Wednesday, 23 November 2011

Kehebatan Ayat Kursi Melawan Energi Negatif

Aslmk..wbt ada teman mohon untuk share ilmu tentang ayat kursiy sebab dia mengatakan pernah cuba bantu orang yang sedang kesurupan jin tetapi malang nya jin itu tidak mahu keluar malah mengejek nya lagi........
Jadi,sebenar nya di antara kejayaan seorang mualij atau perawat itu ada lah kesolehan nya ....Sering2 ke masjid,bangun untuk qiyamullail,baca quran setiap hari dan zikrullah...insha Allah akn terbangkit energy positif [nur ] yang dapat menangkis unsur2 energi negatif ia itu sihir,jin dll....
Pesan Nabi SAW suruh kita membaca ayat kursiy setiap kali selepas solat agar terhindar dari sihir dan gangguan jin....tapi kita pula gunakan kuda laut kering untuk di letakkan di depan pintu,kasut tapak kuda,tahi besi,belangkas,ikan betok[puyu]tangkal2.....
dan barangsiapa yang beramal dengan ayattul kursiy ada 2 jaminan sebagaimana di jamin oleh Rasullullah saw 1] ahlul jannah 2]perolehi perlindungan dari Allah swt

Lebih banyak kita beramal dengan ayat kursiy,maka lebih banyak lah perlindungan akan kita perolehi dari Allah swt....jangan lah waktu kita nak mengubati orang.....baruuu...lah nak baca ayat kursiy...maaf la jika tersinggung perasaan...
Jadi energi dari ayat kursiy begitu hebat hingga dapat membakar jin walau pun di baca dari jarak jauh....tetapi ada lah kaedah nya untuk di bangkitkan energi nya dalam diri kita...Insha Allah...

Ada satu cara untuk membangkitkan energi ayat kursiy ia itu
1.Puasa 3 hari pada bulan hijriah pada 13,14 dan 15 hb
2.selama 3 hari berpuasa,wiridkan sebanyak 4444 kali
3.setelah selesai puasa,wiridkan pagi dan malam 17 x
4;manfaat nya bila ada yang di ganggu jin,picit di bahagian sendi2 seperti di tengkuk,di pelipat2,dan jari2 tangan dan jari2 kaki sambil membaca WAKAFFA BILLAHI WAKILLAH 
...sebanyak banyak nya sampai jin itu mengaku kalah dan hendak keluar dari tubuh pesakit itu..
5.Untuk mengeluarkan jin yang telah lemah itu...sediakan minyak attar[kasturi,gaharu,odd,fancy bouquet atau yang bau nya keras] dan di bacakan ayat kursiy sebanyak 333 x dan di tiupkan selesai membaca dan sharat untuk membuat nya haros berpuasa pada hari khamis...dan di sapukan pada IBU JARI KAKI KIRI pesakit dan suruh jin itu keluar serta di iringi dengan azan...Wallahualam dan ada lagi banyak lagi kaedah2 yang lain...mungkin Insha Allah akan kami sampaikan lagi Insha Allah jika di Izinkan



Tuesday, 22 November 2011

Kisah Peminta Sedekah


Bismilahirahmanirahim,
Hari ini saya nak kongsi satu cerita yang mungkin berlaku pada diri kita atau akan berlaku pada diri kita.

Kisah yang berkaitan dengan keajaiban dan ia pasti akan muncul dalam kehidupan kita. Mari kita belajar supaya tidak terlalu berharap bagi mendapat keajaiban yang bukan milik kita kerana Allah menyediakan keajaiban yang berbeza-beza bagi setiap sesiapa iaitu bagi orang yang berharap dan bergantung kepadanya.

Kita memiliki Allah, sumber segala keajaiban yang selalu memberi perkara ajaib kepada kita. Kita sebenarnya mempunyai keajaiban. Renunglah kisah yang saya nak kongsi ni.

Kisah ini berlaku suatu ketika zaman dahulu.

Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mereka. Tiba-tiba pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis.
Melihat keadaan pengemis yang daif itu , si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya.

Tetapi sebagai isteri yang taat dan patuh pada suaminya , dia minta izin dahulu , "Bolehkah saya beri makanan kepada pengemis tu?"

Rupa-rupanya sikap si suami berbeza dengan sikap si isteri. Dengan lantang dan kasar si suami menjawab, "Tak payah! Halau saja dia dan tutup pintu!"

