Tuesday 24 January 2012

PERMATA YANG INDAH SATU LAGI CERITA YANG DIPETIK DARI SEPOHON JADI….



Kisah di bawah menjelaskan betapa pentingnya berbaik sangka / husnuz zhon sesama muslim. Mulai hari ini marilah kita fokus dan utamakan usaha mengenal Allah swt dan mengingati setiap saat, insya Allah. Cari titik persamaan, elakkan titik perpecahan….

Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..

“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.”

Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tersebut dengan ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yang serba sederhana itu.

Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yang bersih tanda beliau seorang yang soleh. Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dengan dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. Usai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.

“Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda?”
Tanya sang ulama syariat dengan nada yang redup.
“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dalam-dalam dan dengan tenang memberikan jawapannya.

“Ya, Allah itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib.”

Setelah mendapatkan jawaban daripada ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam untuk bertemu dengan ulama hakikat pula. Keesokkan harinya si pemuda mula merayau-rayau dikampung itu untuk mencari sang ulama hakikat.

Puas bertanya dengan orang kampung maka tengah hari itu si pemuda bertemu dengan seorang makcik yang akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.

Sesampainya ditempat yang dituju kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yang luas dihiasi taman bunga yang cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yang berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yang agak lusuh berbanding rumahnya yang begitu mewah.

Sudah sepuluh minit si pemuda berbual-bual ringan dengan sang ulama hakikat namun kelihatan seolah-olah tiada tanda-tanda sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dalam rumahnya yang mewah itu.

“Ada apa urusan nak jumpa saya ini?”

Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yang sama sebagaimana yang ditanyakan kepada sang ulama syariat.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dengan tahkik beliau menjawab..

“Wahai anak muda ketahuilah yang sebenarnya bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yang bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yang baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah-lengah maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dengan seribu persoalan yang berlegar-legar dibenak kepalanya.

Sebagai seorang muslim taat yang baru hendak menjinak-jinakkan diri dengan dunia tasawuf, si pemuda berasa keliru dengan jawaban yang diberikan oleh sang ulama hakikat. Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dengan ilmu hakikat dan ma’rifat.

Mendengar jawapan daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut untuk meneruskan pelajaran tasawuf dengan gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dengan guru tasawufnya lantas mengambil keputusan untuk berguru dengan sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dalam hati beliau bergumam..

“Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. Walaupun sang ulama syariat hidup dalam keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dengan makanan yang enak berbanding sang ulama hakikat yang kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dengan dirinya sahaja pun sudah kedekut.

Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”
Keesokkannya, si pemuda dengan tergesa-gesa menuju ke rumah sang ulama syariat dan menceritakan kepada beliau hasil dialognya dengan sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak-anak muridnya untuk menangkap sang ulama hakikat.

Maka dengan sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dengan cerita bahawa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu.

Sang ulama hakikat dapat ditangkap dengan bantuan orang-orang kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa untuk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari orang-orang kampung yang bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yang melempari beliau dengan batu-batu kecil kerana tidak dapat menahan rasa marah.

Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya tak henti-henti mengalir. Mungkin beliau menahan sakit.

Tiba dihalaman rumah sang ulama syariat lalu dengan kasar tubuh sang ulama hakikat yang sudah tua itu ditolak dengan keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yang sedari tadi menunggu dirumah sang ulama syariat terkejut dengan situasi itu.

Beliau tidak menyangka sampai begitu malang nasib yang menimpa sang ulama hakikat sehingga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya untuk mengekang kemarahan orang-orang kampung yang sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..

“Benarkah anda menjawab ‘Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini?” sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda.

Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab “Ya”.
Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.

“Adakah anda masih dengan pendirian anda atau anda mahu bertaubat?”
Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dengan tenang oleh sang ulama hakikat..

“Untuk kesalahan yang mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim?”
“Untuk kesalahan anda yang mengatakan Allah tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya haram!”

“Oh begitu.. beginilah tuan hakim, pada saya jawapan saya itulah yang teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa-apa dan terserahlah kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk mengadili saya kerana tuan adalah hakim dinegeri ini.”

Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dengan puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. Sang ulama syariat terdiam dan merenung dalam seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat.

Akhirnya sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh sehingga esok untuk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yang berada dihalaman rumah sang ulama syariat dalam posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh beberapa orang-orang kampung.

Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat daripada pendiriannya. Ramai yang merasa pelik dengan pendirian sang ulama hakikat dan yang lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. Tiba-tiba si pemuda merasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yang menimpa sang ulama hakikat adalah hasil daripada perbuatannya.

Namun nasi sudah menjadi bubur. Perlahan-lahan si pemuda mendekati sang ulama hakikat untuk memohon maaf. Aneh.. kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dengan senang hati mahu memaafkan si pemuda. Ketika si pemuda itu mahu beredar tiba-tiba ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dengan nada yang riang..

“Wa qul jaa alhaq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo.”
Ucap beliau berulang-ulang sambil memandang kearah seseorang lantas mukanya tiba-tiba kelihatan berseri-seri dalam senyuman yang menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh kearah orang itu dan apa yang beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau diantara celahan penduduk kampung yang ingin menyaksikan hukuman pancung yang bakal dijalankan.

Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat dibawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan dipihak mereka yang berjaya membunuh seorang pembawa ajaran sesat.

Selang beberapa hari oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 daripada surah al-Isra’ seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu?.

“Wahai muridku, marilah duduk dihadapanku ini.”
Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yang hendak diajukan terasa tiba-tiba hilang entah tertinggal dimana.

“Baiklah muridku, atas persoalanmu yang dahulu itu maka akan aku jawab sekarang ini.”
Lembut sahaja bicaranya.

“Adapun persoalanmu tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam akan aku jawab seperti berikut. Yang pertama, orang syariat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu syariat manakala orang hakikat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu hakikat.

Jawaban sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”
“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… adalah benar apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa Allah itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan ‘Allah’ itu adalah dirujuk semata-mata sebagai isim bagi zat tuhan kita sahaja. Ini bermakna yang berkuasa pada hakikatnya adalah zat tuhan kita dan bukannya yang berkuasa itu isimNya.

Perkataan ‘Allah’ itu pada hakikatnya adalah gelar bagi zat tuhan kita. Adapun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham?”
Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.

“Adalah sesuatu yang benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.
“Begini… sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dalam agama Islam namun yang ada Cuma ibadat solat. Ya, ianya adalah solat dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul-betul maksud firman Allah dalam surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”.

Ini menunjukkan cara ibadat orang kafir tidak sama langsung dengan cara ibadat orang muslim. Perkataan sembahyang itu adalah asalnya terbit daripada upacara ibadat masyarakat hindu-budha untuk menyembah tuhan yang bernama Hyang.

Maka upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang tetapi Allah. Jadi kita sebagai orang muslim adalah haram sembahHyang kerana itu adalah ibadat penganut hindu-budha.

Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan tuhannya…”.

Si pemuda semakin tertunduk.
“Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram?”

“Ya tuan guru, sekarang barulah jelas.”
“Yang kedua, orang-orang syariat mempelajari ilmu-ilmu hukum maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan hukum sementara orang-orang hakikat mempelajari ilmu-ilmu ma’rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan Allah.”

Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yang telah berlaku dimana kata-kata guru tasawuf itu ada benarnya juga. Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hukuman bunuh terhadap sang ulama hakikat sedang sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dengan kemaafan sesuai dengan sifat tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.

“Adapun persoalanmu tentang kenapa ilmu hakikat tidak berkembang-luas maka akan aku jawab seperti berikut. Tidak berkembang-luasnya ilmu hakikat adalah disebabkan masih adanya orang-orang yang seperti kamu!”

Bentak sang guru tasawuf yang membuatkan darah si pemuda berderau.
“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Kerana kejahilan kamu dalam memahami hal-ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sebagai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnahi beliau dihadapan sang ulama syariat sehingga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian.

Jika semua ulama hakikat sewenang-wenangnya dibunuh tanpa usul periksa justeru kerana itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas.”

