Wednesday, 12 October 2011

MAGNET REZEKI : Rahsia Yang Hanya Kita Sahaja Boleh Tahu...



Perkongsian hari ini ialah tentang Magnet Rezeki atau Bagaimana Nak Tarik Duit la senang cerita. Post kali ini sayaberkongsi salah satu cara sebenarnya ada banyak Amalan Magnet Rezeki. 

Bukan sekadar saya menulis, atau mereka cerita atau menciplak mana-mana tetapi saya belajar dan saya gunakan dan nampak keberkesanannya dalam masa 2 minggu...

Bagi anda yang nak tahu dan nak belajar, ambiklah peluang dari blog ini dan jika anda inginkan satu keajaiban berlaku pada diri anda, amalkan lah saranan yang saya beri dan lagi bagus.

Anda berkongsi ajar dengan sesiapa sahaja sebab bila anda memberitahu satu ilmu pada orang lain dan mereka gunakan ia ke arah kebaikan contohnya sedekah, anda juga akan mendapat syafaat di hari akhirat kelak dengan izin Allah.

Sebelum itu saya nak tanya anda dahulu.... Rasa-rasanya bila anda nak menguruskan Duit anda ? Bila dah Kaya ? Bila ada Duit ? Bila ada banyak Duit ? Bila Gaji Naik ?....

Salah satu Cara Magnet Rezeki ialah MENGURUSKAN KEWANGAN.
Alaaaa...takan itu je ? semua orang tahu... YA!! Betul semua orang tahu tapi tak semua buat. Jadi berbalik pada soalan saya tadi....yang mana satu waktu anda nak menguruskan duit anda ??

Jika anda cakap bila dah kaya atau bila dah banyak duit...saya guarantee, anda akan selama-lamanya tak ada duit atau bila dapat duit banyak saya guarantee ia akan sekejap sahaja habis. Nak Bet ? Saya berani bet seribu ringgit !!

Cuba ambik idea dari cerita ini....
Ada seorang budak bersama ayahnya pergi ke kedai beli aiskrim satu scoop. Lalu budak dan ayah itu berjalan keluar dari kedai. Semasa berjalan sambil menjilat aiskrim, tiba-tiba aiskrim budak itu yang satu scoop pun jatuh ke lantai.

Lalu budak itu menangis meronta-ronta pada ayahnya untuk beli aiskrim yang baru... Ayahnya pun bawa anaknya semula ke kedai aiskrim untuk ganti aiskrim yang baru.

Masa dalam kedai aiskrim tu, budak tu nampak poster iklan aiskrim 3 scoop. Nampak lagi menarik dan lazat. Lalu budak itu meronta-ronta minta ayahnya untuk belikan dia aiskrim yang 3 scoop.


Sebagai seorang ayah yang penyayang dan baik hati...adakah anda akan beli kan aiskrim 3 scoop itu ?

Walaupun anda penyayang tapi kalau anda cerdik, anda pasti TIDAK akan belikan aiskrim 3 scoop itu...

Sebabnya.... yang satu scoop pun anak itu tidak boleh nak menjaganya apa lagi yang tiga scoop...lagi tinggi aiskrim dia kena kawal!!

Begitulah keadaannya bila masuk bab menguruskan kewangan. Bila ada duit sikit pun tak boleh nak uruskan apa lagi bila ada duit banyak !!

Jadi bagaimana nak buat ? Amalkan begini....setiap kali anda dapat duit pecahkan kepada 5 bahagian. 1:1:1:5:2...

Maksudnua setiap kali anda dapat duit contohnya RM 10..( saya tak nak cerita yang banyak dulu...mula dengan sikit ni) anda pecahkan dan masuk ke dalam 5 tabung...

10% - Simpanan jangka panjang ( tak boleh keluarkan langsung )
10% - Ilmu
10% - sedekah
50% - belanja
20%- Komitmen seperti duit sewa, kereta, rumah...atau pun modal perniagaan

Bila dapat RM 10 pecahannya jadi begini.... RM 1 masuk tabung jangka panjang, RM 1 untuk beli buku atau belajar , RM 1 untuk sedekah, RM 5 untuk perbelanjaan harian, RM 2 untuk bayar komitmen...

Macamana nak kaya macam ni.....Haaa itulah yang Magiknya datang..... Mula dengan sedikit dulu.... Anda akan dapat keajaibannya bila dah buat selama 3 bulan... dan saya guarantee anda akan ada duit yang berlipat kali ganda !!

Kalau anda tak nak buat saya pedulik apa..
Logiknya....Hukum Alam semester atau yang pastinya Allah SWT nampak apa yang kita buat dan Maha mengetahui. 

Setiap pengurusan kewangan kita adalah satu ibadah lebih-lebih lagi kita amalkan sedekah 10% dari pendapatan kita...(sedikitnya...) , berapa ramai yang sedekah walaupun sehari RM 2 ? Tak ramai.... sebab bila RM2 X 30hari jadi RM60...ada yang sedekah RM60 sebulan ?

Allah nampak bila kita sudah pandai menguruskan Duit kita maka Allah akan gandakan Rezeki kita...PASTI.

Itulah datangnya Magnet Duit....sebab Duit pun tahu orang yang pandai uruskan duit. Orang yang boros, tak pandai dan tak sayang duit...Duit pun lari sebab menyampah.....

Magnet duit ialah bila Duit sayang dekat kita dan nak datang dekat kita...bukan maksud kita duduk rumah berangan dan tiba-tiba ada duit jatuh dari bumbung. Kalau betul jatuh bumbung hempap atas kita lalu tak sempat nak berduit...

