Friday, 30 December 2011

ALHAMDULILLAH, DENGAN GUNA NIAT MESEJ CEPAT SAMPAI


Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman yang dialami oleh beberapa orang ahli Tendai yang dah mengambil peringkat pengijazahan Master ke atas.

Apabila sudah mengambil peringkat Master sebenarnya dah boleh aplikasikan energi tersebut seperti untuk buat rawatan, menghantar niat, buat produk dan ijazahkan murid.

Yang mana dah ambik peringkat Master tapi tak gunakan energi tersebut amatlah rugi lebih-lebih lagi yang tak tamatkan latihan. Jika tak tahu, boleh hadiri kursus Quantum ISP setiap kali diadakan di Putrajaya.

Memang lain jika hadir ke kursus dengan belajar sendiri. Feel ia amat berbeza. Dari segi kekuatan energi yang diterima juga berganda. Atas dasar kerohanian, untuk Ahli Tendai yang belum hadiri Kursus diberi potongan yuran special atau ada skim Ahli Tendai.

Anda boleh hadiri kursus dan bawa 5 orang kawan untuk dapat free yuran pendaftaran. Tak perlu bawa serentak 5 orang. Sorang-sorang pun boleh asalkan akaun tunggakan dilangsaikan kalau tak dah kira hutang tak langsai.

Pengalaman sepanjang menggunakan Energi peringkat Master ni, setiap kali kalau parking kereta di tempat sesak pasti ada kekosongan di depan pintu masuk. Memang betul, ada setengah guna minda bawah sedar seperti guna bola emas, khadam, tapi dengan Tendai guna niat sahaja.

Kalau di masjid untuk solat Jumaat bila waktu penuh orang dan ada juga yang tak ada ruang untuk sembahyang. Bila berlaku macam tu yang boleh jadi tertinggal sembahyang sebab tak ada tempat. Kadang terperangkap di tengah-tengah depan orang sembahyang.

Bila niat sahaja, tiba-tiba seorang jemaah beralih ke hadapan dan tempat kosong dia diambil.Ni situasi dalam masjid bukan di luar atau tepi masjid.

Itu pengalaman guna niat yang simple-simpel dalam Tendai. Yang lain pengalaman tak diduga seperti nak cari kerja, jika dulu susah betul nak dapat kerja tapi lepas guna energi niat secara tak sedar dapat banyak pula tawaran kerja.

Jika dah ada kerja tapi dah lama kerja macam tak ada perubahan di tempat kerja, guna niat entah bagaimana tiba-tiba dinaikkan pangkat atau diberi bonus atau dinaikkan gaji atau dihantar ke luar negeri untuk belajar.

Yang mana buat bisnes kalau dulu asyik putus duit modal, tak ada jualan, bila dah guna niat, duit sentiasa ada sahaja di bank dan simpanan lebih banyak dari sebelum. Kalau tersesak sekejap aje dapat duit.

Semuanya guna niat dan usaha dipermudahkan. Rupa-rupanya kita selalu dengar pengalaman orang yang tak bekerja tetapi rezeki mudah sahaja diterima. Macam di Johor saya kenal seorang yang nak kata kerja, tak adalah kerja…tapi duduk rumah banglow, ada kereta banyak biji…tapi semuanya bukan dia punya tapi buat macam dia punya.

Dia jaga kereta kerabat dan rumah kerabat. Dan dia boleh duduk dan pakai kereta semua. Jadi apa kerja nya, jaga harta orang lain buat macam harta sendiri. Duit sentiasa ada sahaja tapi bukan dari gajinya.

Nak jadi macam tu pun bukan calang-calang orang. Kalau saya banyak lagi saya boleh usahakan sebab kalau dah kerja begitu sebenarnya tanggungjawab dan amanah orang bukan senang untuk dijaga lebih-lebih kalau jenis buas nak bebas dari ikatan orang.

Sebab itu orang cakap bila ada ilmu tu, kehidupan lebih cemerlang berbanding tanpa ilmu. Bukan sahaja ilmu akademik tetapi ilmu kehidupan. Dalam Tendai, ilmu energi buatkan kita faham mengapa setiap perkara yang berlaku dengan puncanya dari mana.

