Friday 7 October 2011

Selaraskan Diri Dengan Energy Kekayaan


Assalamualaikum dan Salam Ceria.

Sejak kebelakangan ini banyak program motivasi, kekayaan dianjurkan di negara kita tetapi sedikit sahaja yang menyediakan platform.

Program yang saya anjurkan juga tidak menyediakan platform tetapi lebih kepada mendedah rahsia platform.

Apa itu platform ? Ia satu media atau kenderaan yang mengalirkan wang kepada kita. Masih tak faham lagi ? Jika saya katakan MLM itu sebagai platform anda mudah faham?

Yes, benar....bukan MLM sahaja yang boleh buat duit dan bukan MLM sahaja yang boleh dijadikan platform. Ikut kreativiti anda sendiri untuk hasilkan pendapatan.

Baru-baru ini seorang sahabat saya yang pandai merawat orang ajak join MLM barunya. Sebenarnya potensi diri dia ada dalam rumahnya sendiri dan mampu hasilkan RM5,000 seminggu.

Bukan tak boleh buat MLM cuma lagi bakat dia sudah terserlah dalam bidang rawatan. Nak join MLM tak salah KECUALI jika niat join MLM adalah untuk buat duit. Boleh katakan 99% yang join MLM nak buat duit.

http://hadzrin.com/wp-includes/js/tinymce/plugins/wordpress/img/trans.gifSebab itu 99% gagal dalam  MLM kerana niat nak buat Duit semata-mata. Yang niat nak bangkit bantu orang bangkit juga tak ramai dan mereka ini yang boleh bersinar dalam industri MLM.

Niat rakan saya itu join MLM kerana nak buat duit dan kesan nya...tak lama nanti jadi upline tidur...Jadi jika anda sudah berkecimpung dalam MLM, mulai sakarang ubah niat join kerana satu kerjaya Mulia...dan bukan buat duit semata-mata.

Hari ini saya ingin kongsikan attunement diri dengan energi kekayaan. Apa maksud attunement? Dalam bahasa Melayunya ialah selaraskan. Apa maksud selaraskan ? Dalam bahasa orang puteh ialah Klon.

Klon bagaimana? Kita klon energi ataupun kita serap tenaga. Bagaimana boleh serap tenaga? Tenaga boleh berubah-ubah mengikut getaran yang kita hantar. Jika kita hantar energi negatif, maka hari itu kita jarang mendapat berita gembira.

Seperti yang saya nyatakan mula-mula tadi, saya bongkarkan rahsia platform. Apa platform yang kita boleh dapat jika kita seorang student ? Jika kita seorang buruh atau jika seorang Pekerja Kaunter ?

Pernah dengar seorang kerani menjadi kaya raya dengan masa beberapa tahun ? Sebagai contoh seperti Haji Mat Kemin (Pengusaha dan pemilik AP terbesar di Johor ) Boss Mutiara Motor.

Biarpun apa kerjaya kita sekarang, jika kita dah selaraskan diri kita dengan energy kekayaan, kita akan jumpa rentak kita dalam perniagaan atau kerjaya yang kita buat. 

Jika sekarang kita seorang student, sudah pasti kerjaya student bukan platform kita untuk jadi kaya.

Jika kita hari-hari kira duit beratus ribu setiap hari seperti bekerja di Bank sabagai Kerani kaunter, sudah pasti itu bukan platform kita untuk jadi kaya sebagai seorang kerani kaunter melainkan perjalanan kita dari seorang kerani kaunter kemudian jadi manager bank lalu mendapat projek tender besar seperti Tan Sri Mustapha Kamal Boss MK Land.

Tujuan membuat attunement ini ibarat membesarkan bikar ataupun besarkan mangkuk. Sebagai contoh jika kita ada mangkuk yang hanya boleh isi 1 liter air, kita besarkan mangkuk itu secara modified supaya boleh diisi sehingga 5 liter air.

Sama seperti diri kita juga, selama ini gaji kita yang paling banyak boleh terima ialah RM1,000 tetapi apabila sudah diattunementkan (selaras) diri kita, dari RM1,000 sebulan ia boleh jadi RM5,000 sebulan.

Inilah konsep Ritual Kekayaan sebenarnya, Bukan memberi duit tetapi menselaraskan diri kita supaya mudah atau pun membolehkan diri kita menerima pendapatan yang lebih tinggi dari sebelum ini lebih konsistent.

Bagi yang sudah biasa dengan attunement energi kekayaan, pendapatan sehari RM1,000 sudah menjadi kebiasaan dan bagi orang lain itu sebulan gaji. Sepert saya juga pernah menerima pendapatan sehari RM12,000 (bukan hari-hari) dan bagi saya itu normal kerana mangkuk penerimaan saya dah ke tahap itu.

Tetapi kalau sehari dapat RM200,000 itu belum tahap saya lagi dan belum pernah terfikir ke arah itu setakat ini. (Ini tengah nak cari ikhtiar untuk besarkan mangkuk ).

Buat apa buat duit banyak-banyak...banyak benda boleh buat sebenarnya. Kalau tak tahu nak buat apa, beli sahaja emas buat pelaburan.

Hari ini ramai orang yang mencari-cari jalan untuk memotivasikan dirinya. Tetapi sebenarya ada kekuatan Spiritual yang akan menyalakan api motivasi kekal sepanjang hayat berbanding motivasi biasa.

Jika motivasi biasa kita akan mudah sejuk dalam jangka masa 36 jam setelah pergi kursus motivasi atau kelas bimbingan motivasi.

Berbanding jika kita sudah menjumpai kekuatan spiritual kita, motivasi itu akan mengalir dalam tubuh seperti mengalirnya darah, mengalirnya oksigen dan mengalirnya tenaga dalam tubuh tanpa perlu diarah.

Bagaimana nak memiliki kekuatan spiritual itu ? Ini perlu melalui proses mencari. Apabila sampai masanya dan pada tempat yang betul, ia akan muncul tanpa disedari.
Seperti bekas pelakon Ali Setan, Azmil Mustafa yang kini telah jumpa kekuatan spiritualnya dan hidupnya kini di penuhi dengan program kerohanian.

Bayangkan, jika dalam diri dah ada kekuatan spiritual yang mengalir 24jam tanpa padam diikuti dengan platform untuk membina empayer, sudah pasti kejayaan yang diperolehi akan jadi luar biasa.

Insya Allah, saya akan kongsikan pengalaman menarik dengan tips luar biasa daripada seorang Usahawan di Johor yang terkenal dengan francais makanannya.
Wassalam...
Di Sponsor oleh Energy Kekayaan


1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian saudara. Semoga banyak lagi artikel mengenai energi. Kalau boleh huraikan kaedah kaedah untuk menyerap energi luar :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...