“Tapi tuan guru, bagaimana saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sebagai orang yang beragama! Sang ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dalam rumahnya yang besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walau setitik air bahkan dengan dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

“Awas lidahmu dalam berkata-kata wahai anak muda! Telahku katakan tadi bahawa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bahawa rumah besar lagi mewah yang kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun disitu.

Adapun pakaiannya yang lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yang beliau ada dan beliau hidup hanya untuk mengabdikan dirinya kepada Allah.”

“Bagaimana tuan guru boleh tahu segala yang terperinci tentang sang ulama hakikat itu?”
Tanya si pemuda hairan.

“Kerana orang yang kalian bunuh itu adalah guru tasawufku maka dengan itu sebutir lagi permata yang indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu kepangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat.”

Si pemuda itu terkejut lantas berkata…

“Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru denganmu wahai guruku.. terimalah aku kembali wahai guruku!!”

“Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata-mata kerana keselamatanmu dan bukan kerana aku membencimu.”

“Aku tidak faham akan maksud tuan guru??”
“Pergi sahajalah kembali kepangkuan sang ulama syariat kerana kamu akan selamat disana dan jangan kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini.”

Dengan hati yang berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat untuk berguru dengannya dan beliau diterima sebagai murid. Selang beberapa hari, keadaan kampung tiba-tiba kecoh kembali.

Dengar khabarnya seorang lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong-bondong orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pengamal atau guru ajaran sesat.

Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yang membalingnya dengan batu-batu kecil sehingga pakaiannya koyak-rabak. Rupa-rupanya lelaki yang pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.

Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yang tidak mahu mengambil beliau sebagai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan seperti itu.

Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi permata yang indah telah hilang sirna dari negeri itu……… Didalam hati si pemuda merintih..

“Ya Allah.. berapa ramaikah lagi ahli tasawuf yang mesti dikorbankan semata-mata mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang-luas? Cukup Ya Allah cukup kerana sekarang aku sudah mengerti….”

Thursday 19 January 2012

Bagaimana nak hidup tenang



Assalamualaikum Wbt,

Setiap hari umur kita meningkat dan setiap hari kita menjadi semakin matang. Bererti kalau sebelum ni kita buat satu benda kita main larong aje.

 Kalau dulu mungkin kita ikut-ikut orang dalam bab nak mencari ketenangan atau kebahagiaan. Tapi bila dah matang , kita sedar tak ada jalan yang terbaik selain dari jalan yang saya nak kongsikan di akhir post ni.

 Diam tak diam website Hadzrin.com pun dah masuk tahun keempat. Setiap tahun saya patut buat perubahan dan saya harap agar dapat berkongsi pengisian sekarang yang lebih mematangkan. Mungkin anda tak faham maksud matang dalam perkongsian yang saya nak berikan ni apa.

Cuba baca sambil tarik nafas dalam -dalam dan lepas kan nafas anda. Lakukan sebentar. Saya tahu, anda penat melihat tulisan tapi perlu memberi energi pada diri anda dengan pernafasan panjang. 

Lakukan seketika ...ambik masa 5 saat masa untuk diri anda mencari jawapan ketenangan. Okey, kita sambung semula.

Bayangkan dan ingat balik, dulu kalau orang tanya anda , apa yang membuatkan anda rasa bahagia atau dapat ketenangan. Mungkin anda akan menjawab , rasa tenang dan bahagia bila duit ada banyak.

Duit kalau ada RM1 juta hidup jadi tenang. Ni nak tanya, adakah jawapan ini pemikiran yang matang atau tidak ? Dan mungkin juga, anda bagitahu , anda rasa tenang bila anda ada rumah banglow. Ada kereta mewah.

Ada harta yang banyak. Ni nak tanya, adakah jawapan ini dari pemikiran yang matang atau tidak ? Persoalan yang saya nak tanya kepada anda, sebelum proses anda nak mendapatkan semua yang anda bagitahu tadi, bagaimana hidup anda masa tu ?

Anda rasa tenang atau tidak ? Bayangkan , target anda nak dapat kereta mewah, rumah besar, duit banyak...dalam masa yang sama anda lihat orang lain yang dah dapat benda tu semua, anda rasa apa ? Stress kan?