Wanita berhati mulia tu terpaksa menurut perintah suaminya dan tidak memberikan makanan kepada pengemis.

Tak lama selepas itu, perniagaan si suami mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bankrap. Dia terpaksa menanggung banyak hutang. 

Selain tu, disebabkan oleh sifat dan tabiat suami isteri yang berbeza, rumah tangga mereka menjadi huru-hara dan akhirnya mereka bercerai.

Tidak lama selepas tempoh idahnya tamat, wanita itu berkahwin semula. Kali ini dia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan di kota dan hidup bahagia.

Pada suatu hari, semasa wanita itu sedang makan dengan suami barunya, pintu rumah mereka diketuk orang. Apabila pintu dibuka, ternyata tetamu yang tidak diundang itu adalah seorang pengemis. Wanita itu berasa sedih melihat keadaan pengemis yang daif.

Lantas dia berkata kepada suaminya, "Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis ini?"

"Ya, berilah makanan kepada pengemis itu."
Selepas memberi pengemis itu makanan, si isteri masuk ke dalam rumah sambil menangis. Dengan perasaan hairan, si suami bertanya, 

"Mengapa kamu menangis? Adakah kerana saya menyuruh kamu memberi daging ayam kepada pengemis itu?"
Si isteri menggelengkan kepalanya , lalu berkata dengan sedih, 

"Saya sedih dengan perjalanan takdir yang di hebat. Kamu tahukah siapa pengemis yang ada di luar tadi ? Dia adalah bekas suamiku."

Mendengar penjelasan isterinya, si suami berasa terkejut, tetapi dia bertanya lagi. "Tahukah kamu siapa saya yang kini menjadi suami kamu ? Saya adalah pengemis yang dahulunya dihalaunya!"

Allahu akbar!! Siapa yang mengatur semua peristiwa ini ? Tentulah Zat yang pastinya maha berkuasa ke atas semua ciptaannya. Kita dan semua peristiwa yang berlaku dalamnya tunduk pada ketentuan Tuhan.

Mari kita sama-sama berdoa dan salawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Setiap Nabi di anugerahkan Mukjizatdan setiap mereka satu Doa mereka yang Allah terus tunaikan. 

Setiap Nabi sudah menggunakan doa mereka kecuali Nabi Muhammad.

Syafaat ini dinamakan Al-Syafa'ah Al-Uzhma iaitu pertolongan yang terbesar. Ini juga di maksudkan dengan maqamam mahmuda iaitu kedudukan mulia yang dijanjikan oleh Allah.

Rasulullah SAW pernah berkata, "Setiap nabi mempunyai doa yang dikabulkan oleh Allah. Mereka semua memohonnya, manakala aku menangguhkan permohonanku hingga Hari Kiamat bagi memohon syafaat bagi umatku." 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bagitu mulianya kedudukan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW. Beruntung kita kerana dilahirkan  sebagai umat Nabi Muhammad. Semoga kita mendapat syafaat Rasulullah di Hari Kiamat dan marilah kita sentiasa Mohon pada Allah dan Salawat Salam kepada Nabi Muhammad SAW.

