Assalamualaikum Wbt.
Sejak kebelakangan ni, ramai guru-guru tertinggi mula terlibat dengan emas. Baik guru paranormal atau guru normal. Ada juga yang letak side effect pada emas yang mereka jual.
Contohnya beli emas dari mereka boleh menghalau unsur negatif bila simpan emas tu. Ada yang boleh menggandakan emas dengan cepat seperti emasnya sudah dimasukkan energi magnet tarik emas.
Bila pakar metafizik mula menjual emas, mesti ada kelebihan sedikit sebab selain dari jual emas, mereka akan memberi konsultasi percuma yang selalunya berkaitan dengan hukum alam dan tenaga.
Seperti dalam post saya semalam, bila dah ada ilmu, kita boleh selaraskan apa sahaja termasuklah emas. Tu yang ada hikmat jadikkan ibu emas. Dari 10gram simpanan sendiri, ia akan jadi berkilo (berpandukan kisah benar).
Ada peluang baik yang saya ingin kongsikan. Kali ini dengan beli emas kemudian emasnya kita simpan sendiri dan kita akan dapat duit setiap bulan sampai bila-bila. Sama macam duit pencen.
Sebelum ni pun saya ada ceritakan cara manipulasikan emas dan dapat duit setiap bulan dan saya ada nyatakan juga dalam post sebelum ni yang cara itu berisiko. Dengan modal 40 gram, setiap bulan dapat rm600 tetapi emasnya kita tak simpan sendiri kerana bagi pada orang lain cagarkan emas kita untuk digunakan mereka dapatkan fasiliti loan.
Andainya tersalah pusing, tiada jaminan kita dapat bulanan daripada orang yang menganjurkan program itu. Secara terus terang, yang mana nak sertai program seperti itu, saya serahkan pada orang yang memang nak buat pinjaman dengan jadikan emas orang lain sebagai cagaran.
Sebab saya tak ada tujuan untuk buat pinjaman tu yang saya serahkan pada orang yang nak pakai duit bank untuk buat rolling bisnes mereka.
Tetapi kali ini, peluang yang benar selamat dan tiada risiko selain pulangannya terjamin. Bila beli emas melalui program ini, anda akan perolehi pendapatan seumur hidup atau sehingga anda inginkan.
Apa maksudnya sebab biasanya orang nak dapat duit seumur hidup. Benar, kerana dalam program ini, anda beli emas dan emas tersebut anda simpan semdiri di rumah atau letakkan di safe deposit anda. Selagi anda simpan sendiri, anda akan terima duit pencen setiap bulan.
Kalau anda ingin jual semula pada syarikat, anda akan terima 100% duit yang anda bayar untuk beli emas itu. Bila anda dah jual semula bermakna anda dah tak terima duit bulanan atau pencen lagi.
Sebagai contoh, ramai orang yang penuhkan duit ASB dia dan jadikan ia sebagai duit pencen. Dengan ada RM200,000 dalam ASB, purata setahun dia perolehi contohnya RM20,000 setahun dibahagikan dengan 12 bulan dia perolehi RM1,666 sebulan untuk dibelanja.
Dalam kes ini pula, bila beli emas sebanyak 1 kilogram contoh harganya dalam RM160,000, dia akan perolehi setiap bulan RM3,500 walhal emasnya disimpan. Jika selama 10 bulan disimpan, dah ada RM35,000. Setahun dah RM44,000 dan lebih tinggi dari simpan ASB dan lebih jimat RM40,000 dari ASB.
Lagi satu, tak perlu tunggu setahun untuk keluarkan dividen kerana setiap bulan terus terima duit pencen. Inilah satu cara untuk dapatkan pendapatan secara residual.
Ramai kenalan saya yang berhabis duit buat pinjaman sertai program-program di luar termasuklah program yang dah kena serbu dengan kerajaan seperti FreindsClub. Mereka tak jumpa lagi peluang emas sebab itu mereka nekad buat pinjaman untuk mengubah kehidupan.
Ternyata kehidupan mereka berubah kerana sehingga sekarang terpaksa membayar semula pinjaman duit yang sudah lebur. Ramai yang tanya pendapat saya, adakah perlu join program bisnes yang banyak ditawarkan diluar sehingga berpuluh ribu.
Saya tak jawab banyak cuma bagitahu, berapa banyak modal join tak penting sebab yang penting usaha. Saya dulu join syarikat lama saya dengan modal ketika itu RM270 dan selama 3 tahun buat jumlah pendapatan diperolehi satu juta.
Biasanya pinjaman orang buat RM200,000 bulanannya bayar RM2500 selama 10 tahun. Kalau dapat buat pinjaman sebanyak itu, beli emas sini, dapat bulanan RM3,500 dan ada lebihan RM40,000. Kira bulanan bersih dapat RM1,000. Yang RM40,000 boleh buat bisnes atau apa sahaja.
Untung bagi yang boleh buat pinjaman. Yang tak dapat buat, boleh mulai sedikit demi sedikit seperti beli 100 gram dahulu... Ikut kemampuan.
No comments:
Post a Comment