Salam Hormat dan Ceria,
Nama saya Hadzrin Shaari , berumur akhir 30an tahun asal dari Johor Bahru. Saya masih baru dalam dunia IT dan Bloging. Pada asalnya sekadar suka-suka tapi lama-kelamaan saya sedar, laman blog penting ibarat seperti pentingnya handphone.
Satu hari nanti, semua orang akan ada Blog macam revolusi ada handphone start pada tahun 1998 dulu…(ingat lagi masa tu pakai handfon startac)
Saya buat blog ni pasal nak kongsi idea dalam bidang yang saya bina sejak tahun 1997 semasa di kolej iaitu jual kopi direct selling dari rumah ke rumah. Itulah pengalaman hidup pertama saya dalam dunia perniagaan.
Selepas tamat kolej, saya menyambung pengajian bidang perakaunan di Uitm Shah Alam.Semasa di Uitm pun saya terlibat dalam bidang MLM. Sibuk nak carik duit waktu belajar. Tu yang sangkut tak dapat habiskan ijazah. Bukan pasal tak pandai tapi pasal dah tak minat nak belajar. Yang minat hanya belajar nak buat duit. Korbankan pelajaran sekolah tapi dapat pelajaran hidup.
Saya fokus pada usia 30 tahun, saya akan jadi Jutawan. Tak sangka rupa-rupanya jadik Jutawan dari perniagaan . Macam mana jadik tak penting sebab yang penting apa yang dihajati.
Hari ini, saya seorang ahli pernigaan non-konvensional, seorang trainer, penulis dan insya-Allah tak lama lagi sorang Investor.
Kejayaan saya hari ini bukan disebabkan saya hebat tapi sokongan keluarga, rakan-rakan dan kenalan yang menyebabkan saya boleh berjaya.
Sebagai penghargaan kepada mereka semua, saya ikthiar mencari jalan dan berusaha untuk mereka semua boleh berjaya juga seperti saya.
Untuk anda, saya ucapkan salam perkenalan dari saya dan bersama-sama kita tempuh liku-liku hidup dengan penuh gaya dan positif.
Hadzrin Shaari
“AKU MEMPUNYAI MINDA SEORANG JUTAWAN!!!”
Sekarang , aku dah bina network dalam perniagaan aku sendiri. Jika dahulu aku gunakan platform syarikat MLM, untuk berjaya, kini dengan perniagaan sendiri boleh lebih berjaya. Antaranya perniagaan yang aku ceburi sekarang Emas, Pusat Rawatan, Apple Apps, Mesin Theraphy dan Kursus. Ilmu networking dulu aku gunakan dalam empayer sendiri.