Tuesday 11 October 2011

Orang Kaya Komited Untuk Jadi Kaya, Orang Miskin Nak Jadi Kaya





Kalau tanya semua orang dah tentu semua nak jadi kaya. Tapi sebenar-benarnya , mereka tak nak pun jadi kaya. Kenapa ? Sebab mereka ada banyak fail negatif dalam minda dan apa yang mereka faham bila jadi kaya akan jadi satu kesilapan.

Contoh pemikiran yang mereka selalu fikirkan ialah kalau apa yang aku buat ni tak jadi ? kalau apa yang aku buat ni orang lain tak suka ? Boleh ke aku buat ni? Aku ni malulah...Nanti bila aku kaya nanti aku lupa diri... : ini antara pemikiran yang ada dalam fail minda orang miskin.

Contoh kisah orang yang saya nak kongsi pengalaman saya baru-baru ni seorang brader umur antara 46 ke 48 tahun bersama isterinya datang ke rumah saya selepas dapat iklan tentang projek saya. 

Dalam iklan tu bukan saya yang letak tapi murid saya. Ada gambar saya bersama kereta BMW. ( Bukan saya nak tayang berlagak tunjuk kereta saya tapi saya terpaksa akur dengan masyarakat kalau tak ditunjukkan material mereka tak akan endahkan iklan kita)

Brader tu datang bersama isterinya naik motor sanggup nak jumpa saya dan sampai aje rumah buka pintu terus tunjuk gambar iklan saya tu sambil bagitahu yang dia pun nak pakai BMW sebab itu kereta impian dia. 

Dia nak tengok dengan mata sendiri betul ke saya ni pakai BMW atau berlagak je gambar dengan kereta orang lain bak kata si tajul.

Dia nak pakai BMW sebab dah 18 tahun bekerja tapi hidup susah. isteri pun meng iyakan pun kerja dah lama. Diaorang government. 

So saya pun buat sharing sedikit tanpa caj apa-apa...boleh katakan tips yang saya kongsi diaorang tu tips yang saya gunakan untuk dapatkan segala impian saya dan saya boleh jual tips tu harga RM3,000.

Kenangkan pasangan tu datang naik motor pagi-pagi sanggup dan bulan puasa pulak tu ( tak perlu nak hidangkan air) saya sanggup buat sharing 30 minit. last sekali dia cakap apa yang buat saya rasa bersalah...dan sambil bersyukur kepada tuhan kerana tak jadikan saya mempunyai fail minda seperti dia.

Last sekali dia cakap ...Ooooo ingat kan tak perlu buat apa-apa duduk rumah dapat duit dan saya memang nak sangat pakai BMW dalam masa 6 bulan dari sekarang. 

Ya Tuhan, kenapa brader ni tak terfikir dia kerja 18 thun tak pakai BMW dan dalam proposal saya ni dia nak pakai dalam masa 6 bulan. Saya dulu pun start dengan Saga aje.

Nasib baik lah saya ni orang Melayu faham tatasusila kalau Orang Puteh dah suruh Get Out. Tapi tu proses pembelajaran saya. Selepas ni kalau ada orang datang saya just minta dia bayar dulu atau bagi borang kalau tak memang buang masa.

Jadi dekat sini kita tahu yang Semua orang nak jadi kaya nak hidup senang nak pakai kereta mewah tapi komitmen tidak ada. 

Saya pernah naik bas sanggup datang ke KL dari JB tidur dekat puduraya nak tunggu hari siang pasal datang kursus Bengkel Kuasa Minda dan bayar RM800 dan oleh sebab komitmen saya itulah yang buat saya boleh berjaya.

Ramai yang nak datang bengkel dan tunggu bengkel itu dibuat dekat dengan rumah mereka. Nak buat Umrah atau Haji pun kena sanggup pergi Makkah. Kita bukan orang Mekkah boleh buat Umrah hari-hari. 

Sanggup pergi sana ganjaran kita lebih banyak daripada orang yang duduk sebelah masjidil haram.

Semoga perkongsian ini kita dapat merenong kembali keadaan diri kita dan selalu berfikir bagaimana nak upgrade diri jadi seorang insan yang berjaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...