Wednesday, 26 October 2011

SEDEKAH 2 : MEMBUKA GERBANG KEBERKATAN HIDUP


Alhamdulillah,
Allah bagi kekuatan dan semangat untuk mengarang blog. Seperti post sebelum ni ada membincangkan tentang Sembahyang Subuh berjemaah di masjid, kali ni bukan nak teruskan episode 7 Habits Rasulullah tapi nak menambah sedikit tentang keberkatan sedekah.
Ramai yang bertanya saya tentang sedekah melalui email. Ada yang bagitahu macamana dia nak sedekah sedangkan dia sendiri tak ada pendapatan tetap dan tak ada duit nak beli rokok pun susah. Subhanallah.
Saya dulu memang si penghisap rokok. Tapi bila tersentuh tentang ehsan, iman dan islam, saya nekad berhenti. Bayangkan jika Rasulullah masih hidup sekarang, adakah beliau hisap rokok? Antara cara kita luahkan rasa cinta pada Nabi Muhammad SAW ialah bila setiap kali berlaku satu perkara, kita terus berfikir, kalau hal ini berlaku dekat Nabi Muhammad, apa yang dibuatnya...
Contohnya , semasa kita mambawa kereta, tiba-tiba dekat belakang kita ada seorang driver yang kalut bawa dekat dengan kita sambil cucuk2 kereta dia dengan belakang kereta kita. Benar, dalam diri kita ada ego. Dibiar buat tak tahu sahaja lah.... lalu kereta belakang tadi memotong kita lalu meng hon sambil menunjuk "sign" biadapnya.
Tapi waktu itu jika kita bayangkan, kalau hal ini berlaku pada Rasulullah, apa beliau lakukan ?
Sebenarnya kita tak tahu keadaan Nabi Muhammad dahulu... setiap hari Baginda membaca al-Quran di depan Kaabah, setiap hari orang Quraisy meludah muka baginda. Setiap hari orang Quraisy melempar batu sehingga berdarah. Setiap kali Orang Quraisy meletakkan najis unta di atas kepala Nabi Muhammad semasa baginda sujud kepada Allah depan Kaabah.
Tapi apa yang Nabi Muhammad lakukan...?
Baginda hanya bersabar sahaja. Baginda sentiasa berdoa bahawa dia akan tetap bersabar dan percaya saat  Allah beri kemenangan kepada nya akan tiba tak lama lagi.
Bayangkan, manusia mulia yang kita sanjung dan rindukan selalu dipukul , di sepak, diludah, di maki tapi baginda sabar. Itulah Baginda Nabi Muhammad. Kekuatan itu kita tidak mampu lakukan sebenarnya.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW berpesan " Harta tidak berkurang kerana bersedekah. Allah menambah kemuliaan orang yang memaafkan orang yang menzaliminya. Allah menaikkan darjat orang yang tawaduk."
"Orang yang bersedekah pada siang ataupun malam hari, tidak mati pada hari itu disebabkan oleh gigitan binatang berbisa, jatuh dari bangunan ataupun mati mendadak kerana sedekah menolak datangnya bahaya."
Sedekah memiliki 10 keutamaan, 5 di dunia dan 5 di akhirat.
Di dunia :
1.    Membersihkan harta
2.   Membersihkan diri dari dosa
3.   menolak penyakit dan bahaya
4.   menyenangkan hati orang yang miskin
5.   memperluaskan rezeki yang penuh berkat
5 keutamaan di akhirat:
1.    Menaungi hari Kiamat
2.   Meringankan hisab
3.   Memberatkan timbangan amal kebaikan
4.   Memudahkan ketika menyeberangi shirath
5.   menambah darjat di syurga.


