Thursday 19 January 2012

Bagaimana nak hidup tenang



Assalamualaikum Wbt,

Setiap hari umur kita meningkat dan setiap hari kita menjadi semakin matang. Bererti kalau sebelum ni kita buat satu benda kita main larong aje.

 Kalau dulu mungkin kita ikut-ikut orang dalam bab nak mencari ketenangan atau kebahagiaan. Tapi bila dah matang , kita sedar tak ada jalan yang terbaik selain dari jalan yang saya nak kongsikan di akhir post ni.

 Diam tak diam website Hadzrin.com pun dah masuk tahun keempat. Setiap tahun saya patut buat perubahan dan saya harap agar dapat berkongsi pengisian sekarang yang lebih mematangkan. Mungkin anda tak faham maksud matang dalam perkongsian yang saya nak berikan ni apa.

Cuba baca sambil tarik nafas dalam -dalam dan lepas kan nafas anda. Lakukan sebentar. Saya tahu, anda penat melihat tulisan tapi perlu memberi energi pada diri anda dengan pernafasan panjang. 

Lakukan seketika ...ambik masa 5 saat masa untuk diri anda mencari jawapan ketenangan. Okey, kita sambung semula.

Bayangkan dan ingat balik, dulu kalau orang tanya anda , apa yang membuatkan anda rasa bahagia atau dapat ketenangan. Mungkin anda akan menjawab , rasa tenang dan bahagia bila duit ada banyak.

Duit kalau ada RM1 juta hidup jadi tenang. Ni nak tanya, adakah jawapan ini pemikiran yang matang atau tidak ? Dan mungkin juga, anda bagitahu , anda rasa tenang bila anda ada rumah banglow. Ada kereta mewah.

Ada harta yang banyak. Ni nak tanya, adakah jawapan ini dari pemikiran yang matang atau tidak ? Persoalan yang saya nak tanya kepada anda, sebelum proses anda nak mendapatkan semua yang anda bagitahu tadi, bagaimana hidup anda masa tu ?

Anda rasa tenang atau tidak ? Bayangkan , target anda nak dapat kereta mewah, rumah besar, duit banyak...dalam masa yang sama anda lihat orang lain yang dah dapat benda tu semua, anda rasa apa ? Stress kan?

 Jadi sepanjang perjalanan anda nak dapat benda tu semua , anda dalam keadaan stress nak dapatkannya dan dalam masa yang sama anda cemburu melihat orang lain yang dah dapat seperti apa yang anda nak....

 Contoh paling senang, tiba-tiba anda lihat jiran sebelah rumah anda dah beli kereta impian anda. Bertambahlah stress dan huru hara hidup anda.

 Bayangkan kalau proses nak capai kehidupan yang anda impikan itu memakan masa 7 tahun, bermakna 7 tahun itu anda tak tenang.

Percayalah, bila anda dah dapat semua yang anda impikan itu hiudp anda masih lagi tak tenang dan bahagia. Tak percaya ?

Pernah dengar atau lihat orang yang pakai kereta ferrari merungut ? Rasa seronok pakai mungkin masa sebulan dua. Bila nak bayar roadtax insuran Ferrari tu RM60,000 kena keluar. Setiap kali nak servis 5,000 km dah kena keluar duit servis RM30,000.

 Walaupun kalau duit banyak sekalipun, tak rasa bersalahkah dalam hati yang suatu hari nanti akan dipersoalkan tentang rezeki yang diberi digunakan untuk apa. Duit servis kereta boleh beri berapa ramai anak yatim makan tengahari?

 Pernah dengar dan lihat orang yang duduk dalam rumah banglo tak pernah bergaduh atau bergolak? Kalau tengok di TV drama melayu kebanyakannya kisah konflik orang kaya yang rumahnya adalah rumah banglow.

 Jadi pemikiran kita untuk mendapat ketenangan hidup dan kebahagiaan selama ini ternyata tidak dapat memberikan kita kepuasan mutlak. Selama ini lebih kepada material yang kita pegang. Jadi bagaimana nak capai ketenangan itu? 