Sunday, 20 November 2011

5 Sebab Kenapa Kita Mesti Kaya dengan Cara yang Halal


Dari sumber rujukan Kewangan Islam:
Semua orang mahu menjadi orang yang berharta. Namun, ada yang memilih untuk menjadi kaya dengan apa cara sekalipun walaupun melanggar batas-batas Islam. Sedangkan harta sepatutnya membantu kita di akhirat kelak dan bukannya menjadi penghalang kita dari memasuki syurga.
Sesungguhnya tidak masuk syurga orang yang daging badannya yang tumbuh dari benda yang haram melainkan nerakalah menjadi tempat yang layak baginya. (Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmizi)
Justeru, kita mesti mengetahui kenapa kita mesti mencari harta kekayaan dengan cara yang halal dengan menjauhi 3 maksiat besar dalam urusan harta iaitu riba, judi dan gharar.
1. Tanda syukur kepada Allah swt
Setiap kekayaan di atas muka bumi ini adalah daripada Allah untuk kita. Emas, perak, kambing, lembu, padi, petroleum serta bisnes misalnya adalah antara sumber kekayaan yang tidak dapat kita hitung banyaknya. Harta-harta tersebut dan jenisnya dicipta sebagai habuan kita di dunia. Justeru, mencari harta kekayaan dengan cara yang halal adalah salah satu cara untuk kita bersyukur kepada Allah swt atas nikmat yang diberi. [al-Qasas:77]
2. Anak kunci syurga
Harta dari sumber yang halal perlu dizakat dan dibelanjakan di jalan Allah. Harta merupakan salah satu modal perniagaan kita dengan Allah. Barangkali kita tidak dapat menjadi seorang yang ulama yang merupakan waris para Nabi untuk masuk ke syurga. Justeru, menjadi seorang hartawan yang dermawan adalah pilihan kita. [As-Soff: 10-12]
3. Berkembang unik
Harta halal, melalui zakat dan sedekah dapat berkembang dengan cara tersendiri. Ini kerana zakat dan sedekah walaupun secara fizikal kelihatan ‘mengurangkan’ tetapi sebenarnya zakat dan sedekah menambahkan harta. Berbeza dengan harta haram, nampak banyak tetapi akhirnya susut dan mengecil. Sesungguhnya semua harta adalah milik Allah dan Dia memberi kepada kita dengan cara tersendiri. [al-Baqarah: 276]
4. Semakin banyak, semakin tenang
Harta yang halal, walaupun jumlahnya kecil tetap memberikan ketenangan dalam jiwa. Berbeza dengan mereka yang mengumpul harta melalui jalan riba, judi dan gharar, Allah swt mencabut ketenangan dari jiwa mereka. Lagi banyak mengumpul harta haram, lagi gelisah, gundah gulana dan semakin jauh dengan Allah swt. [al-Baqarah: 277]
5. Nabi saw juga orang kaya
Sisi lain Nabi Muhammad saw adalah baginda merupakan orang bisnes. Dari kecil sudah diajar berniaga. Menjadi rakan niaga Sayyidatina Khadijah ‘business woman’ ulung pada zamannya dan kemudian menikahinya dengan maskahwin 20 ekor unta (anggaran nilai seekor unta paling kurang bersamaan dengan 8 ekor kambing). Ketika Nabi saw mula menyebarkan Islam, bisnes Baginda diuruskan oleh sahabat bernama al-Saib ibn Abi al-Saib al-Makhzumi. Nabi Muhammad saw adalah contoh terbaik menjadi kaya dengan cara yang halal.
… makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan daging tubuhnya tumbuh dari yang haram. Justeru bagaimana mungkin dia mengharapkan doanya dimakbulkan? (Hadis dari Imam Muslim)

Tuesday, 15 November 2011

Orang Kaya Bertambah Kaya


Selalu kita dengar orang cakap Orang Kaya Bertambah Kaya.  Hari ni betul-betul saksikan seorang Peniaga Emas membawa emas pelanggannya untuk buat Renewal sebanyak 60 ketul yang seketulnya adalah 1 kilogram.

Harga Emas sekilo dalam RM220,000 bermakna nilai emasnya RM13,200,000 ! Setiap bulan orang yang beli emas tu mendapat RM330,000 duit hibah emasnya.

Hanya tukar simpan emas dapat suku juta setiap bulan yang 98% orang yang bekerja di Malaysia tak sampai banyak tu pendapatannya setiap bulan.

Yang dasyatnya dalam masa 4 tahun setiap bulan duit yang diterima berjumlah anggarannya RM15,840,000 dan lebih RM2 juta dari belian emasnya.

Siap pakai body guard tolong angkat beg yang berisi emas tu. 60 Kilogram mungkin berat isteri anda.

Ni baru betul dah kaya bertambah kaya. Bukan makin miskin beli emas malah semakin kaya. Bagus juga penjual emas tu sebab tak bawak lari emas pelanggannya sebanyak 60 kilogram tu. Mungkin yang beli ada kaitan dengan dia seperti adik beradik, bapak sedara ke....Tapi zaman sekarang ni adik beradik pun boleh tak jujur pasal duit.

Penjual emas tu setiap bulan pendapatannya dalam RM60,000 dari pelanggan itu sahaja. Menumpang juga dia jadi kaya. Gaji sebulannya yang 80% orang kerja makan gaji buat setiap tahun.

Untung orang yang ada pelanggan beli emas banyak macam tu atau pun untung orang yang macam pelanggan tu.

