Sunday 9 October 2011

5 "C" YANG ORANG KEJAR UNTUK STATUS...


Saya masih ingat lagi sewaktu di tanah suci Mekkah pada 3 tahun lepas semasa buat umrah. Setiap kali solat maghrib sementara menunggu waktu Isyak, saya dan 3 orang rakan akan duduk di tangga sambil melihat orang sekeliling dengan melihat Kaabah. Cuci mata...


Di sebelah saya ada rombongan lain dari Malaysia juga tetapi bukan kumpulan kami. Di situ kami berkenalan dan berbual-bual sambil curi-curi ambik gambar. Dalam Masjidil Haram , diharamkan ambil gambar. Kalau polis dia nampak handfon atau kamera kita kena rampas.
Maksud haram kat sana bukannya buat dapat dosa tetapi haram sebenarnya bermaksud tak boleh. Jadi saya berbual dengan kenalan baru yang datang dari Malaysia tu. 


Orangnya kalau dilihat pakai jubah dan kopiah. Sama seperti saya juga sewaktu disana.
Kalau sini pakai jubah orang fikir extreme tapi kalau kita disana pakai T-Shirt, orang yang tengok kita ni extreme. Rupa-rupanya dia datang dengan kumpulan dia yang semuanya pekerja dia. Rupa-rupanya dia seorang pengarah syarikat kontraktor.


Semua pekerja dia payungkan buat umrah. Di Malaysia, dia seorang ketua dan boss besar syarikat tetapi semasa di Mekah, dia sama-sama buat tawaf, buat sai'ee dengan saya. Bila balik Malaysia kalau jumpa, saya dan dia dah jadi kenalan di Tanah Suci. Padahal di syarikat dia ada ramai pekerja.


Berbeza penerimaan orang yang kita kenal bila berjumpa diluar berbanding jumpa untuk urusan bisnes atau projek. Lepas kenal di Mekkah, balik Malaysia Haji tu banyak juga bagi projek pada saya. Masa tu dia join buka Akaun Amanah sebanyak RM1 juta.


Katanya duit dia pernah kena tipu dengan 4 orang Doktor yang katanya nak buka sebuah Hospital sebanyak RM20juta. Saya tanya tak ada ambik apa-apa tindakan? Katanya, tak mengapalah, mereka juga ada anak bini yang nak ditanggung.


Kalau dengan RM20 juta tu rasanya berapa ramai anak bini yang boleh ditanggung. Tetapi, dengar cerita sekarang ni 4 orang yang songlap duit itu hidup mereka makin susah. Banyak hutang, lari negeri orang cari, kereta kena tarik...


Padahal RM20 juta tu boleh sampai ke 10 keturunan. Jadi bila dah kenal Haji yang bergelar Dato' itu juga, baru saya faham yang rata-rata orang kejar status dia perlukan 5 "C" untuk dipandang tinggi oleh mata manusia.


Sempat juga Dato Haji tu kongsi rahsia dia dan kongsikan beberapa petua yang saya praktikkan dan berkesan pada saya. Jangan tanya apa dia sebab kadang-kala saya ada kongsikan dalam Blog ini. Itu pun ada yang cakap saya kedekut ilmu sebab tak menjawab soalan dia yang dia sendiri tahu jawapan dia.


Kalau di kelas, jika ada anak murid yang buat-buat tanya soalan kemudian cikgunya tak tahu nak jawab lalu anak murid itu menjawab dengan memberi jawapan , itu satu sifat yang suka menjatuhkan maruah guru atau nak tunjuk pandai. Memang patut kalau cikgu dia suruh diri atas kerusi sebab buang masa cikgu dia.


Walaupun IQ (Inteligent)  bagus tetapi dari segi EQ (emotional) Attitude kurang. Jadi berbalik pada kisah Haji Dato tadi tu ada kongsikan pada saya 5"C" kalau nak diiktiraf sebagai berjaya di mata pandangan manusia.


" C" yang pertama ialah CASH. Sudah tentu banyak duit orang pandang tinggi. Ramai orang mengadu mengeluh semua pasal duit. Termasuklah yang ada isteri 3 orang, bila masuk bab duit, ketiga-tiga isteri boleh bergaduh nak bahagian duit mereka. Ni terjadi sebab ada yang mengadu masalah hati tak senang, runsing tambahan dimadukan.