Setakat inilah perkongsian saya kali ini... Insya-Allah ada ilham lagi saya akan sentiasa update blog ini... Wassalam.


Renungan : Azab & Pembalasan





Semua kita tahu mengenai cerita Kamal Artaturk yg mati secara terhina sehingga bumi tidak menerimanya. Namun manusia terus berani menentang Allah. Terbaru Allah buktikan kekuasaannya seperti berlaku di zaman Firaun dan Qarun yg mana kedua mereka mati dlm keaiban. 


Ariel Sharon telah byk merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yg mengalir kerana kezalimannya dulu. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia malu untuk menerbitkan gambar keadaannya. 


Kini Ariel Sharon yg berusia 82 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yg merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga 90 tahun. Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center. 


Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yg membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain. Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk. Subhanallah...ambillah pengajaran daripadanya agar kita terus bertakwa dan beriman kpd Allah...Amin...


P/S: Anda boleh baca kisah Kamal Atartuk di link web ini 

Masa Hadapan Kita : ALAM MAHSYAR


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti  tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali  Izrail & beberapa malaikat yg lain.. 

Selepas itu, Izrail pun mencabut  nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.   

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman  mafhumnya ?Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?? Tiada siapa yang  menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya ?Kepunyaan  Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa?. 

Ini menunjukkan kebesaran &  keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak  mati.   

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya  meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula  di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang  rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.   

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz  Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia  umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.   

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan  hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat  takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi  kelak.  

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh  yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.  

Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),  berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi  yang banyak dosa). 

Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan  lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.   

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan  cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.  Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.   

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu  turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta?ala. Seluruh  makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang  menakutkan.   

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.  Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas  kepala mereka. 

Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti  keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-  bukau hancur dan sungai menjadi kering. 

Lalu mereka rasai kepanasan  dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul  atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. 

Keadaan  mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.   

Terdapat satu kolam  kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama  Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang  mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang  menjaganya. 

Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam  ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air  kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan  rasanya lebih sejuk dari embun. 

Ia mempunyai saluran yang mengalir  dari syurga. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7  golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. 

Mereka ialah:   1. Pemimpin yang adil.   2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.   3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.   4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.   5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan  berkata "Aku takut pada Allah".   6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang  ramai).   7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air  matanya kerana takutkan Allah.   

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua  manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian  mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". 

Maka  mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia  ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi  Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah  Ta'ala. 

Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,  Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan  sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah  saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun  perjalanan.  

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah  Ta?ala. Lalu diperkenankan doa baginda. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga  menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.  

Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang  malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)  sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ?Arasy itu tiba  dibumi.   

Arasy  ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah  (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul  oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. 

Dalam bahasa mudah ia  seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan  malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya  yang sangat kuat.   

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy  yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih  kecil dari ?Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah  ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.    

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu  dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan  masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa  silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.  

Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib  & ?Atid / Kiraman Katibin.   

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-  masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang  zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.   

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,  dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum  yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.   

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat  akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil  dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika  orang bukan mukmin.  

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca  Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai  lidah dan 2 daun. 

Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang  gelap untuk menimbang dosa. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4  mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.   

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,  maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap  akan ditimbang.   

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-  kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.  Semua akan di adili oleh Allah Ta?ala dengan Maha Bijaksana.   

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang  ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang  dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya  menyeberangi titian sirat.   

Syafaat Nabi Muhammad s.a...w. di akhirat :   
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan  mempercepatkan hisab.   
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.   
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.   Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta?ala.   

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh  Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini  berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000  orang yang lain.   

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga  melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)  yang terbentang dibawahnya neraka. 

Lebar jambatan ini adalah seperti  sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.   

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000  tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.  

Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang  binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya  disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh  ke dalamnya.   

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap  makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang  sahaja yang Berjaya melepasinya. 

999 orang akan terjatuh ke dalam  neraka.   Rujukan:   Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-  Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.    

ALLAH HANYA MEMANGGIL KITA 3 KALI   

Renung-renungkan dan selamat beramal….  Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... . aku bertanya pada Ibu. 

'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.  Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.  

Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.  Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.  

Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan  untuk bertanya tentang Umrah.  Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..'   

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'  Ibu tersenyum... 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'  Saya menggelengkan kepala.   

'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu.  'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita,  sangat kuat terdengar. 

Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah..  Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap  kita. 

Kadang kita terlambat,  bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih  memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya,  baik umatNya  itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak.. 

Allah hanya akan  membalas umatNya  ketika hari Kiamat nanti'.   Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih  melambatkan sholat  karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah....... 

Ibu melanjutkan, 'Nak, Panggilan yang kedua adalah panggilan  Umrah/Haji.  Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan  yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . 

Hamba yang satu mendapatkan  kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam.  Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang  pula akan pergi,  ada yang memang merancang dan terkabul. 

Ketika kita mengambil  niat Haji / Umrah,  berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan',  sesungguhnya  kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita  merasa bahagia,  karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.  

Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.   Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya  datang menjawab  panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan... ....... Alhamdulill ah... 

 'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.. Panggilan yang kita jawab dengan  amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung,  dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. 

Kita hanya menjawabnya  dengan amal sholeh. Karena itu nak, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..  Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......  

Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'  ** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena  kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....  

Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya  dan dengan semangat  menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat

Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ....**

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang  bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini  dari timur hingga ke barat. 

Panjangnya pula seperti jarak langit  dan bumi.  Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa  yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'   

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.  Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat..  Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.  

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.  Kelima, orang yang suka minum arak.'  kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap  tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada…..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...