Bile dah tahu punca, apa jua permasalahan kita boleh selesaikan termasuklah dalam hal merawat. Kerana setiap benda yang ada didunia ini adalah energi termasuklah emas, kayu, kulit…

Niat juga merupakan hantar gelombang energi. Lebih halus niat yang dihantar, lebih berkesan dan cepat apa yang nak disampaikan seperti hajat.

>>> Layari www.KursusTendai.com

Wednesday, 21 December 2011

Balas Jasa Ayah Dengan Emas

kaya emas

Pernah tak anda dengar lagu yang ditujukan buat seorang ayah ? Kalau IBU tu memang berlambak. Contoh lagu ibu, nyanyian kumpulan Exist..."Oh Ibuuuu.." , Lagu P.Ramlee "Ibu.." tapi lagu untuk ayah boleh katakan tak ada. Dalam lagu omputeh ada jugak lah satu dua macam lagu bunyinya Daddy...Daddy Cool...Daddy...Daddy Cooolll..."

Perkongsian kali ini bukanlah nak meluahkan rasa tak puas hati kenapa lagu untuk ayah atau bapa tak ada . Tak ada faedah bagi kami atau anda pun kalau banyak sangat lagu ayah atau tak ada.  Ayah kita bukan nak kita nyanyikan lagu untuk dia.

Ayah kita nak tengok anak-anak dia berjaya dan tak ada masalah dengan keluarga generasi penerus warisan dia. Bila dah berjaya, mungkin bolehlah bantu beban ayah kita yang dah tak kerja.

Masa zaman kita muda, ayah masih sihat, kita mana pernah fikir pun ayah ada duit atau tidak. Yang kita tahu bila makan, lauk mesti sedap ada ayam goreng ayah beli dekat pasar untuk emak masak. Kalau mak malas masak, Ayah belikan ayam KFC.

Kadang kala, kita tak tahu pun duit beli ayam tu dari duit ayah pinjam kawan atau bank. Yang menanggung hutang atau takut kawan nak minta balik duit hutang dia ayah seorang. Kita tak tahu apa-apa pasal hutang ayah.

Yang kita tahu ayah banyak pinjam duit dengan kawan-kawan dia. Padahal duit dia pinjam tu buat beli lauk ayam kita.

Masa berlalu tanpa kita sedari, setahun macam sehari, sepuluh tahun macam setahun. Diam tak diam, kita pula dah ganti tugas ayah kita. Baru ingat balik, dulu ayah tak pernah mengadu masalah kewangan dia dengan kita. Dia cuma mengadu dengan orang lain atau dengan emak.

Sekarang kita pula yang melihat anak kita, dan selalu fikir apa nak beri dia makan dan nak bawak anak makan dekat mana. Apa yang ayah kita buat dekat kita dulu, kini kita pula yang pening kepala hadapinya.

Anda pasti pernah dengar Syurga anak berada di tapak kaki ibu. Dan Syurga Ibu berada di tapak kaki ayah. Jadi maksudnya ayah juga berperanan besar dalam keluarga kita.

Kita kaya bila ayah kita kaya. Anak kita miskin bila kita miskin. Ada juga orang yang malu dia anak orang kaya. Bayangkan kalau anda seperti itu, apa gunanya anda bercita-cita menjadi kaya kalau anak anda tak suka dia anak orang kaya. Dapat tangkap ?

Sekarang anda dah dewasa dah bergelar ayah atau bakal bergelar ayah. Kalau anda wanita, anda bukan terlepas sebab anda juga ada ayah.

Persoalannya sekarang, apa sumbangan anda  pada ayah anda sekarang yang mungkin dah tak dapat nak kerja atau masih sibuk bekerja untuk menyara diri dia dengan ibu anda?

Kaya Emas

Masih belum lagi terlambat sekiranya anda masih mempunyai ayah. Apa yang anda boleh buat sekarang ialah membalas kembali pengorbanan ayah anda. Paling teruk pun, beri wang setiap bulan. Paling bagus belikan banglo dan kereta idaman dia...Alhamdulillah kalau dapat buat sampai begitu tahap.

Salah seorang pelanggan kami beli emas atasa nama ayah dia. Dia tahu, simpan di bank banyak-banyak pun yang dapat gunakan duit tu ialah para-para ayah orang lain yang kerja bank, yang pinjam beli kereta, ayah orang lain yang pinjam beli rumah....Ayah dia pula terpaksa lupakan hasrat nak pinjam duit di bank sebab usia dah terlebih.

