport. Bila papa, tu yang perlu ambik "C" yang berikutnya....

CARD....Status kita bergantung pada Kredit kad yang kita pakai. Kalau Kad kita Platinum, kereta Ferrari boleh beli on the spot dengan swept sahaja. Kuasa membeli ada pada kad. Rata-rata kad tak sampai platinum tapi swept macam ferrari di shopping kompleks. Belanja dapur katakan maklumlah rumah pun duduk jenis "C" yang berikutnya...


CONDOMINIUM...yang ada Gym, Guard, Swimming Pool, Spa...kalau orang tanya dok mana jawab Dangga Bay Condominium. Kalau tanya dok mana...jawab Sentul Condominium...KL Sentral Condominium. Prestige sekarang ni tambahan pula bayar mantainance condominium yang di pusat bandar boleh dapat bayar sewa rumah teres.


Tu yang duit bayar bank lain, bayar guard lain...silap haribulan bukan kena halau tak bayar kat bank duit rumah kita tapi kena halau sebab tak bayar guard. Tu belum bayar yang "C" berikutnya...


CLUB....Kelab Golf lah biasanya menjadi pilihan orang-orang kaya. Jarang buat bisnes dengan joinkelab bola atau kelab kebudayaan. Ada yang masa student di Universiti pergi belajar main Golf sebab nanti bila dah kerja boleh join orang kaya dengan main golf. Untuk dapatkan projek katakan...


Semua yang main golf semua nak kejar projek. Kalau main bola masa bila nak kejar projek sebab dok sibuk kejar bola. Ada seorang Dato anak bekas Menteri Besar bagitahu saya Golf ni singkatan Golongan Orang Lemah Fikiran. Bukan saya yang cakap tapi dia yang cakap. Katanya habis pokok pokok ditebang untuk jadikan padang rata supaya orang boleh pukul bola masuk lobang.


Kalau memancing tu tunggu lama dapat ikan masak atau goreng makan jadi kenyang jugaklah tapi kalau golf, bila berjaya masukkan bola dalam lobang....apa penamat dan perasaan yang menggembirakan jika nak dibandingkan kejayaan menjaringkan gol bola dan main rugby.


Saya tak tahu , hanya peminat golf sahaja yang boleh uraikan perasaan bila bola golf masuk lobang. Tetapi mungkin main golf ni tujuan ketiga atau keempat. Tujuan selain dapat projek ialah boleh menikmati pemandangan hijau dan hilangkan stress.


So nak join Kelab pun bukan murah setakat RM60 malah ada yang sampai RM120,000 join kelab ni.


Jadi cuba kita bayangkan bila nak mengejar kekayaan yang dipandang tinggi perlu sediakan 5 "C" diatas yang sememangnya kos tinggi. Kadang kala diri sendiri merana untuk membuatkan diri di mata orang lain sebagai seorang yang dah berjaya.
Insya Allah sambung di post akan datang... Wassalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...