Monday, 10 October 2011

Berita Baik Untuk Kakitangan Kerajaan


Bajet 2012 baru-baru ni mengumumkan umur pencen dari 56 tahun dilanjutkan ke 60 tahun. Ada 4 tahun lagi untuk dapat gaji.

Kalau gaji sebulan RM4,000 , bermakna tambahan 4 tahun lagi bekerja boleh kumpul lagi RM192,000.

4 tahun bagi kebanyakan orang adalah tempoh yang agak lama juga. Kalau setiap bulan dapat simpan duit RM1,000 4 tahun dah ada RM48,000. 

Tu baru 4 tahun. Apa lagi bayar kereta 9 tahun. Sebab itu bank dapat duit banyak dari instalment kereta. 9 tahun kira interest dah berapa.

Belum lagi bayar duit rumah yang sampai 30 tahun. Sebab itu Kerajaan peka, umur 60 tahun masih lagi boleh bekerja sebab nak bayar banyak komitmen. 

Ada yang umur pencen tapi loan rumah tak habis lagi. Jadi ini peluang untuk berkhidmat lagi. Kalau beringat, masa sebelum umur pencen dah ada simpanan emas, kira terjamin keadaan ekonominya.

Sebab itu digelar warga emas. Kerana waktu itu memang patut ada banyak emas. Kalau ada pencen aje, kena tukar title warga emas jadi warga pencen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...