 Jadi sepanjang perjalanan anda nak dapat benda tu semua , anda dalam keadaan stress nak dapatkannya dan dalam masa yang sama anda cemburu melihat orang lain yang dah dapat seperti apa yang anda nak....

 Contoh paling senang, tiba-tiba anda lihat jiran sebelah rumah anda dah beli kereta impian anda. Bertambahlah stress dan huru hara hidup anda.

 Bayangkan kalau proses nak capai kehidupan yang anda impikan itu memakan masa 7 tahun, bermakna 7 tahun itu anda tak tenang.

Percayalah, bila anda dah dapat semua yang anda impikan itu hiudp anda masih lagi tak tenang dan bahagia. Tak percaya ?

Pernah dengar atau lihat orang yang pakai kereta ferrari merungut ? Rasa seronok pakai mungkin masa sebulan dua. Bila nak bayar roadtax insuran Ferrari tu RM60,000 kena keluar. Setiap kali nak servis 5,000 km dah kena keluar duit servis RM30,000.

 Walaupun kalau duit banyak sekalipun, tak rasa bersalahkah dalam hati yang suatu hari nanti akan dipersoalkan tentang rezeki yang diberi digunakan untuk apa. Duit servis kereta boleh beri berapa ramai anak yatim makan tengahari?

 Pernah dengar dan lihat orang yang duduk dalam rumah banglo tak pernah bergaduh atau bergolak? Kalau tengok di TV drama melayu kebanyakannya kisah konflik orang kaya yang rumahnya adalah rumah banglow.

 Jadi pemikiran kita untuk mendapat ketenangan hidup dan kebahagiaan selama ini ternyata tidak dapat memberikan kita kepuasan mutlak. Selama ini lebih kepada material yang kita pegang. Jadi bagaimana nak capai ketenangan itu? 

Rasulullah SAW ada meriwayatkan, jiwa yang tenang itu adalah jiwa orang-orang yang sentiasa bersyukur. Apa yang Nabi junjungan kita SAW beritahu ialah tak ada dalam dunia yang boleh beri kebahagiaan kepada kita melainkan Allah.

Manusia tak dapat nak puaskan hati manusia. Boss dan majikan tak dapat nak puaskan hati pekerja dia. Walaupun beri naik gaji tapi bulan depan staft tetap tidak bersemangat nak buat kerja.

 Konsep bersyukur untuk mendapat ketenangan hidup ni begini. Kalau anda lihat orang lain beli kereta baru atau mewah, anda bersyukur kerana Allah berikan anda dua pasang kaki yang sihat dan kuat menampung badan anda yang berat .

 Walaupun anda kurus tetapi berat tetap melebihi 50 kilogram. Pernah angkat beban 50 kilogram ? Cuba pegang selama 10 minit barang beban itu.

Pasti tak larat dan payah. Begitulah kejadian kaki yang Allah berikan kepada anda yang tak pernah nak mengadu betapa beratnya nak menampung dan memikul badan anda.

 Kalau anda lihat orang lain banyak duit, anda tetap bersyukur kerana Allah anugerahkan anda dua biji mata yang boleh melihat duit orang lain.

 Bayangkan kalau orang buta tapi duit banyak. Walaupun duit dia punya tapi tak dapat nak tengok. Itu sendiri punya. Apa lagi kalau duduk banglo yang cantik, kereta yang selesa, tapi tak dapat lihat tetap tak selesa.

 Cuba anda pergi ke restoran yang sangat mewah dan sedap. Dalam masa yang sama anda tutup mata anda pakai kain hitam. Sepanjang masa anda dalam restoran tu dan nak menikmati makanan yang mahal dan sedap tu sambil tutup mata.

 Apa rasanya makan sambil tak dapat lihat. Rasa memang sedap tapi nikmat kurang.Lebih baik anda makan di rumah. Tak payah keluar duit banyak-banyak makan di tempat mewah kalau buta. Saya percaya, orang buta tak dapat nak baca blog ini. Jadi saya pasti anda tak buta.