Beli emas, nilai duit tak hilang tambah pula dapat duit setiap bulan. Bagaimana kalau duit setiap bulan tu dihadiahkan kepada ayah anda ? Apa perasaan ayah anda kalau setiap bulan anak dia berikan dia duit RM5,000 ?

Beli emas sekilo boleh dapat setiap bulan RM5,000. Itu yang dibuat oleh salah seorang pelanggan kami hadiah untuk ayah dia. Walaupun RM5,000 setiap bulan dia boleh berikan kepada ayah dia tetapi itu tidak dapat membalas segala jasa ayah dia yang telah menjadikan diri dia seperti sekarang.

Kaya Emas

Post ini di ambil dari website : www.JuaraMulia.com

Thursday, 15 December 2011

Surat Nabi Muhammad Kepada Paderi St. Catherine’s Monastery



Pada tahun 628 Nabi Muhammad SAW mengeluarkan Piagam Anugerah kepada biarawan St. Catherine Monastery di Mount Sinai.

Surat ini mengandungi tentang aspek-aspek hak asasi manusia termasuk perlindungan bagi umat Kristian, kebebasan beribadah dan bergerak, menjaga harta mereka, dan hak untuk dilindungi di dalam medan perang.

 

St. Catherine's Monostery

Di bawah adalah terjemahan dokumen tersebut di dalam bahasa Inggeris :-

“This is a message from Muhammad ibn Abdullah, as a covenant to those who adopt Christianity, near and far, we are with them.

Verily I, the servants, the helpers, and my followers defend them, because Christians are my citizens; and by Allah! I hold out against anything that displeases them.

No compulsion is to be on them.

Neither are their judges to be removed from their jobs nor their monks from their monasteries.

No one is to destroy a house of their religion, to damage it, or to carry anything from it to the Muslims’ houses.

Should anyone take any of these, he would spoil God’s covenant and disobey His Prophet. Verily, they are my allies and have my secure charter against all that they hate.

No one is to force them to travel or to oblige them to fight.

The Muslims are to fight for them.

If a female Christian is married to a Muslim, it is not to take place without her approval. She is not to be prevented from visiting her church to pray.

Their churches are to be respected. They are neither to be prevented from repairing them nor the sacredness of their covenants.

No one of the nation (Muslims) is to disobey the covenant till the Last Day (end of the world).”

Surat Nabi Muhammad yang berada di St. Catherine's Monostery 

Maksudnya :-

"Ini adalah mesej dari Muhammad ibn Abdullah, sebagai perjanjian dengan orang-orang yang mengamalkan agama Kristian, jauh mahupun dekat, kita bersama dengan mereka.

Sesungguhnya saya, hamba-hamba, pembantu, dan pengikut saya mempertahankan mereka, kerana orang-orang Kristian juga adalah warganegara saya. Dan demi Allah! Saya bertahan terhadap apa-apa yang mengganggu mereka.

Tiada paksaan yang diberikan ke atas mereka.

Tidak ada hakim-hakim mereka yang akan dipecat daripada pekerjaan mereka dan tidak ada juga rahib mereka yang dibuang dari tempat ibadat mereka.

Tidak ada sesiapa yang akan memusnahkan rumah ibadat mereka, merosakkan, atau membawa apa-apa dari rumah ibadat mereka ke rumah-rumah orang Islam.

Sesiapa yang mengingkari perintah ini walaupun satu, dia akan merosakkan perjanjian Allah dan menderhaka kepada Rasul-Nya. Sesungguhnya, mereka adalah sekutu saya dan saya mempunyai piagam yang selamat terhadap apa yang mereka benci.

Tiada sesiapa yang akan memaksa mereka untuk melakukan perjalanan atau memaksa mereka untuk berperang.

Orang-orang Islam berjuang untuk mereka.

Jika seorang wanita Kristian berkahwin dengan seorang Muslim, dan dilakukan tanpa kemahuan beliau. Dia tidak akan dihalang daripada melawat gereja untuk berdoa.

Gereja-gereja mereka perlu dihormati. Mereka tidak boleh dihalang daripada memperbaiki diri mereka mahupun kesucian janjinya.

Tiada satu negarapun (Islam) akan melanggar perjanjian ini sehingga ke hari terakhir (akhir dunia)."

