Tuesday 11 October 2011

Bagaimana Nak Dapat Kereta Impian Guna Subconsious Mind ( Minda Separa Sedar )




Kali ni, saya nak share teknik yang saya dah buktikan berjaya untuk pakai kereta impian saya BMW 525i M-Sport . Yes! Special untuk anda pelawat hadzrin.com.

Kalau tak guna teknik ni mustahil anda boleh pakai kereta impian anda. Kalau boleh pakai, pastinya ambik masa bertahun-tahun lama. Dengan teknik saya ini, bergantung besar mana kereta impian anda. 

Lagi mahal lagi ganas ambik masa lama sikit. Paling lama setahun. Contohnya anda jangan haraplah nak pakai ferrari tapi sebulan nak pakai. 

Kirim salam lah....
Caranya hanya perlu setting dalam minda separa sedar anda. Peralatannya ialah gambar kereta impian anda ( ingat! jangan letak banyak -banyak kereta macam letak kerta BMW, Mercedes, Ferrari, Porche...FOKUS satu sahaja...tahulah nafsu kuat!)

Anda letakkan gambar tersebut di depan katil tidur anda. Kemudian, peralatan kedua ialah lampu suluh. Cara guna lampu suluh, setiap malam anda tidur , anda set masa jam 2-3 pagi. 

Anda bangun kemudian ambik lampu suluh dan tembakkan ke gambar kereta impian anda. Buka lampu sebanyak 3 kali. Anda buka 3 saat kemudian tutup 3 saat dan teruskan proses 3 kali.

Sudah buat begitu anda tidur. Setiap malam anda lakukan begitu. Mudah kan ? Tapi seelok-eloknya anda bangun buat solat sunat hajat dan tahajud.
Lakukan proses ini sampai anda dapat kereta impian anda. 

Macam saya cakap , bergantung pada kereta apa yang anda nak pakai. Contoh ferrari ambik masa lama lah melainkan anda memang anak tan sri atau anak sultan brunei, malam ni buat esok dah boleh dapat.

Bayangkan, saya seorang yang blacklist, simpanan tak ada, kerja tak tentu tapi boleh pakai kereta BMW 5 series. Bukan riak tapi nak buktikan yang teknik ini berkesan. Saya boleh jual teknik ini dengan harga RM100 dalam bentuk DVD. Tapi anda saya ajar tips ini percuma. 

Kalau anda belajar ISP lagi power untuk capai impian anda sebab ia gabungkan kuasa minda dan tenaga dalam anda! Ya, ISP boleh bangkitkan dan guna tenaga dalam untuk capai impian!

Selamat mencuba...Bila dah berjaya pakai nanti jangan lupa bagi tahu saya, boleh ambik gambar sama-sama
( Ni gambar dengan kereta BMW 5 siri sebelum tukar kereta lain. Sekarang Kereta ni dah murah sangat dan dah bersepah )


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...