Sekali sekala kena menghayati bagaimana perasaan orang buta. Disitulah datangnya rasa bersyukur jadi orang biarpun tak kaya lagi. Anda mungkin pening kepala pasal hutang banyak nak kena settle. Hutang rumah kereta, bil astro,....dan ini membuatkan anda nak cepat jadi kaya.

 Percayalah, di Malaysia sekarang belum pernah kita baca dalam surat khabar ada orang meninggal dunia kerana tak bayar duit kereta,rumah, bil astro...

 Dan tak ada dengar lagi orang di Malaysia mati kebuluran sebab tak makan. Jadi orang yang bersyukur, dan sentiasalah bersyukur...belum jadi kaya tapi Tuhan dah beri macam-macam nikmat. 

Sebenarnya kekayaan itu datang sendiri bila anda dah bersedia. Kalau tak bersyukur nanti akan ditarik balik semula nikmatnya. Orang yang diberi kekayaan sebenarnya ada tugasan.

 Yang layak untuk dapat tugasan itu barulah Allah jadikan dia kaya. Faham maksudnya ? Macam ketua kelas atau pengawas sekolah. Dulu siapa jadi pengawas boleh pakai tali leher. Sekarang ni, semua murid wajib pakai tali leher.

 Jadi Pengawas pun bukan mudah. Kena cemerlang baru dapat. Jadi bila anda dah cemerlang dalam bab bersyukur, barulah Allah jadikan anda kaya dan dapat semua benda yang anda impikan dalam keadaan tenang dan bahagia...

 Akan datang saya kongsikan cara nak bersyukur pula.... Salam Kebahagiaan :-)

