Thursday 13 October 2011

ATASI KESUSAHAN , KESEMPITAN DENGAN BANYAK BERISTIGHFAR





Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadi baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka." ( Hadis Riwayat Abu Daud)

Islam menggalakkan kita memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah SAW sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda adalah Rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadaNya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai , seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku. Saya mengingatkan diri saya sepenuhnya...

FORMULA KEKAYAAN (4 PAKSI KEKAYAAN ATAU TIANG KEKAYAAN)



Kebebasan Kewangan = Jana Wang + Urus Hutang + Menyimpan + Pelaburan Bijak

Kalau nak capai kebebasan kewangan atau nak jadi kaya, lakukan langkah berikut :
Yakin pada diri sendiri bahawa anda boleh capai kebebasan kewangan dan mulai sekarang tanamkan komitmen dalam diri untuk capaikannya. 

Genggam dengan erat jika anda benar-benar mahukannya. Anda mesti yakin  sebab tak ada sesiapa yang boleh meyakinkan anda  anda melainkan diri sendiri. 

Kemudian panduan Tuhan, Kuasa Minda dan Restu orang tua akan membantu seterusnya. Ubah pemikiran yang mengatakan anda mesti bekerja sampai miskin. Ambik keputusan untuk menjadi Kaya.
                
Selepas sudah yakin atau berlakon yakin, tanyakan soalan-soalan seperti bagaimana kedudukan kewangan anda sekarang, berapa wang yang masuk dan keluar, serta hutang yang belum berbayar? 

Soalan-soalan ini tidak boleh dijawab menggunakan kepala dan jari sahaja. Perlu ada penyata dan penggunaan kalkulator. 

Robert Kiyosaki memberi takrifan aset dan Liabiliti : Aset = sesuatu yang memasukkan wang ke dalam poket, Liabiliti = sesuatu yang mengeluarkan wang dalam poket.
                
Kemudian bayangkan dimana agaknya anda mahu berada dalam masa 5 ,10 atau 20 tahun akan datang. Jangka masa pendek juga boleh misalnya enam bulan atau setahun. 

Kalau boleh gunakan bayangan untuk menghasilkan matlamat yang mengujakan. Kalau ada masalah merasa teruja kemungkinan bayangan anda tak cukup kuat atau tukar matlamat lain. 

Jika anda ada segalanya, jika anda mempunyai wang yang banyak atau anda hanya ada enam bulan sahaja untuk hidup, tuliskan apa yang anda nak buat.
               
 Sekarang buat keputusan apakah langkah yang perlu diambik untuk mencapai matlamat anda? semuanya mestilah ada had masa dan boleh diukur secara kuantitatif. 

Contohnya memulakan simpanan jika belum (walaupun sekecil RM10 sebulan menggunakan sijil simpanan premium BSN) Kepada yang sudah biasa menyimpan, atau melabur luaskan minda anda. 

Tambahkan simpanan bulanan sekarang atau cuba instrument pelaburan yang baru macam unit amanah, hartanah atau emas.
                
Asas pengurusan kewangan sangat mudah, jimatkan perbelanjaan dan simapanan yang lebih. Tidak cukup wang ? Cari projek atau peluang niaga. Lihat kembali Formula 4 paksi kekayaan diatas. 

Ada disebut tentang hutang bukan ? Walau bagaimana besar sekali jumlahnya, janganlah ambik jalan penyelesaian yang salah atau secra bersendirian. 

Sekiranya anda masih penuntut yang masih belajar atau belum berkahwin, kongsi bersama ayah dan ibu atau adik beradik. Sekiranya sudah berumah tangga, ceritakan masalah itu kepada pasangan hidup anda.
                
Keseimbangan hidup dunia akhirat jangan lupakan. Kebanyakan buku atau bengkel motivasi barat beranggapan cukup dengan kekuatan fikiran atau mental kita mampu meraih apa yang diidamkan. 

Benar sebahagian kecil tetapi salah sebahagian besar. Hidup adalah satu peubahan untuk pengabdian dan dua tujuan yakni kebahagiaan dunia dan persiapan bekalan akhirat.
                
Ilmu Quantum Kekayaan membantu anda capai kejayaan dunia akhirat. Tiada yang mustahil dalam menjana kekayaan bagi yang tahu hak dan ilmu Quantum. Ramai keliru dan beranggapan Quantum Kekayaan adalah satu skim. 

Sebenarnya TIDAK, Quantum Kekayaan adalah satu ilmu pengijazahan ke arah kekayaan yang lebih pantas. Disini peserta akan di ajar amalan yang mampu menarik wang atau jadikkan diri mereka magnet wang. 

Semoga Allah SWT memberi Rahmat diatas ilmu yang dipelajari dan kita dapat menggunakan kekayaan yang diperolehi untuk lebih banyak buat amal ibadah.
Jumpa lagi di post akan datang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...