Rupa-rupanya pasal masalah duit baru semua perkara ungkit termasuk dimadukan. Ini bukan gossip liar tetapi lumrah manusia yang nak duit dan bila duit banyak tentu sekali...."C" yang berikutnya...


CAR...Kereta tentulah yang mewah gah melambangkan status kekayaan atau kejayaan. Pernah tak kita lihat seseorang yang datang ke kedai mamak pakai smart siap pakai kot dengan tie cermin mata hitam. Gaya memang stylo macam orang kaya. BIla nampak orang macam ni, mesti kita tengok kereta jenis apa yang dia pakai.


Sekali tengok pakai kereta nama haiwan si pintar. Ni mesti tak MLM atau Insuran. Paku sepih cakap orang dia yang lebih. Sebab saya dulu begitulah juga. Tapi zaman masa saya pakai kot dulu di Malaysia yang panas ni masih lagi orang anggap kalau tak Managing Direktor mesti CEO.


Sekarang ni anggapan orang pula kalau tak MLM mesti Ejen Insuran....Patut parking jauh-jauh kereta atau janganlah datang mamak pakai kot. Biar papa asalkan bergaya. Biar papa asalkan kereta sport. Bila papa, tu yang perlu ambik "C" yang berikutnya....

CARD....Status kita bergantung pada Kredit kad yang kita pakai. Kalau Kad kita Platinum, kereta Ferrari boleh beli on the spot dengan swept sahaja. Kuasa membeli ada pada kad. Rata-rata kad tak sampai platinum tapi swept macam ferrari di shopping kompleks. Belanja dapur katakan maklumlah rumah pun duduk jenis "C" yang berikutnya...


CONDOMINIUM...yang ada Gym, Guard, Swimming Pool, Spa...kalau orang tanya dok mana jawab Dangga Bay Condominium. Kalau tanya dok mana...jawab Sentul Condominium...KL Sentral Condominium. Prestige sekarang ni tambahan pula bayar mantainance condominium yang di pusat bandar boleh dapat bayar sewa rumah teres.


Tu yang duit bayar bank lain, bayar guard lain...silap haribulan bukan kena halau tak bayar kat bank duit rumah kita tapi kena halau sebab tak bayar guard. Tu belum bayar yang "C" berikutnya...


CLUB....Kelab Golf lah biasanya menjadi pilihan orang-orang kaya. Jarang buat bisnes dengan joinkelab bola atau kelab kebudayaan. Ada yang masa student di Universiti pergi belajar main Golf sebab nanti bila dah kerja boleh join orang kaya dengan main golf. Untuk dapatkan projek katakan...


Semua yang main golf semua nak kejar projek. Kalau main bola masa bila nak kejar projek sebab dok sibuk kejar bola. Ada seorang Dato anak bekas Menteri Besar bagitahu saya Golf ni singkatan Golongan Orang Lemah Fikiran. Bukan saya yang cakap tapi dia yang cakap. Katanya habis pokok pokok ditebang untuk jadikan padang rata supaya orang boleh pukul bola masuk lobang.


Kalau memancing tu tunggu lama dapat ikan masak atau goreng makan jadi kenyang jugaklah tapi kalau golf, bila berjaya masukkan bola dalam lobang....apa penamat dan perasaan yang menggembirakan jika nak dibandingkan kejayaan menjaringkan gol bola dan main rugby.


Saya tak tahu , hanya peminat golf sahaja yang boleh uraikan perasaan bila bola golf masuk lobang. Tetapi mungkin main golf ni tujuan ketiga atau keempat. Tujuan selain dapat projek ialah boleh menikmati pemandangan hijau dan hilangkan stress.


So nak join Kelab pun bukan murah setakat RM60 malah ada yang sampai RM120,000 join kelab ni.


Jadi cuba kita bayangkan bila nak mengejar kekayaan yang dipandang tinggi perlu sediakan 5 "C" diatas yang sememangnya kos tinggi. Kadang kala diri sendiri merana untuk membuatkan diri di mata orang lain sebagai seorang yang dah berjaya.
Insya Allah sambung di post akan datang... Wassalam.




1 comment:

  1. Alhamdulillah..

    Saya suka pengisian perkara di blog saudara. Lama saya mencari komuniti seperti saudara. Moga ilmu ilmu yang dikongsi lebih memberi manfaat kepada ramai orang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...