 P/S :Anda boleh baca perkara yang sama di Backup Blog juga Klik Sini

Saturday 14 January 2012

Teknik Kuasa Minda


Jangan tersilap, minda bawah sedar adalah alat manifestasi berkuasa. Ia telah menunjukkan bahawa seseorang boleh membuat syarat-syarat baru dalam hidupnya dengan kreatif memberi tumpuan pada realiti yang dikehendaki mereka sehingga bahagian dalam mereka percaya bahawa kenyataan ini adalah benar. Bahagian dalam minda separa sedar dan berpengaruh dalam setiap perkara yang kita lihat, lakukan, mempunyai, atau menerima. Sesetengah orang mengatakan bahawa pengalaman dunia itu sendiri diciptakan dari idea-idea dan keinginan dan pilihan yang dibuat di dalam minda separa sedar manusia. Minda bawah sedar yang berkuasa.
Tanpa disangkal lagi, perkara yang bijak untuk dilakukan adalah untuk belajar untuk mengarahkan kuasa itu dalam cara yang lebih memberi manfaat kepada kehidupan anda dan kehidupan orang yang anda sayang dan mengambil berat tentang.
 Ini dapat dicapai dengan teknik kuasa minda yang membolehkan anda untuk program minda bawah sedar anda dan mengarahkan kuasa dalam cara yang boleh membantu anda. Di sini kita akan membincangkan beberapa teknik ini.
Meditasi
Meditasi meningkatkan keupayaan anda untuk menumpukan perhatian kepada satu perkara pada satu masa sahaja segala-galanya, dan ia menggunakan beberapa kaedah.Anda mungkin menggunakan mantera atau pengiraan ringkas, dan berulang-ulang. Anda mungkin pandangannya ke dalam api, apa-apa lilin untuk menetapkan pandangan anda.
Duduk selesa tegak di kerusi yang baik di tempat yang tenang. Cari kaedah santaian yang bekerja untuk anda. 
Dalam jenis yang paling maju meditasi, seseorang duduk dalam postur bersila, tegak, tetapi ia adalah baik untuk duduk di kerusi dengan kaki yang menghubungi tanah dan beberapa jenis menyokong di belakang anda. Perkara yang paling penting tidak kemerosotan, tetapi kekal tegak, untuk mengekalkan tenaga badan anda mengalir dengan lancar.
Self-hypnosis
Self-hypnosis teknik kuasa minda yang lebih aktif untuk merapatkan fokus dan kelonggaran amalan. Anda menggunakan titik tumpuan visual, dan beritahu diri anda untuk berehat di mudah, terma, lemah lembut dan berulang-ulang. 
Mencadangkan bahawa mata anda menjadi berat, atau permulaan kepada air, atau apa-apa yang mungkin menyebabkan anda menutup mereka. Gunakan kaedah kegemaran anda kelonggaran.Apabila badan anda menjadi 'mengukuhkan' dalam kelonggaran hipnosis anda boleh mengambil kerja cadangan hipnosis yang akan membantu anda mencapai matlamat anda. Menyuling keinginan anda ke dalam satu perkataan atau frasa pendek yang anda boleh ingat dan digunakan dalam fasa mendalam sesi hipnosis anda.
VisualisasiVisualisasi kreatif adalah salah satu kaedah latihan minda separa sedar tertua. Dalam menggambarkan, anda membuat gambaran yang jelas tentang perkara yang anda suka, melihat secara terperinci setiap. Visualisasi kerja-kerja yang terbaik apabila ia dilakukan dalam keadaan santai, mungkin semasa atau selepas meditasi atau hipnosis diri.
Holding gambar di fikiran anda tidak mudah, jadi telah timbul banyak alat bantuan untuk membantu seseorang menggambarkan dan menyimpan gambar sebelum minda bawah sedar. 
Suatu lembaga visi, kerana kedua-dua ungkapan keinginan dan alat untuk memperbaiki sesuatu idea, hanya satu kolaj gambar yang dipotong dari majalah. Filem minda versi video yang lebih canggih lembaga wawasan, selalunya dengan bantuan organisasi dari seorang guru.
Ikrar
Ikrar adalah kenyataan positif yang dimasukkan ke dalam kesedaran untuk mengubah landskap dalam fikiran anda. Jika anda tidak lagi mempunyai apa yang anda mahu, ia mungkin kerana perkara-perkara yang anda telah memberitahu diri anda tidak tentang perkara-perkara yang yang anda benar-benar mahu. 
Menggantikan negatif diri-cakap, yang berlaku hanya di bawah tahap kesedaran kita sedar, dengan ikrar positif mempunyai keupayaan untuk membuat perubahan yang besar dalam kehidupan anda.
Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan ikrar yang positif untuk kebaikan anda sendiri. Memberitahu diri anda sesuatu yang positif hari semua kerja-kerja yang panjang.Anda memilih penyata anda akan membuat dan hanya memasukkan mereka ke dalam pemikiran anda.
Setiap kali anda notis fikiran anda kesesatan kembali ke lama, pemikiran negatif, cepat mengekang pemikiran anda dengan ikrar yang positif. Anda boleh menggunakan perisian ikrar yang akan memaparkan ikrar yang anda pilih pada komputer anda, sama ada secara rawak atau apabila anda memilih.
Perkakas bawah sedar
Sejak pemain pita kaset dan fon kepala stereo menjadi popular, begitu juga rakaman latihan otak bawah sedar dan ikrar untuk segala-galanya dari tidur, tidak, untuk mencapai kejayaan.
Mereka yang kerap melibatkan muzik yang indah, dan mesej positif yang tersembunyi di dalam trek otak yang sedar tidak dapat menyedarinya, tetapi minda bawah sedar boleh. Pada masa kini, anda boleh mencari peranti pengaturcaraan bawah sedar dan rakaman, beberapa percuma, beberapa sangat mahal, di Internet dan dalam bentuk CD separa sedar, walaupun yang MP3 yang boleh menjadi turun ke peranti muzik peribadi anda, untuk pam itu kenyataan positif apabila anda memilih .



LAPAN HARI KAUM AAD DIBINASAKAN ANGIN KENCANG



Negeri kaum Aad terletak di pedalaman. Mereka memiliki ladang pertanian dan pohon2 kurma yang banyak.

Kaum Aad berumur panjang dan mempunyai saiz badan yang besar lagi tinggi.

Nabi Hud as melarang kaumnya daripada menyembah berhala agar negeri mereka menjadi subur.

"Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!"

"Mereka berkata: “Wahai Hud! Engkau tidak membawa kepada kami sebarang keterangan yang membuktikan kebenaranmu, dan kami tidak akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami dengan sebab kata-katamu itu! Dan kami tidak sekali-kali percaya kepadamu!"
(Surah Hud:52-53)

Kaum Aad dikatakan membuat sarang2 burung merpati untuk tujuan bermain-main.

"Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik."
(Surah Asy-Syu'araa':128)

Ketika Nabi Hud as menyeru mereka ke jalan Allah, mereka tidak menghiraukannya.

Lalu Allah swt menahan hujan untuk tempoh yang lama.

Ketika mereka melihat awan hitam datang mereka bergembira dengan berkata,"Inilah awan yang membawa hujankepada kami."

Hud as berkata,"Bukan! itulah azab yang kamu minta."

Allah swt memerintahkan angin yang membinasakan segala sesuatu.

"Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu!"

"Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan;"

"Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar."

"Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!"
(Surah Al-Qamar:18-21)

Hud as bersama pengikutnya melindungi diri dalam sebuah kandang binatang ternakan serta tidak ditimpa bala oleh angin tersebut.

Angin itu datang kepada kaum Aad dari antara langit dan bumi selama tujuh malam dan lapan hari sehungga seekor unta kelihatan seperti seekor belalang.

"Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya,"

"Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang."
(Surah Al_Haqqa:6-7

RAKYAT CHECHNYA MINUM DARIPADA CANGKIR KEPUNYAAN RASULULLAH S.A.W.



Rakyat Chechnya yang sekian lama ditindas oleh Russia mendapat rahmat baru-baru ini dengan kehadiran satu cangkir yang dipercayai kepunyaan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Cangkir yang sekian lama disimpan di London dalam keadaan selamat oleh keturunan Saiyiddina Ali ibn Abi Talib kwjh setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. di bawa khas oleh kerajaan negara majoriti Islam itu pada hujung bulan lalu dengan disambut oleh ribuan rakyat yang mengalirkan air mata kegembiraan dan penuh kesyukuran.

Pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov diberi penghormatan untuk membuka kain yang menutup cangkir suci itu dalam satu majlis khas sambil menitis air mata.

Cangkir tersebut diterbangkan dari London terus ke masjid pusat Ahmad Haji Kadirov di ibu negara Grozny dengan disambut oleh rakyat Chechnya yang menunjukkan kecintaan yang mendalam kepada Rasulullah s.a.w. mengibarkan bendera disepanjang jalan sambil menyanyi dan bertepuk tangan.

Kadyrov secara peribadi telah menerima cangkir tersebut yang disimpan dalam sebuah kotak setibanya di lapangan kapal terbang.

Setelah mencium cangkir suci itu yang berwarna kehijauan dengan penuh rasa takzim dan hormat, pemimpin tersebut menangis teresak-esak sambil menutup wajahnya kerana mengenangkan bibir suci Rasulullah s.a.w. pernah minum daripada cangkir tersebut.

Kenyataan dalam laman web rasmi kerajaan Chechnya menceritakan latarbelakang cangkir yang berusia lebih 1,400 tahun tersebut di mana ianya digunakan oleh Rasulullah semasa hidup baginda sebelum diberikan kepada Saiyiddina Ali.

Ia kemudiannya disimpan dalam jagaan anak perempuan rasulullah s.a.w., Saiyiddatina Fatimah dan seterusnya kepada cucu baginda, Saiyiddina Hassan dan Saiyiddina Hussain sebelum diwariskan kepada keturunan berikutnya.

Kadyrov berkata akibat diburu oleh pengikut ajaran Wahabi di Mekah dan Madinah, keturunan Rasulullah terpaksa melarikan barangan kepunyaan baginda ke luar negara di mana ia tersimpan dengan selamat di London.

Kadyrov berkata sesiapa sahaja rakyat Chechnya berpeluang untuk meminum air daripada cangkir suci itu semasa ia berada di bumi Chechen.