Topkapi Palace yang menyimpan salinan asal perjanjian


Pada tahun 1517, piagam asli ini diambil oleh Sultan Selim I dari Turki dan kini berada diMuzium Topkapi di Istanbul. Akan tetapi Sultan memberikan salinan piagam tersebut kepada para biarawan, dan mengkaji isi piagam tersebut.

Dari koleksi besar gulungan kuno dan moden yang diawetkan di perpustakaan biara, jelaslah bahawa Perjanjian Nabi, walaupun asli ataupun hanya salinan, jelas memberikan hak dan perlindungan untuk umat Kristian.

Video piagam tersebut dapat dilihat di bawah.
 
 

Monday, 12 December 2011

Menguatkan Anggota Tubuh



Aslmk...wbt ada teman minta share bagaimana pulihkan atau menguatkan anggota tubuh secara zahir dan batin......
Insha Allah kalau berminat...maka ada beberapa amalan yang boleh kita share untuk kebaikan bersama...
Untuk secara zahir....terapi nya
1. sediakan madu asli dan zikirkan YA QOWIIYU YA MATIIN 313 x
2.sediakan telur ayam kampung 5 biji
Cara mengamalkan nya.
1. pada hari MINGGU,ambil madu 2 sudu dan telur 1 biji di campurkan dan kacau hingga rata dan di zikirkan YA QOWIIYU YA MATIIN 3 x di tiup lalu di minum...
2.pada hari isnin, ambil madu 2 sudu dan telur 2 biji pula dan lakukan saperti di atas....
3.pada hari SELASA amalan nya seperti hari isnin.....Insha Allah anda akan memiliki hasil yang menakjubkan dengan izin Allah.Amalkan selama 4 minggu berturut turut....boleh di amalkan oleh pria dan wanita sila coba selama 1 bulan
Untuk terapi secara BATHIN
1.setiap kali selepas solat subuh atau dhuha....wiridkan YA QOWIIYU YA MATIIN sebanyak 313 x lalu di tiupkan pada telapak tangan dan di sapukan hingga ke siku
Insha Allah anda akan miliki sesuatu energi yang ampuh berkat dari Al Asmaul Husna itu.....

2.Amalan ini amat sesuai untuk tukang urut,ahli silat,tinju,binabadan.ahli ruqyah,mereka2 yang bekerja dengan banyak yang mengunakan tangan dan juga untuk sesiapa saja yang ingin mengamalkan....di persillakan

3.untuk anda yang sering sakit sakitan dan baru sahaja pulih dari sakit dan juga yang inginkan agar tubuh anda kuat lahir bathin amalkan setiap malam 1000x Insha Allah.....berhasil atas izin Nya....

Thursday, 8 December 2011

Kejar Akhirat Dunia Akan Ikut

Semalam 7 Dec 2011 siang sebelum menjelang malam, hujan lebat di kawasan pejabat aku jadi aku dan beberapa orang kawan minum -minum di port biasa sebelah ofis. Lepas hujan dah reda, aku dan kawan-kawan beredar. Biasalah kami ni rider naik motorbike je bila ke ofis sebab situ parking sampai 3 layer.

Masa dalam perjalanan balik ke rumah, entah macamana tergerak hati nak ikut jalan Bukit Jalil. Masa jalan tu hujan masih renyai. Tengok minyak motor pun tinggal satu bar. Aku berhenti di stesen minyak petronas tepi jalan Bukit Jalil.

Petronas tu sebelah dia ada station minyak Shell tapi aku malas nak isi di situ sebab nak kena bayar di kaunter dalam. Masa di Petronas lepas bayar di kaunter, aku terpandang bangunan yang dalam rancak pembinaannya.

Dalam hati aku terdetik rupanya inilah gereja terbesar di Asia yang sibuk digemburkan selama ini di kebanyakan website. Aku tak minat nak tulis banyak pasal article yang orang dah tulis. Kalau nak tahu lebih lanjut search saje di google.

Apa yang aku ingin kongsikan ialah gambar terkini progress gereja tu dan apa persediaan yang kita sebagai orang Islam perlu ada. Nilah progress pembangunan gereja tu...


Jika dalam bisnes perlu ada scissor seperti menayang kemewahan, kejayaan...kini pihak yang menyebarkan agama seperti Kristian juga menggunakan strategi scissor. Membina bangunan canggih yang penuh dengan aktiviti bila siap nanti.