Rasulullah pernah menceritakan pada Sahabat-sahabat tentang ada kisah tentang 2 orang hamba Allah di padang Pasir yang seorang digelar si Bodoh dan seorang lagi Si Alim. Gelaran si bodoh mungkin kerana orangnya hidup dalam kebodohan dan sentiasa melakukan kesalahan dan tidak tahu.
Pada suatu hari, si bodoh dan si alim berada di padang pasir yang amat panas terik dan sepanjang perjalanan mereka, mereka berdua kehausan yang amat. Oleh kerana tidak tahan dan keletihan, si alim jatuh pengsan.
Apabila si bodoh melihat kawannya itu jatuh pengsan , dia berfikir dan berkata, " Sekiranya orang alim ini mati kehausan sementara aku memiliki air, aku tidak dapat kebajikan daripada Allah. Tetapi sekiranya aku berikan air ini kepadanya, aku yang akan mati."
Akhirnya dia memutuskan menyiram air ke tubuh kawan nya dan bakinya diminum. Sambil itu dia berkata, "Bertakwalah kamu kepada Allah dan kuatkanlah niat kamu."
Maka bangkitlah orang alim itu dan mereka pun meneruskan perjalanan hingga tiba di tepi padang pasir. Tidak lama kemudian , mereka pun wafat.
Pada hari kiamat, si bodoh diputuskan masuk neraka. Tetapi sebelum itu, dia melihat ke kiri dan kanannya. Mencari -cari temannya yang alim. Dia berteriak memanggil-manggil , "Kawanku....kawanku, mengapa kamu tidak ingat padaku? Mengapa kamu tidak kenal padaku?"
"Siapa kamu?" tanya orang alim itu.
"Aku yang dahulu pernah memberi kamu minuman semasa kita di padang pasir yang panas," Kata si bodoh di pinggir neraka.
Alhamdulillah si ahli ibadat ingat lalu berdoa ,"YA ALLAH, aku bermohon supaya Engkau menolongnya,"
Maka Allah pun menolong dan menyelamatkan dia daripada Neraka.
Kesimpulan kisah Rasulullah ini adalah walaupun si bodoh yang tidak soleh itu sudah ditentukan masuk neraka, namun oleh kerana dia pernah melakukan amal soleh yang berupa sedekah, Allah tidak memasukkannya ke dalam neraka.

Monday, 24 October 2011

AMALAN SUNNAH : SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID




Bismilahirahmanirahim,
Alhamdulillah syukur di pagi yang mulia ini, Allah buka dan lembutkan hati kita untuk sentiasa mencari ilmu dan mengingati Allah melalui zikir dan ibadah.
Sambungan Amalan Sunnah Rasulullah SAW kali ini banyak menginsafkan diri saya. Jika dahulu usahkan nak sembahyang berjemaah Solat Subuh di Masjid, nak bangun subuh pun susah yang amat. Saya mengaku sebelum ini sayaamat ketinggalan dan jahil sekali.
Semoga kesilapan yag lalu tidak berulangi dan saya bertaubat nasuha atas kesilapan dahulu. Benar, tadi itu kisah di waktu saya belum mengenali diri saya sebenar dan menganggapkan kejayaan dunia lebih penting. Sehinggakan kehidupan yang kekal abadi tak pernah difikirkan. Saya pasti , anda bukan seperti saya dan saya rasa anda lebih mulia dari saya.
"Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, mereka pasti mendatangi keduanya, walaupun dengan merangkak." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ramai ulama hadis memberi penjelasan berkenaan hadis ini. Diantaranya, bagi melihat sama ada seseorang itu beriman ataupun munafik, perhatikan solat Subuhnya. Sekiranya kita nampak dia di saf solat Subuh, bolehlah kita katakan yang dia benar-benar beriman.
Tetapi sekiranya sebaliknya, hatinya sudah dijangkiti virus munafik. Salah satu petandanya adalah seseorang ragu-ragu dengan kebenaran dan keagungan Allah yang bernama Solat Subuh ini.
Dalam hadis juga mengatakan , waktu subuh lah pengantian malam dan siang bermula. Pada saat ini juga , malaikat malam dan malaikat siang berkumpul bagi berganti tugas.
"Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak 25 kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat subuh." (Hadis Riwayat Bukhari)
"Kemudian naiklah para malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Rabb mereka yang sebenarnya maha mengetahui bertanya kepada mereka, 'Bagaimana hamba-hambaku ketika kalian meninggalkan mereka?"
Para malaikat menjawab, 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami jumpai mereka dalam keadaan solat juga." (Hadis Riwayat Bukhari)
Jadi beruntunglah bagi orang yang dapat mendirikan solat subuh berjemaah di masjid kerana ia disaksikan oleh malaikat, baik malaikat yang bertugas pada malam hari, mahupun siang hari.
Allah menjelaskan, "Dan dirikanlah solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh para malaikat,"(Surah al-Israk , ayat 78)
Bayangkanlah waktu itu kalau malaikat melaporkan yang , kita sedang nyenyak tidur dan tidak mengutamakan waktu solat. Di waktu ini juga lah Syaitan sedang memeluk kita dengan erat sekali supaya kita terus lena dan tinggalkan solat subuh.
"Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum ataupun qabliyah Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya, "(Hadis Riwayat Muslim)
Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia.
Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak...semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. "Segala sesuatu akan binasa,"(Surah al-Qashash ayat 88).
Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.
Solat Subuh juga dapat menjadi penerang pada Hari Kiamat seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah, "Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang terang benderang pertolongan pada Hari Kiamat" (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).
Cahaya ini penting semasa melintasi titian Sirath. Sirath ini menakutkan. Waktu itu keadaan gelap gelita dan manusia meraba-raba untuk melintasi Sirath yang bawahnya Api Neraka Jahanam.
"Di kedua-dua belah Sirath terdapat anjing yang terikat yang diperintahkan menyerang sesiapa sahaja yang mendekatinya. Sesiapa yang berjalan dengan tegak, selamat manakala yang bertatih-tatih masuk ke dalam neraka," Nabi Muhammad SAW berkata.
Itulah pentingnya cahaya untuk orang yang solat subuh berjemaah di masjid dan mereka bisa melintasi titian sirath berjalan bagaikan kilat(sekelip mata). Bukan orang yang sembahyang subuh seorang diri ataupun berjemaah di rumah.
Hikmah solat Subuh begitu hebat kerana ia adalah solat yang paling sukar dikerjakan pada awal waktu. Ramai diantara kita yang memilih untuk tidur di tilam empuk dan berselimut hangat.
Seorang pemimpin Yahudi pernah mengatakan yang mereka tidak takut dengan orang Islam melainkan dengan satu perkara, iaitu apabila jumlah jemaah solat subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat.
Umat yang menjaga solat Subuh berjemaah adalah umat yang berhak berdiri kukuh di muka bumi. Manakala Umat yang lalai mengerjakan solat Subuh berjemaah adalah umat yang tidak berhak mendapat kejayaan.