Ada juga yang cakap "Apa Aku Hairan....Dah mati esok bukan bawak kubur duit tu..."

Sebab itu orang kaya bertambah kaya dan orang miskin makin miskin sebab dengki tengok orang lain kaya. Bagi saya tak salah kaya asalkan bahagia. Sebab ada orang yang kaya tapi tetap rasa tak cukup dengan apa yang dia ada.

Kalau tak kaya tapi tak menyusahkan orang lain dah syukur Alhamdulillah. Sebab ramai yang tak kaya jadi takut. Takut dengan Bank, takut dengan belanja akan datang, takut dengan orang yang dia berhutang, takut dengan keadaan dia. Hidup dalam ketakutan.

Sebenarnya ketakutan yang paling patut difikirkan ialah bila diri ini semakin jauh dengan Allah. Kekayaan boleh buatkan lalai dan mula kesibukan diatas kekayaan itu menjadikan kita dah kurang usaha mendekatkan diri kepada Allah.

Jika dulu sanggup bangun malam untuk bertahajut tetapi bila dah kaya mula sibuk tidur lambat buat kerja dan tak dapat nak bangun bertahajut apatah lagi nak berjemaah di surau solat subuh.

Semoga kita berusaha menjadi Kaya dengan jalan yang diredhai dan mendapat ketenangan yang abadi.

Boleh layari website kenalan ni : www.JuaraMulia.com

Sunday, 13 November 2011

IDEA DAN DUIT MANA POWER?

Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya pakai duit. Yang percuma ialah oksigen. Syukur Alhamdulillah kita tak pernah minta dibanyakkan oksigen tetapi Allah cukupkan keperluan kita.

Duduk dalam hutan pun perlu ada ilmu survival (ilmu untuk hidup). Begitu juga hidup dalam ibukota atau kampung di zaman sekarang ni.

Ramai yang keliru, duit lebih penting dari segala-galanya atau kalau nak kaya kena ada duit. Tetapi bagi yang cerdik bijaksana, biarpun tak ada duit tetapi yang penting ada idea bagaimana nak buat duit lebih banyak.

Hari ini kita banyak dengar orang yang banyak duit semuanya akhir hidupnya dengan melarat tak ada duit lagi .Tambah pula hari-hari ditarah tanpa ada penambahan duit.

Idea adalah lebih power sebenarnya untuk hasilkan duit secara berterusan dan silap haribulan dari idea lah boleh masuk sahaja duit dan keluarnya sedikit.

Boleh mengerti apa yang saya kongsikan ? Ambik contoh Kolonel Sandler yang mempunyai idea bagaimana orang Amerika boleh makan ayam dengan resipinya.

Waktu itu dia tengah kering tak ada duit. Tetapi idea membuat duit yang banyak melalui resipinya buatkan hari ini orang makan ayam KFC akan memasukkan duit ke dalam akaunnya walaupun dia dah mati.

Contoh lain, idea membuat filem dengan lakonan dirinya sendiri membuatkan cerita ROCKY ada Rocky 1 Rocky 2 Rocky 3 dan buatkan Sylvester Stallone terkenal sekarang. Padahal masa nak jual jalan cerita tu dia tak ada duit dan hanya ada idea.

Contoh dalam negara Idea Lim Goh Tong membuatkan Genting terkenal dengan pusat judi dan hiburan yang asalnya tanah bukit dan kini menjadi mesin buat duit yang masukkan duit ke dalam akaun organisasinya walaupun dia sudah mati.

Idea Tony Fernandes membuat kapal terbang tambang murah menjadikan dia bertambah kaya raya sekarang. Masa mula-mula nak buat projek kapal terbang ni dia memang tak ada duit. Cuma ada idea. Sampai ada orang cakap dia gila sebab nak pinjam RM1 billion.

Dari Idea yang orang kata gila membuatkan Tony menjadi Billionare. Contoh lain yang lebih kecil sedikit siapa ? Tengok sahaja idea buat Upin Ipin. Idea karaktor kartun buatkan owner syarikat Upin Ipin menjadi Jutawan dan memandu Ferrari. Yang asalnya duit dah habis.