Nak kata gereja tu berdekatan dengan markas sri petaling agak jauh juga. Jauh maksudnya agak sukar kalau nak jalan kaki. Bila lihat progress aktiviti mereka itu, kita akan teringat anak-anak dan cucu-cucu kita.

Kes murtad terlalu banyak sekarang. Sebab utama ialah ekonomi. Kes orang yang berhutang ratusan ribu tetapi mendapat bantuan dari pihak gereja juga kita ada terdengar.

Sekarang ni kita sangat berjauhan dengan zaman Nabi Muhammad SAW. Jika dulu para sahabat sentiasa berdamping dengan Rasulullah SAW. Kita mempunyai para ulama ulama yang bijaksana.

Namun, kekuatan diri kita sebenarnya bergantung pada hati. Hati melonjak untuk mencapai kesenangan dunia tanpa kita sedar, bahawa kampung halaman yang sebenar dengan penuh keseronokan di Syurga Allah telah sediakan untuk kita.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda. Hati kita umpama jari yang mudah dibengkokkan. Apa yang kita boleh buat ialah sentiasa mohon kepada Allah untuk beri bimbingan dan petunjuk agar hati kita tidak berpaling ke jalan yang Allah larang.

Setiap manusia baik yang kaya atau yang terkenal semuanya tidak mengelak dari kematian. Jika mereka tahu hidup untuk apa, pastinya mereka akan bersusah payah untuk kumpul saham akhirat kerana di sana, kereta yang dibuat dari cahaya dengan kelajuan cahaya yang diberi percuma....

Rumah seperti mahligai yang diperbuat dari pertama yakult dan emas, pakaian yang lebih hebat dari segala jenama yang ada didunia.....Maid dikalangan bidadari yang kecantikan mereka apabila dipandang 1000 tahun terpegun...

Sebenarnya itulah kampung halaman kita yang Allah dah sediakan untuk kita. Cuma sebelum nak balik tu Allah berikan ujian untuk kita. Tujuannya untuk meningkatkan status diri kita sebelum ditempatkan di tempat yang kekal abadi bahagia.

Maknanya ini, jika dengan izin Allah, hati kita sentiasa ingat mati dan tidak sabar untuk kembali ke kampung halaman kita dan rasa rindu untuk bertemu dengan Allah, insya Allah, hati kita tak akan terpengaruh dengan segala hasutan atau dakyah luar.

Dalam masa yang sama, kita lindungi keluarga dan orang terdekat kita dengan memberi peringatan tentang kampung halaman kita yang sebenar kerana diri kita selalu lalai dan leka. Bagi orang yang faham, mereka tahu bahawa mereka akan kejar akhirat dan dunia pasti akan ikut.

Segala apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang adalah untuk melalaikan kita dari mengingati akhirat sebaliknya sibuk mengejar kesenangan dunia. Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah agar kita sentiasa mendapat hidayah dan cahaya hidayah itu dapat dikongsikan kepada orang ramai.

Thursday, 1 December 2011

KEHEBATAN BISMILLAH 6



Berikut ni adalah beberapa kelebihan atau fadhilat Bismillah Enam ;

1) Makbul segala hajat dan cita-cita.
2) Luas rezkinya.
3) Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
4) Menang dalam peperangan.
5) Penerang hati.
6) Diajuhkan dari segala penyakit.
7) Dibaca 70 kali tiap-tiap hari –> nescaya akan menjadi aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
8) Dibaca ditempat yang suci –> nescaya dapat melihat makhluk halus (jin, syaitan dan sebagainya)
9) Terselamat daripada binatang2 buas.
10) Air laut boleh menjadi tawar.
11) Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
12) Dibaca pada sawah –> nescaya sawah bendang terselamat daripada ancaman babi, tikus atau burung.
13) Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
14) Terselamat dari karam dilaut.
15) Jika dibaca pada minyak pada malam jumaat 3 kali –> nescaya boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
16) Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari –> nescaya mendengar.
17) Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali —> insyaallah lari iblisnya.
18) Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
19) Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, hempedu katak dan sebagainya.
20) Akan dibebaskan daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
21) Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

PENTING : Apa pun juga kelebihan dan keistimewaannya, semua itu adalah dengan kuasa Allah semata-mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...