Sunday, 23 October 2011

APA MATLAMAT HIDUP KITA



"AhLanWaHSahLan" dan salam sejahtera.

Kejap celik dah pertengahan tahun...padahal baru je sambut raya haji...ops ni nak masuk raya lagi tak lama lagi puasa. Siang rasa sekejap sahaja. Sibuk uruskan perniagaan dan jumpa para sahabat.

Sejak kebelakangan ni, ramai yang tanya saya  pasal matlamat hidup saya. Ada sekali tu saya terkena lah masuk seminar MLM...tu pun kena umpan lain...seorang cina merangkap Upline dengan tangannya bersandar di belakang kerusi tanya saya " What is your Goal" ( apa matlamat kamu ).

Sebelum saya menjawab dia tanya orang lain terus...kelam kabut cina tu gelabah dan tak fokus. Nasib baik saya tak jawab sebab kalau tak pening kepala dia tak faham. Frekuensi kami berbeza jadi mana boleh memahami antara satu sama lain.

Terus terang saya katakan , presentasi MLM tersebut tidak tertarik langsung. Syarikat dari US, jadi saya fikir mungkin ini salah satu dakyah dan membantu ekonomi bangsa yang mencetuskan keganasan terhadap negara susah.
Dalam facebook  pun ramai yang bercerita pasal matlamat hidup...Kejarlah matlamat hidup...buat $$$ banyak-banyak...

Saya masih ingat lagi 5 tahun lalu...waktu itu saya hanya di pisahkan dengan matlamat hidup dengan nafsu hidup dan memang benar...saya di ambang kejahilan. Mana taknya...baca buku semua yang berkaitan dengan kekayaan, berjaya, jutawan....

Ada satu buku yang saya baca dia buat kajian, manusia mempunyai banyak matlamat hidup dan statistik tertinggi ditunjukkan :
1.    Duit - 98%
2.   Harta -75%
3.   Pangkat - 64%
4.   Keluarga - 70%
5.   Perumpuan -40%

Rata-rata ramai yang tak tahu matlamat hidup dan sebenarnya apa yang dikajikan itu semuanya adalah " Keperluan Hidup". Duit bukan matlamat hidup malah ia hanya keperluan hidup.