Rasulullah SAW ada meriwayatkan, jiwa yang tenang itu adalah jiwa orang-orang yang sentiasa bersyukur. Apa yang Nabi junjungan kita SAW beritahu ialah tak ada dalam dunia yang boleh beri kebahagiaan kepada kita melainkan Allah.

Manusia tak dapat nak puaskan hati manusia. Boss dan majikan tak dapat nak puaskan hati pekerja dia. Walaupun beri naik gaji tapi bulan depan staft tetap tidak bersemangat nak buat kerja.

 Konsep bersyukur untuk mendapat ketenangan hidup ni begini. Kalau anda lihat orang lain beli kereta baru atau mewah, anda bersyukur kerana Allah berikan anda dua pasang kaki yang sihat dan kuat menampung badan anda yang berat .

 Walaupun anda kurus tetapi berat tetap melebihi 50 kilogram. Pernah angkat beban 50 kilogram ? Cuba pegang selama 10 minit barang beban itu.

Pasti tak larat dan payah. Begitulah kejadian kaki yang Allah berikan kepada anda yang tak pernah nak mengadu betapa beratnya nak menampung dan memikul badan anda.

 Kalau anda lihat orang lain banyak duit, anda tetap bersyukur kerana Allah anugerahkan anda dua biji mata yang boleh melihat duit orang lain.

 Bayangkan kalau orang buta tapi duit banyak. Walaupun duit dia punya tapi tak dapat nak tengok. Itu sendiri punya. Apa lagi kalau duduk banglo yang cantik, kereta yang selesa, tapi tak dapat lihat tetap tak selesa.

 Cuba anda pergi ke restoran yang sangat mewah dan sedap. Dalam masa yang sama anda tutup mata anda pakai kain hitam. Sepanjang masa anda dalam restoran tu dan nak menikmati makanan yang mahal dan sedap tu sambil tutup mata.

 Apa rasanya makan sambil tak dapat lihat. Rasa memang sedap tapi nikmat kurang.Lebih baik anda makan di rumah. Tak payah keluar duit banyak-banyak makan di tempat mewah kalau buta. Saya percaya, orang buta tak dapat nak baca blog ini. Jadi saya pasti anda tak buta.

Sekali sekala kena menghayati bagaimana perasaan orang buta. Disitulah datangnya rasa bersyukur jadi orang biarpun tak kaya lagi. Anda mungkin pening kepala pasal hutang banyak nak kena settle. Hutang rumah kereta, bil astro,....dan ini membuatkan anda nak cepat jadi kaya.

 Percayalah, di Malaysia sekarang belum pernah kita baca dalam surat khabar ada orang meninggal dunia kerana tak bayar duit kereta,rumah, bil astro...

 Dan tak ada dengar lagi orang di Malaysia mati kebuluran sebab tak makan. Jadi orang yang bersyukur, dan sentiasalah bersyukur...belum jadi kaya tapi Tuhan dah beri macam-macam nikmat. 

Sebenarnya kekayaan itu datang sendiri bila anda dah bersedia. Kalau tak bersyukur nanti akan ditarik balik semula nikmatnya. Orang yang diberi kekayaan sebenarnya ada tugasan.

 Yang layak untuk dapat tugasan itu barulah Allah jadikan dia kaya. Faham maksudnya ? Macam ketua kelas atau pengawas sekolah. Dulu siapa jadi pengawas boleh pakai tali leher. Sekarang ni, semua murid wajib pakai tali leher.

 Jadi Pengawas pun bukan mudah. Kena cemerlang baru dapat. Jadi bila anda dah cemerlang dalam bab bersyukur, barulah Allah jadikan anda kaya dan dapat semua benda yang anda impikan dalam keadaan tenang dan bahagia...

 Akan datang saya kongsikan cara nak bersyukur pula.... Salam Kebahagiaan :-)

 P/S :Anda boleh baca perkara yang sama di Backup Blog juga Klik Sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...