Beliau dilihat sebagai pemimpin yang menggalakkan perkembangan Islam di negara wilayah utara Caucasus Russia antaranya merasmikan masjid terbesar di Eropah yang dipanggil Heart of Chechnya.

Sunday 8 January 2012

Menguruskan Jenazah



Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.

Sejajar dengan itu maka terbitlah halaman web ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita. 
~~~~~~~ InsyaAllah ~~~~~~~

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :
  1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
  2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
  3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.
Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudiann daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.
Ketika berada dekat dengan orang sakit, bacalah doa ini berulang kali,
Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara kita yang sakit begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam.
Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?
  1. Perlu berada di sisinya.
  2. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadah iaitu :
Ash-hadu allah illaha illallah.....(cari tulisan jawi !!!!!!)
di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Manakala rakan-rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.
  1. Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.



  1. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan :
    Hendaklah kita ucapkan :
  1. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
  2. Rapatkan kedua belah matanya.
  3. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
  4. Rapatkan mulutnya.
  5. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
  6. Luruskan kakinya.
  7. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. 
  8. Letakkan di tempat yang tinggi.
  9. Hadapkan ke Qiblat.

Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
  1. Memandikannya.
  2. Mengkafankan jenazah.
  3. Solat ke atas jenazah.
  4. Mengebumikannya.

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

  1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
  2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.
    Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.
  3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
  4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
  5. Urusan menggali kubur.
  6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
  7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
  8. Ucapan takziah.

  1. Sifat berani.
  2. Sabar.
  3. Amanah.
  4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

  1. Sediakan tempat mandi.
  2. Sabun mandi.
  3. Air daun bidara.
  4. Air bersih.
  5. Sugi - 7 batang.
  6. Sarung tangan - 3 atau 5.
  7. Sedikit kapas.
  8. Air kapur barus.
  9. Baldi serta gayong.
Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :
  1. Kain putih (bidang 45")  - 20 meter bagi dewasa
  2. Gunting
  3. Kapas
  4. Cendana
  5. Kapur barus
  6. Air mawar
  7. Minyak wangi (Minyak Attar)
  8. Tikar jerami
  9. Bantal (dari daun pandan)
  10. Tempat mandi yang khas.

mandi.gif (48727 bytes)
  1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
  2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
  3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.
  4. Sediakan air sabun.
  5. Sediakan air kapur barus.
  6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
  7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
  8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.

  1. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
  2. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
  3. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
  4. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :
Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :
"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"
Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :
"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"
  1. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
  2. Siram sebelah kanan 3 kali.
  3. Siram sebelah kiri 3 kali.
  4. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
  5. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
  6. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
  7. Lepas itu siram dengan air kapur barus.
  8. Lepas itu wudukkan mayat.

    Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :
    "Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"

    "Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"
    Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.
  9. Siram dengan air sembilan.
  10. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
  11. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
  12. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
  13. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).
  14. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.


Pertama :
Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.
Kedua :Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.
Ketiga :
Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya
Keempat :
Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.
Kelima :Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.
Keenam :
Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum  diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.
Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi.

Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.
Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki.
Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.
  1. Cara mengerjakan Solat Jenazah
    Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.
    Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.
    Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.
  2. Rukun Solat Jenazah
    Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :
    i.   Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
    ii.  Berdiri bagi yang berkuasa.
    iii. Bertakbir empat kali.
    iv. Salam
  3. Lafaz niat solat jenazah :

    a.  Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"
b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"
c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah Taala"
d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah Taala"
e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi makmum kerana Allah Taala"

f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi makmum kerana Allah Taala"
  1. Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.
  1. Takbir yang pertama :


    Membaca lafaz :   
Allahu Akbaru (Allah Maha Besar). 
Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :

  1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang. 
  2. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
  3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
  4. Yang berkuasa mengadili pada hari pembalasan.
  5. Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memita segala pertolongan.
  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
  7. Iaitu Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atras mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.
b. Takbir yang kedua.
Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :


"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".
c.       Takbir yang ketiga :
Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan ampun pada si mati :


"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

d.      Takbir yang ke empat.
Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti di bawah ini :

"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri dengan membaca :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...