Sebab itu duit tidak menjamin kebahagiaan. Dulu saya tengok artis-artis yang kawin cerai saya hairan...kenapalah depa ni...tak cukup ke padahal duit berjuta-juta...artis barat setiap kali bercerai dapat pampasan 50 juta macam bekas bini Will Smith.

Tiger Wood dalam krisis stress sebab kes scandal...padahal duit banyak dan dia bayar USD20 juta untuk tutup mulut perumpuan yang scandal dengan dia...padahal semua satu dunia dah tahu dia ada scandal dengan perumpuan tu...masih lagi dia bayar...USD 20 juta...kalau duit kita???

Lihat mereka, tidak mengerti makna matlamat hidup dan ternyata duit bukan matlamat hidup...apa lagi yang lain seperti harta...Contohnya Kereta Impian,...saya ambik contoh Kereta BMW 5 series saya, masa mula dapat memang rasa bahagia..tapi lepas 2 bulan pakai tayar kereta pecah lah...bumper clip tanggal, lampu signal tak nyala...stress saya sebab beli kereta suku juta pun banyak meragam.

Timbul rasa tak bahagia...Bila tak bahagia , saya bercadang nak jual kereta tu dan tukar yang lain....insya Allah bila dah ada saya tunjukkan. (kalau nampak kat jalan raya bila tengok lampunya memeningkan bila memandang itu lah dia...)

Kalau anda pernah lihat cerita Ip Man 2, Sifu Ip bertanya pada muridnya.." Kamu lihat Aku teror tak berkungfu...?" Muridnya menjawab "Mestilah teror sifu...sifu boleh lawan 10 orang !" Sifu Ip berkata, "Ya , benar...tapi bayangkan 20 tahun lagi...kamu sangat mudah saya nak tewaskan aku..."

Ternyata benar kata-kata Sifu Ip Man ...20 tahun kemudian , dia ditewaskan oleh muridnya Bruce Lee dan sekarang Sifu Ip pun sudah ada di alam barzakh....

Teror kungfu macamana sekalipun .... akhirnya masuk ke kubur ditemani penghuni tanah. Kaya bagaimana sekalipun, wajah yang hensem pasal banyak duit makin lama makin nampak uzur dan kerepot...termasuklah artis Barat dan Malaysia.

Jadi sebenarnya apa matlamat hidup kita...?
...apa nya matlamatnya...
...renungkan, apa yang boleh beri kebahagiaan yang kekal abadi...?

Apa yang kekal....kita tahu, tak ada benda yang kekal melainkan Allah.
Jadi matlamat hidup ini jawapannya pengabdian kepada Allah. Itulah maksudnya 
"Siapa Diri Kita"...Kita adalah hamba Allah. Soalan mudah tapi tak ramai yang tahu menjawab...ada yang bila ditanya, siapa kamu...jawabnya "Ahmad bin Ali...itu bukan siapa kamu tapi apa nama kamu...

Bila kita dah kenal siapa diri kita, maka setiap pekerjaan yang kita lakukan akan dilakukan sebagai satu ibadah...tak kiralah sama ada bekerja kilang atau jaga tandas. 

Contoh jika orang yang menjaga tandas niat dalam hati Ya Allah Ya Tuhanku, aku bukan seorang alim ulama, bukan pakar ugama, tapi jadikan lah pekerjaanku ini sebagai pengabdianku kepada Mu.

Setiap kali orang yang masuk ke dalam tandas tersebut , penjaga tandas itu mendapat rahmat dan keberkatan kerana mereka yang sengsara nak buang air mempu menghilangkan sengsaraan dan beri kelegaan dan meneruskan pekerjaan masing-masing sama ada mencari rezeki untuk nafkah keluarga , bagi pendidikan anak-anak supaya menjadi orang yang berilmu dan dapat mengenal Tuhannya, dapat meneruskan kehidupan dan pergi mengerjakan solat selepas merasa lega dari kesakitan tidak buang air...itulah kebahagiaan yang diperolehi oleh penjaga tandas tadi.

