Friday, 14 October 2011

Jalan Kekayaan Yang Bagaimana Anda Pilih ?


Apabila anda menyaksikan tayangan video di atas, mungkin anda rasa risau dan mungkin anda rasa ada nampak jalan atau sinar harapan baru.

Risau mungkin kerana anda seperti watak Bruno yang berusaha nak dapat duit dengan hanya bekerja keras dan tanpa sedari anda makin dihimpit dengan masalah keadaan. 

Sebagai contoh, anda kerja dapat duit dan tanpa sedari tahun demi tahun dah lebih 10 tahun bekerja atau lebih 20 tahun bekerja tapi anda masih lagi di takuk yang sama atau terhimpit dengan masalah kewangan.

Berbanding watak Pablo yang memilih untuk bina kekayaan dengan secara membina paip air dan dia percaya pada suatu hari nanti, segala pengorbanan dan usahanya akan berbaloi dan berhasil.

Biarpun orang semua mengelakkan apa yang diusahakan pada awalnya tetapi dia percaya bahawa setiap kejayaan tidak semudah yang diimpikan pada awalnya.

Perkara ini memang berlaku pada diri saya. Mujur Alhamdulillah, hari ini saya bersyukur kerana tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan wang ringgit kerana semuanya sudah saya usahakan dari dulu dengan membina batang paip.

Batang paip yang saya bina pun bukan calang-calang sebab ia diperbuat daripada emas. Memang benar, kalau mula-mula masa nak binanya, semua terpaksa dikorbankan.

Perasaan nak pakai kereta mewah seperti Ferrari, Skyline GTR bukan tak mampu tetapi terpaksa dipendam sahaja sebab daripada duit beli besi buruk (kereta) lebih baik saya beli emas yang setiap tahun meningkat tanpa pedulikan orang yang sedang mengumpul duit nak beli emas.

bayangkan kalau impian nak keluar dari masalah kewangan anda gunakan ilmu emas, tak perlu banyak....setiap bulan beli dinnar sahaja. satu dinnar sekurang-kurangnya. Kalau boleh beli hari-hari lagi bagus.

Bayangkan kalau dah ada 1000 dinar. Berapa kekayaan yang anda ada setiap tahun ? Insya Allah saya akan kongsikan bagaimana nak bina paip air yang diperbuat dari emas di post akan datang. Itupun kalau saya rasa harus dikongsikan.

Jangan Kecewa Jika Gagal, Jangan Putus Asa Apabila Kalah



Apabila kita mengalami kekecewaan, atau kita gagal dalam sesuatu usaha, sememangnya sukar untuk kita bangun dan berjuang semula. Apa yang anda boleh lakukan dalam keadaan sedemikian? Bagaimanakah anda menangani perasaan anda itu? 

Malah, bagaimana anda memanfaatkan kekalahan anda itu? Satu perkara yang kita harus yakini ialah kegagalan dan kekecewaan merupakan satu rukun penting dalam proses perkembangan diri anda.

Manusia yang tidak pernah gagal tidak akan mencapai kejayaan. Kita boleh menganggap bahawa kesilapan dan kegagalan kita sebagai satu papan tanda dalam kehidupan yang mengingatkan kita “jalan ini salah!”. 

Dalam ertikata lain, setiap kesilapan kita membuat kita mengenali jalan atau cara yang betul. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh Edison apabila setelah beribu-ribu kali gagal menyalakan lampu mentol yang beliau cipta, beliau berkata bahawa beliau bukan gagal, tetapi menjumpai beribu-ribu cara untuk tidak menyalakan mentol tersebut!

Sememangnya kita selalu menganggap bahawa kehidupan yang ‘lancar’ itulah yang terbaik dan yang ideal. Mungkin ya, mungkin juga tidak. Kata orang, laut yang sentiasa tenang tidak akan menghasilkan pelaut yang mahir dan cekap. 

Namun laut yang bergeloralah yang bisa melahirkan pelaut-pelaut mahir yang dapat mengemudi bahtera kehidupan ke tempat-tempat yang belum pernah diterokai. Jika kita tidak menguji diri kita, kita tidak akan tahu apa kelemahan kita. 

Jika kita tidah tahu kelemahan kita, kita akan selesa dengan keadaan sedia ada dan tidak berusaha untuk memperbaikinya. Kerana dalam minda kita, kita rasa sudah ‘sempurna’, atau setidak-tidaknya kita berpuas hati dengan keadaan kita seadanya.

Jika anda ingin belayar jauh, adakah anda akan menyerahkan bahtera anda kepada pelaut yang hanya melayari laut tenang dan tidak pernah menghadapi ribut dan sebagainya, atau pelaut yang biasa dengan lautan bergelora, membelah lautan terbuka?

Jika anak anda, atau adik anda yang baru belajar berjalan, kerap jatuh bangun, mendedahkan dirinya kepada risiko-risiko seperti terhantuk meja, kerusi atau terlentang atas lantai, apakah anda akan berkata “Cukuplah!, tak usahlah membahayakan diri anda sendiri lagi!”?

Tidak sekali-kali, sebab itulah agaknya sebahagian besar manusia dunia ini boleh berjalan! Sebab sebagai kanak-kanak kecil, mereka tidak pernah mengalah. Mereka tidak kenal perkataan ’putus asa’.

Mungkin kita juga perlu mengingatkan diri kita tentang sifat kita yang sering dilupakan ini… Ingatlah, kekalahan adalah sementara, hanya sifat putus asa kitalah yang menjadikannya kekal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...