Sunday, 16 October 2011

Mengenal Potensi Diri


Diri manusia itu kecil sahaja dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar. Alam itu ialah potensi diri yang anda miliki.

Potensi diri adalah tenaga. Gunakan tenaga itu dengan betul. Sekiranya tidak, anda akan menjadi orang yang lemah dan tidak berkemampuan.

Potensi diri umpama biji bnih yang boleh hidup segar sekiranya dibela, disiram dan dibaja. Seterusnya ia akan membesar dan mengeluarkan hasilnya.potensi adalah kuasa dan kehebatan yang tidak dapat dilihat tetapi ada di dalam dan memiliki oleh semua manusia termasuk anda.
Anda sebenarnya lebih hebat daripada apa yang anda sangkakan. Potensi yang paling hebat dikurniakan oleh Allah kepada kita ialah potensi otak atau minda. Potensi yang membezakan kita dengan makhluk lain. Gunakannya secara optima.

Untuk hidup dan meneruskan kehidupan, kita dibekalkan dengan potensi kekuatan, kelebihan, kelemahan dan kekurangan diri yang tersendiri.

Beri tumpuan kepada bagaimana menggunakan dan mengembangkan kelebihan dan keistimewaandiri di samping berusaha memperbaiki atau mengatasi kekurangan.

Fikirkan faedah yang boleh dipengaruhi oleh orang lain daripada minat, kemahiran dan kebolehan yang anda miliki. Serlahkan dan pertingkatkan bakat yang ada.

Antara potensi yang menjadi fitrah manusia ialah sikap positif terhadap diri, berfikiran terbuka, rajin berusaha, berdisiplin dan berkeyakinan. Peliharalah potensi ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...