Bayangkan anda sekarang, tak kira apa profesion anda. Jika anda seorang ahli perniagaan, bayangkanlah...memberi pekerjaan kepada orang ramai supaya mereka boleh memberi nafkah kepada keluarga dan melakukan amal ibadah daripada tenaga yang mereka perolehi dari setiap suapan makanan yang mereka perolehi dari bekerja dengan anda...

Jadi itulah kekuatan kita bila kita dah tahu siapa diri kita dan apa matlamat hidup kita kerana setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan , niat kerana Allah akan menjadikan diri kita lebih berjaya, bahagia dan bersyukur.

Dalam surah Al-Mulk,  ayatnya ..."Maha Suci Allah yang menguasai segala kerajaan , dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu...Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa  Maha Pengampun."


Thursday, 20 October 2011

Cara pemakanan Rasululullah SAW



Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,
keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet ini kawan2.

tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


``````````````````````````

Nampak memanglah pelik..

tapi, kalau tak percaya...

kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.


Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime


Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?


Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?


Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.


Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Sama2lah kita mengamalka

Wednesday, 19 October 2011

PARTIME JADI PERAWAT



Assalamualaikum,
Alhamdulillah berjaya juga harungi ujian 3 hari lepas yang berakhir semalam. Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui betapa bersyukurnya saya.

Saya masih ingat lagi 7 tahun yang lalu sewaktu saya berkenalan dengan seorang bekas teknision yang duduk di Pulau Pinang. Namanya Pak Lah jugak.

Dia cerita lah pengalaman dia masa dia nak carik peluang-peluang untuk dia tambah rezeki dan dari penang, dia merantau kat KL. Masa dia turun KL dia cerita dengan saya dia tengah kering kontang tak ada duit. Nasib baik ada sedara dia kat KL bagi pinjam duit.

Dia berjumpa seorang guru waktu itu.Gurunya memang lah cukup terkenal. Jadi dia cerita dengan saya selama 2 minggu dia menuntut belajar dengan gurunya sehingga tidur di surau atau masjid. Yuran belajar dengan gurunya dia cari pinjam sana sini. Duit isteri nya pun digunakan untuk dapatkan ilmu itu.

Sekarang ni , dekat Pulau Pinang, orang selalu datang berubat dengan dia. Dia tak ada bagi ubat pun tapi guna kaedah metafizik. Masa tu saya jumpa dia , saya pun tengah kering kontang juga. 

Tapi saya tak belajar dengan dia dan saya belajar dengan guru dia punya guru. Dan saya tidak buka pusat rawatan seperti dia sebab saya tumpukan pada bidang bisnes trading dan pemasaran.

Saya tanya Pak Lah berapa income dia masuk....dan dia pun dah tak jadi teknision ( maaf kalau salah eja ye ), dia cakap  "Bolehlah....Alhamdulillah...paling tinggi pun dapat lah RM1,000...." Saya fikir ok jugaklah dapat RM1,000...buat tanbah-tambah duit kocek...kalau kerja dapat gaji sebulan ada extra RM1,000.

Rupa-rupanya bukan RM1,000 sebulan tapi sehari !! biasanya paling sedikit dia dapat RM500 sehari...Dia cakap, had untuk dia merawat orang sehari cuma 5 - 10 orang sahaja. Bayangkan lah berapa lama aje nak hasilkan income macam orang yang bergaji tetap.

Ada jugak cabaran Pak Lah masa buka pusat rawatan. Sampai ada orang cakap kat dia makan hasil kesakitan atau derita orang lain....masyarakat....Kalau begitu lah pandangan mereka, kenapa tak buat piket ramai-ramai pergi depan hospital atau klinik ke cakap macam tu...buat sepanduk " Semua *%^&$#  makan duit hasil dari kesakitan derita orang!!"

Pusat Rawatan Pak Lah ni tidak gunakan ubat atau kena bedah, tapi guna kaedah penyembuhan semula jadi...Kalau orang yang bakal nak kena bedah atau beratus beribu ringgit, rawatan di tempat Pak Lah tak lah mahal...antara RM50 ke RM100 sekali consultation. 

