Assalamualaikum Wbt.
Bulan ni banyak outstation sikit dan dijangka bulan depan pun sama. Kemungkinan saya akan ke Ipoh dan Ke Pulau Pinang. Nak kata urusan kerja , tak ada la sangat tetapi lebih kepada urusan menimba ilmu.
Minggu depan saya akan ke Sabah yang dah 4 tahun tak ke sana. Rupa-rupanya bila dah tahu, boleh beli tiket kapal terbang pergi dan balik serendah RM39.00 dengan menaiki Air Asia. Itu pun kena beli awal sebulan dahulu. Jika macam ni setiap bulan ke sana pun okey.
Sebab di Sabah banyak peluang dan ramai orang yang positif. Lihat sendiri bangunan Bank di sana. Besar-besar belaka. Bermakna Bank sendiri pun yakin untuk membuka bangunan besar-besar kerana orang di Sabah ramai yang pandai menyimpan.
Saya masih ingat lagi dahulu semasa ke Sabah saya dapati banyak syarikat MLM di sana yang ada bangunan ia sendiri juga. Kalau ke sana membawa peluang MLM di Sabah respond nya memang menggalakkan. Tapi kali ni, saya ke Sabah bukan urusan MLM tetapi lebih kepada tunaikan amanah dan tanggungjawab.
Jika dahulu, kita selalu melihat orang lain yang berjaya dan kita akan rasa terbakar untuk menjadi sepertinya. Atau senang cerita itulah idola kita. Kita lihat mereka memandu kereta Ferlali , kita pun nak ikut gaya dan cara mereka supaya suatu hari nanti kita boleh jadi macam mereka memandu kereta Ferlali.
Baik dari segi percakapan, loghat, penampilan, kita ikut idola kita itu. Dulu saya ada ceritakan , siapa idola kita yang sebenar tetapi kali ini saya refresh semula dan saya tekankan pokok pangkal sebenar kalau nak berjaya.
Saya masih lagi pegang apa yang diperkatakan oleh orang hebat-hebat (yang dah berjaya). Kalau nak berjaya , kita perlu jadi pencipta. Cipta style sendiri, cipta cara percakapan sendiri, cipta penampilan sendiri, cipta segala-galanya sendiri termasuklah cipta cara pemikiran kita sendiri.
Ini lah yang terjadi pada Tony Fernandes yang dengan gaya topi merahnya dan sewaktu ketika dia usulkan pada PUNB untuk pinjam modal RM1 Billion untuk buat kapal terbang sendiri, semua orang cakap dia gila.
Nak jadi pencipta memang kena tentangan lah mula-mula. Sebab itu yang mana ada idea terus sahaja usahakan idea itu, jangan tunggu atau bagitahu orang lain sebab dah terjadi kawan saya yang seorang ni ada banyak idea sekarang idea dia dah kena cilok dengan kawan dia sendiri.
Tun Mahathir masa nak buat Proton dulu pun mula-mula orang kondem. Dan sekarang ni, yang kondem pun terpaksa pakai kereta Proton juga sebab dah jadi kereta rasmi kerajaan. Inilah ia Pencipta. Cipta resepi kejayaan sendiri. Belajar dengan orang lain perlu tetapi untuk berjaya yang maksima perlu ada resipi sendiri.
Itulah diri kita yang sebenar. Jika dahulu kita terpaksa ikut rentak orang tetapi bila dah nak jadi diri yang sebenar, kita boleh curahkan segala idea kita pada projek kita sendiri. Sebagai contoh, saya minat bab design-design. Kalau saya mendesignkan sesuatu baik buat Fliers, buat gambar illustrasi, saya boleh habis masa yang lama.
Semua kerja design saya buat sendiri dalam projek saya. Kalau dulu kena ikut citarasa orang tetapi sekarang pedulikan apa yang orang nak katakan seperti Tony Fernandes yang katakan dia gila nak pinjam duit banyak-banyak.
Walau berjaya manapun kita suatu hari nanti, walau banyak duit mana pun kita miliki, kita tidak dapat menandingi kehebatan dan ketokohan Nabi Muhammad SAW. Kerana, setiap perbuatan kita yang kita nak lakukan, belum pasti perbuatan itu mendapat Keredhaan dari Allah.
Ambik contoh, kalau kita lihat orang yang ada masalah seperti kereta rosak tepi jalan. Cuba kita bayangkan, kalau Nabi Muhammad SAW masih ada, ketika dia lalu, apa yang dia lakukan. Kita tak mampu untuk berhenti tolong kerana kita mungkin mengejar masa.
Ketika seorang pelayan kedai makan yang berkurang ajar dengan kita walhal kita adalah customer dan customer always right, cuba kita bayangkan bagaimana Nabi Muhammad SAW melayan karenah pelayan kedai itu.
Dia balasnya dengan senyuman dan mohon agar Allah berikan hidayah. Tetapi kita, itulah first and last kita datang ke kedai itu.
Bagaimana untuk perolehi kekuatan diri sendiri bagi mencipta kejayaan diri sendiri? Sekarang ini ada banyak program motivasi dan kursus potensi diri. Salah satu yang terpantas, belajar ilmu mengenali diri. Tendai salah satu cara untuk dapatkan jawapan.
Jadi untuk berjaya kita perlu cipta sendiri kejayaan kita, tak perlu ikut orang lain. Kerana orang yang ikut-ikut, akhirnya dia hanyalah seorang pengikut yang tidak ada kejayaan yang orang lain boleh ikuti. Tetapi kalau dia pencipta kejayaan, orang lain boleh ikut.
Jadi seorang pencipta kejayaan tetapi ikuti teladan dan akhlak mulia Nabi Muhammad SAW. Mari kita sama-sama ucapkanSelawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW agar di Padang Masyhar yang tiada kebanggaan esok, baginda dapat berikan syafaat kepada kita. ....
No comments:
Post a Comment