Sunday, 16 October 2011

Mengenal Potensi Diri


Diri manusia itu kecil sahaja dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar. Alam itu ialah potensi diri yang anda miliki.

Potensi diri adalah tenaga. Gunakan tenaga itu dengan betul. Sekiranya tidak, anda akan menjadi orang yang lemah dan tidak berkemampuan.

Potensi diri umpama biji bnih yang boleh hidup segar sekiranya dibela, disiram dan dibaja. Seterusnya ia akan membesar dan mengeluarkan hasilnya.potensi adalah kuasa dan kehebatan yang tidak dapat dilihat tetapi ada di dalam dan memiliki oleh semua manusia termasuk anda.
Anda sebenarnya lebih hebat daripada apa yang anda sangkakan. Potensi yang paling hebat dikurniakan oleh Allah kepada kita ialah potensi otak atau minda. Potensi yang membezakan kita dengan makhluk lain. Gunakannya secara optima.

Untuk hidup dan meneruskan kehidupan, kita dibekalkan dengan potensi kekuatan, kelebihan, kelemahan dan kekurangan diri yang tersendiri.

Beri tumpuan kepada bagaimana menggunakan dan mengembangkan kelebihan dan keistimewaandiri di samping berusaha memperbaiki atau mengatasi kekurangan.

Fikirkan faedah yang boleh dipengaruhi oleh orang lain daripada minat, kemahiran dan kebolehan yang anda miliki. Serlahkan dan pertingkatkan bakat yang ada.

Antara potensi yang menjadi fitrah manusia ialah sikap positif terhadap diri, berfikiran terbuka, rajin berusaha, berdisiplin dan berkeyakinan. Peliharalah potensi ini.


Empat Potensi Manusia Yang Selalu Diabaikan




Ada orang bijak pernah berkata “You are actually bigger, higher and greater than what you think” anda sebenarnya lebih besar, lebih hebat, lebih  luar biasa dari apa yang anda fikirkan.

Anda percaya ungkapan tersebut? Percaya atau tidak manusia memang merupakan makhluk sekaligus ciptaan Tuhan yang amat sempurna.

Kita dikurniakan banyak potensi, keunggulan dan kelebihan yang telah Built-in diberikan Tuhan tersebut menjadi sia-sia dan akhirnya –seperti besi yang tidak pernah diasah—menjadi karat dan keropos. Oleh itu mari kita teguhkan potensi yang ada pada diri.

Persoalannya sekarang potensi apakah itu? Benarkah ia begitu luar biasa? Ada 4 potensi utama manusia yang harus dioptimalkan, digelegakkan, dihentakkan, diledakkan dan diasah setiap hari agar kita boleh menjadi manusia yang terus tumbuh dan berkembang ke arah kesempurnaan:

1.Potensi Akal

Akal adalah sebuah software yang sangat luar biasa. Akal –dalam hal ini otak atau fikiran kita—adalah raksasa yang sedang tidur (a sleeping giant).

Otak kita adalah komputer terc anggih yang ada di muka bumi. Didalamnya terdapat jutaan bahkan trillion sel yang mampu menyerap banyak sekali informasi. Bahkan sel otak kita diibaratkan sebuah chip dan dibentangkan, maka panjangnya boleh sampai ke bulan!

Sungguh luar biasa. Namun ironisnya, potensi tersebut baru sebahagiankecil yang digunakan bahawa kebanyakan manusia baru memanfaatkan kurang dari 10% potensi otaknya. Dengan kata lain, 90% potensi otak kita tidak pernah dipergunakan dan dibawa ke liang lahad tanpa pernah digunakan.

2.Potensi Hati (kalbu)

Kalbu atau hati manusia sering diidentitikan orang sebagai “Indra ke-6”. Ia mampu memikirkan apa yang yang tidak dapat difikirkan oleh otak. Ia mampu melihat apa yang tidak dapat dilihat otak kita. Inilah yang dinamakan intuisi (mata batin).

Ada kekuatan transcendental yang maha hebat yang boleh membersihkan dan menyucikannya setiap hari. Ia ibarat cermin yang dapat memantulkan cahaya dan ilmu –ilmu Tuhan yang tersembunyi.

Maka tidak hairan orang-orang yang dekat dengan Tuhan adalah orang-orang yang  hatinya bersih dan suci. Mereka ini mampu “melihat” apa yang tidak dapat dilihat kebanyakan manusia.

3.Potensi Roh

Roh adalah misteri. Ia adalah rahsia Tuhan yang hingga kini ilmu pengetahuan moden belum dapat mendefinisikannya secara pasti. Roh adalah indra ke-7. Ia adalah “AKU” yang akan kembali kehadirat Tuhan. Ia adalah sesuatu yang suci yang dapat mengetahui apa yang tidak dapat diketahui hati.

4.Pontesi Fizik

Meski secara kasar mata potensi fisik manusia tidak sehebat makhluk lainnya namun, ia dapat dioptimamkan dan diberdayakan secara luar biasa melampau logik kita.

Kita sudah selalu melihat dan mendengar orang-orang yang dapat dari dalam jarak 4m kurang daripada 4minit, orang-orang yang boleh menarik kereta hanya menggunakan giginya, atau orang yang boleh makan kaca, yang boleh berjalas di atas bara api dan sebagainya.

Kesimpulannya, manusia merupakan sebuah maha karya dan master piece Tuhan yang amat luar biasa. Bahkan kita adalah refleksi dari makrokosmos alam semesta dan co-creator Tuhan di muka bumi. Sehingga kita sebenarnya boleh menciptakan realiti apapun yang kita inginkan.

“You can be anything you want” Syaratnya? Asah potensi diri hari demi hari kerana pada dasarnya

KITA ADALAH INTAN BERLIAN YANG BELUM TERASAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...