Wednesday, 21 December 2011

Balas Jasa Ayah Dengan Emas

kaya emas

Pernah tak anda dengar lagu yang ditujukan buat seorang ayah ? Kalau IBU tu memang berlambak. Contoh lagu ibu, nyanyian kumpulan Exist..."Oh Ibuuuu.." , Lagu P.Ramlee "Ibu.." tapi lagu untuk ayah boleh katakan tak ada. Dalam lagu omputeh ada jugak lah satu dua macam lagu bunyinya Daddy...Daddy Cool...Daddy...Daddy Cooolll..."

Perkongsian kali ini bukanlah nak meluahkan rasa tak puas hati kenapa lagu untuk ayah atau bapa tak ada . Tak ada faedah bagi kami atau anda pun kalau banyak sangat lagu ayah atau tak ada.  Ayah kita bukan nak kita nyanyikan lagu untuk dia.

Ayah kita nak tengok anak-anak dia berjaya dan tak ada masalah dengan keluarga generasi penerus warisan dia. Bila dah berjaya, mungkin bolehlah bantu beban ayah kita yang dah tak kerja.

Masa zaman kita muda, ayah masih sihat, kita mana pernah fikir pun ayah ada duit atau tidak. Yang kita tahu bila makan, lauk mesti sedap ada ayam goreng ayah beli dekat pasar untuk emak masak. Kalau mak malas masak, Ayah belikan ayam KFC.

Kadang kala, kita tak tahu pun duit beli ayam tu dari duit ayah pinjam kawan atau bank. Yang menanggung hutang atau takut kawan nak minta balik duit hutang dia ayah seorang. Kita tak tahu apa-apa pasal hutang ayah.

Yang kita tahu ayah banyak pinjam duit dengan kawan-kawan dia. Padahal duit dia pinjam tu buat beli lauk ayam kita.

Masa berlalu tanpa kita sedari, setahun macam sehari, sepuluh tahun macam setahun. Diam tak diam, kita pula dah ganti tugas ayah kita. Baru ingat balik, dulu ayah tak pernah mengadu masalah kewangan dia dengan kita. Dia cuma mengadu dengan orang lain atau dengan emak.

Sekarang kita pula yang melihat anak kita, dan selalu fikir apa nak beri dia makan dan nak bawak anak makan dekat mana. Apa yang ayah kita buat dekat kita dulu, kini kita pula yang pening kepala hadapinya.

Anda pasti pernah dengar Syurga anak berada di tapak kaki ibu. Dan Syurga Ibu berada di tapak kaki ayah. Jadi maksudnya ayah juga berperanan besar dalam keluarga kita.

Kita kaya bila ayah kita kaya. Anak kita miskin bila kita miskin. Ada juga orang yang malu dia anak orang kaya. Bayangkan kalau anda seperti itu, apa gunanya anda bercita-cita menjadi kaya kalau anak anda tak suka dia anak orang kaya. Dapat tangkap ?

Sekarang anda dah dewasa dah bergelar ayah atau bakal bergelar ayah. Kalau anda wanita, anda bukan terlepas sebab anda juga ada ayah.

Persoalannya sekarang, apa sumbangan anda  pada ayah anda sekarang yang mungkin dah tak dapat nak kerja atau masih sibuk bekerja untuk menyara diri dia dengan ibu anda?

Kaya Emas

Masih belum lagi terlambat sekiranya anda masih mempunyai ayah. Apa yang anda boleh buat sekarang ialah membalas kembali pengorbanan ayah anda. Paling teruk pun, beri wang setiap bulan. Paling bagus belikan banglo dan kereta idaman dia...Alhamdulillah kalau dapat buat sampai begitu tahap.

Salah seorang pelanggan kami beli emas atasa nama ayah dia. Dia tahu, simpan di bank banyak-banyak pun yang dapat gunakan duit tu ialah para-para ayah orang lain yang kerja bank, yang pinjam beli kereta, ayah orang lain yang pinjam beli rumah....Ayah dia pula terpaksa lupakan hasrat nak pinjam duit di bank sebab usia dah terlebih.

Beli emas, nilai duit tak hilang tambah pula dapat duit setiap bulan. Bagaimana kalau duit setiap bulan tu dihadiahkan kepada ayah anda ? Apa perasaan ayah anda kalau setiap bulan anak dia berikan dia duit RM5,000 ?

Beli emas sekilo boleh dapat setiap bulan RM5,000. Itu yang dibuat oleh salah seorang pelanggan kami hadiah untuk ayah dia. Walaupun RM5,000 setiap bulan dia boleh berikan kepada ayah dia tetapi itu tidak dapat membalas segala jasa ayah dia yang telah menjadikan diri dia seperti sekarang.

Kaya Emas

Post ini di ambil dari website : www.JuaraMulia.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...