Caj pun untuk bayar sewa, tanggung keluarga , buat sedekah, bantu orang lain pula....tak salah kenakan charge.

Kerjaya begini juga amat murni dan secara tak langsung bila ramai orang tahu akan kepakaran kita, ramai orang akan rekomen pada orang lain.

Kandungan ilmu yang diajar :
1.    Penyembuhan Medic dan Non Medic Jarak Jauh
2.   Merawat Histeria, kerasukan ,gangguan jiwa, emosi
3.   Meracik Herba Segera
4.   Scan Penyakit Cara Mudah
5.   Pengaktifan Energi Penyembuhan
6.   Hidroterapi
7.   Terapi Frekuensi Gelombang

Bila nak buat nanti diumumkan...

Sekian, semoga dapat bertemu lagi di blog ini...assalamualaikum.

Tuesday, 18 October 2011

Kenapa Doa Kita Lambat Dimakbulkan ? ? ?





Assalamualaikum teman-teman online yang di rahmati,

Saya baru sahaja cuti-cuti Malaysia ( pergi Parit Buntar je)...sepanjang driving, banyak dapat mesage dari rakan-rakan prospek. Kebiasaannya mengeluh dan mengadu nasib mengapa mereka hidup susah.

Mengapa orang lain senang tapi sendiri susah. Sebenarnya kejadian alam baru sedikit sahaja ujiannya dan lumrah kehidupan kalau nak senang kena susah dulu.

Saya tertarik dengan keluhan seorang rakan pelanggan yang mengadu kepada saya , dia sekarang sedang tenat dan sakit financial. Dia selalu berdoa kepada Allah dan selalu menangis-nangis minta dijadikan orang senang.

Entah macamana, dia terluah kepada saya dan bertanya kepada saya mengapa doanya tidak dimakbulkan sedangkan dia dah tinggalkan perkara-perkara yang dilarang dan cuba berbuat baik.

Selalunya kita mendapat jawapan untuk doa yang tidak dimakbulkan disebabkan pasal kita buat dosa dan kita tak layak mendapat makbul.

Tetapi sebenarnya kita terlupa bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Setiap kali kita mohon, merintih dan meminta kepada Allah, kita menangis mohon pertolongan dari Allah sebenarnya Allh sangat suka mendengar suara rintihan dan air mata kita.

Apa jadi jika setiap kali kita mohon dan doa kita terus dimakbulkan menjadikan kita berjaya...? Waktu itu kita sudah tidak bersungguh-sungguh dan sudah lupa untuk merintih kepada Allah.

Bagaimana dengan orang yang kufur mohon doa dan kita lihat mereka berjaya, hidup senang walaupun banyak buat kesalahan..? Mereka juga mohon doa dan pertolongan Tuhan.

Sebenarnya mereka ini jika cepat mendapat apa yang mereka doakan dan jadi senang kerana Allah benci mendengar suara dan rintihan mereka. Allah bagi peluang untuk mereka hidup bersenang lenang di dunia sebelum mereka di seksa selama-lamanya di akhirat.

Sebab itu kita patut bersyukur walaupun kita susah kerana bila kita susah, kita akan lagi mendekatkan diri kepada Allah. Sebab itu Rasullullah SAW sentiasa berlapar dan memilih hidup susah kerana baginda ingin lebih dekat dan mengingati Allah. Itu Rasulullah inikan pula kita.

Jika kita mohon doa pada Allah dan doa kita lambat atau tidak dimakbulkan, sebenarnya kita sudah mendapat kejayaan lain. Kejayaan yang kita tak nampak dan tak sedar. Kerana semua ini akan kita perolehi di kehidupan yang akan datang...kehidupan yang kekal abadi.

Buat diri saya dan teman-teman, jika kita dalam kesusahan dan kita mohon pertolongan dari Allah dan doa kita lambat dimakbulkan atau tidak, kita jangan risau dan jangan putus asa kerana Allah Maha Mengetahui dan Allah menyayangi kita.

Usaha untuk berjaya disamping hadapi masalah dengan tenang dan yakin hanya Kuasa Allah sahaja yang dapat membangkitkan kita untuk berjaya. Kejar kejayaan Akhirat, Dunia pasti akan menyusul.

Inilah minda Jutawan yang saya sedang tanamkan. Semoga kita mendapat manfaat dari ilmu Kebangkitan ini.

Akan datang, saya akan kongsi apa cara untuk bangkit dari kejatuhan. Saham ? MLM ? Trading ? Gaya Pos ? Insurans ? ....Nanti kita akan kupas satu persatu...
Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...