Tuesday 15 November 2011

Orang Kaya Bertambah Kaya


Selalu kita dengar orang cakap Orang Kaya Bertambah Kaya.  Hari ni betul-betul saksikan seorang Peniaga Emas membawa emas pelanggannya untuk buat Renewal sebanyak 60 ketul yang seketulnya adalah 1 kilogram.

Harga Emas sekilo dalam RM220,000 bermakna nilai emasnya RM13,200,000 ! Setiap bulan orang yang beli emas tu mendapat RM330,000 duit hibah emasnya.

Hanya tukar simpan emas dapat suku juta setiap bulan yang 98% orang yang bekerja di Malaysia tak sampai banyak tu pendapatannya setiap bulan.

Yang dasyatnya dalam masa 4 tahun setiap bulan duit yang diterima berjumlah anggarannya RM15,840,000 dan lebih RM2 juta dari belian emasnya.

Siap pakai body guard tolong angkat beg yang berisi emas tu. 60 Kilogram mungkin berat isteri anda.

Ni baru betul dah kaya bertambah kaya. Bukan makin miskin beli emas malah semakin kaya. Bagus juga penjual emas tu sebab tak bawak lari emas pelanggannya sebanyak 60 kilogram tu. Mungkin yang beli ada kaitan dengan dia seperti adik beradik, bapak sedara ke....Tapi zaman sekarang ni adik beradik pun boleh tak jujur pasal duit.

Penjual emas tu setiap bulan pendapatannya dalam RM60,000 dari pelanggan itu sahaja. Menumpang juga dia jadi kaya. Gaji sebulannya yang 80% orang kerja makan gaji buat setiap tahun.

Untung orang yang ada pelanggan beli emas banyak macam tu atau pun untung orang yang macam pelanggan tu.

Ada juga yang cakap "Apa Aku Hairan....Dah mati esok bukan bawak kubur duit tu..."

Sebab itu orang kaya bertambah kaya dan orang miskin makin miskin sebab dengki tengok orang lain kaya. Bagi saya tak salah kaya asalkan bahagia. Sebab ada orang yang kaya tapi tetap rasa tak cukup dengan apa yang dia ada.

Kalau tak kaya tapi tak menyusahkan orang lain dah syukur Alhamdulillah. Sebab ramai yang tak kaya jadi takut. Takut dengan Bank, takut dengan belanja akan datang, takut dengan orang yang dia berhutang, takut dengan keadaan dia. Hidup dalam ketakutan.

Sebenarnya ketakutan yang paling patut difikirkan ialah bila diri ini semakin jauh dengan Allah. Kekayaan boleh buatkan lalai dan mula kesibukan diatas kekayaan itu menjadikan kita dah kurang usaha mendekatkan diri kepada Allah.

Jika dulu sanggup bangun malam untuk bertahajut tetapi bila dah kaya mula sibuk tidur lambat buat kerja dan tak dapat nak bangun bertahajut apatah lagi nak berjemaah di surau solat subuh.

Semoga kita berusaha menjadi Kaya dengan jalan yang diredhai dan mendapat ketenangan yang abadi.

Boleh layari website kenalan ni : www.JuaraMulia.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...