Saya punya idea apa pula ? Ni tengah buat satu persatu yang mana anda kalau dah ikuti blog saya sejak 3 tahun dulu sekarang ni apa yang saya aktif promosikan selain Tendai ? Tentu sekali emas. Yang asalnya dulu tak ada duit usahkan nak beli emas, beras pun minta simpati kawan. Sekarang Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk bina empayer emas.

Persoalannya anda punya idea bagaimana untuk hasilkan duit ? Ingat ya, bukan perlu gunakan duit yang banyak untuk jadi kaya tetapi IDEA. Jangan idea mengarut sudah lah. Contoh idea mengarut nak jual berlian harga RM100 juta pada Sultan Brunei. Ni Idea kawan yang jumpa tepi jalan dulu....

Monday, 7 November 2011

Friday, 4 November 2011

Tak Perlu Nak Mengadu Pada Orang


Assalamualaikum,

Alhamdulillah diberi peluang dan ruang untuk berkongsi Tips dan Sedikit Ilmu yang mungkin bagi setengah orang dah lapok tetapi yang lapok itu juga diabaikan atau terbiasa buat.

Ada juga yang bakal terguris di hati tentang apa yang nak disampaikan. Terbaru, saya mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Richworks.  Setiap bulan memang saya belanja untuk ilmu.Memang ramai orang yang pergi dan yang hebatnya, kalau nak personal coaching dengan trainernya perlu bayar RM9,000 selama 30 minit.

Mengapa beliau caj mahal ? Sebab dia tak nak buang masa dengan orang yang suka buang masa orang lain. Dan Ia mahal kerana dia yakin dan sangat percaya yang RESULTNYA 100% berkesan kalau IKUT semua apa yang diajarkan.

Bagi yang faham maksudnya, anda pasti teruja dengan apa yang anda sudah buat sekarang yang menyebabkan anda jadi separti yang anda berada sekarang.

Biar saya kongsikan pengalaman saya sepanjang membina kehidupan semula atau cuba bangkit semula dari kejatuhan. 3 prinsip yang saya pegang sampai mati dan kali ini saya kongsikan dengan anda supaya ilmu ini tidak dibawa mati:

Yang PERTAMA :
>>> Jangan Cuba Pinjam Duit dengan Orang Lain melainkan keluarga sendiri.
Susah senang bersama keluarga. Itulah prinsipnya. Kalau keluarga pun susah tak mengapa. Ada prinsip kedua dan ketiga. Bila pinjam duit dengan orang lain, yang ketara sekali, dari dulu kawan dah jadi lawan sebab malu nak jumpa pasal ada hutang duit.

Biarpun susah macamana jangan pinjam duit dengan orang atau kawan. Lagipun keadaan kita pun belum senang sangat. Dapat duit RM50,000 sebulan sekalipun banyak benda nak dibayar. Contoh....

Yang KEDUA :
>>> Jangan mengadu pada orang lain yang anda ni susah. Bangunlah dari tidur! Orang lain pun susah jugak. Walaupun dia duit banyak tapi dia ada masalah lain cintoh kesihatan, rumah tangga, macam-macam lagi sebab dah namanya manusia.

Orang yang tak ada masalah adalah orang Gila sahaja. Sebab tu orang gila tak kisah makan sampah tak jadi sakit perut. Bila anda mengadu masalah anda pada orang lain, apa yang anda dapat ? Dapat malu aje.

Pertama orang lihat anda ni bermasalah dan kedua anda ni pembawa masalah. Biarpun anda mengadu pada Kanselor Masalah anda mereka pun ada masalah. Pengabih kuat nak buat macamana ? Lihat Prinsip ketiga ...

Yang KETIGA :
>>> Sentiasa mengadu masalah anda kepada ALLAH. Hanya Allah sahaja yang nak mendengar rintihan, tangisan anda bukan orang lain. Kerana setiap masalah datangnya dari Allah dan masalah itu akan kembali kepada Allah juga.

Sedarkah anda, bila saat anda susah anda mudah menitis air mata semasa berdoa. Bila anda senang lenang, usahkan air mata, ingat pun tidak. Adakah anda begitu ?

Penting : Setiap masalah adalah peluang. Contoh orang masalah nak melihat dalam gelap, orang lain lihat sebagai peluang dan cipta lampu. Orang masalah nak terbang dan ada orang lihat peluang cipta kapal terbang.

Bila anda masalh sebenarnya itulah saat anda buat banyak pahala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...